Niel mendongakkan kepalanya, berharap agar air matanya masuk semula ke dalam kepalanya. Sungguh dia tidak mahu menangis akan hal itu. Dia berasa seperti dirinya hina, disisihkan begitu saja.
Baru sahaja mahu mengangkat kaki beredar dari situ, tiba-tiba bahunya disentuh.
Niel terus menoleh ke belakang.
Park Hana.
Park Hana yang terkejut melihat mata Niel yang kemerahan, terus memegang pipi lelaki itu.
"Oppa, gwenchana?" tanya Park Hana dengan nada risau yang bermaksud 'awak okay-kah?'
Niel tidak mahu menjawab. Dia menepis tangan gadis itu lembut.
Park Hana merupakan ahli kumpulan K-Pop yang bernama The Girls yang juga berada di bawah syarikat yang sama dengan kumpulan H-Boys.
Satu syarikat sudah maklum bahawa Park Hana memang mempunyai hati terhadap Niel tetapi Niel tidak pernah memberikan sebarang respon kerana wanita yang seksi bukanlah minatnya.
Park Hana mencebik apabila Niel menolak tangannya. Tanpa sebarang kata-kata, Niel terus berlalu dari situ, meninggalkan Park Hana yang sedang berdiri tegak keseorangan persis tiang lampu tepi jalan.
****
Aku meneguk air mineral dengan laju. Hari ini sungguh penat kerana hari ini pelanggan lebih ramai daripada yang biasa. Jadi, tauke kedai memintaku agar menyanyikan lebih banyak lagi lagu agar dapat menghiburkan setiap pelanggan yang datang menjamu selera.
Aku memang sudah bersetuju dengan ibu bapaku, mahu busking di kafe milik jiranku selepas tamatnya SPM.
Walaupun baru seminggu aku bekerja part-time di sini, tetapi sudah banyak wang yang dapat aku kumpulkan.
Jiranku itu juga berkata bahawa sejak aku mula menyanyi di sini, pelanggan kafenya makin bertambah dari hari ke hari kerana suaraku yang merdu itu amat menarik perhatian semua orang.
"Yaya, abang Jo balik dulu," kata abang Jo, pemain gitar yang sentiasa menemaniku menyanyi.
Aku tersenyum. "Baik, bang. Jumpa esok," jawabku. Abang Jo membalas senyumanku lalu menyarungkan helmet pada kepalanya lalu berjalan keluar dari kafe itu.
Aku menghabiskan baki air mineralku kerana tekakku terasa sungguh kering.
Kringg!
Tiba-tiba, telefon pintarku berdering. Cepat-cepat aku memeriksa siapakah pemanggilnya. Ibukah?
Rusydina Sepupuku.
Aku mengerutkan dahiku. Dah kenapa dia tiba-tiba telefonku ini?
Skrin dislaidkan ke kanan, lalu panggilan disambungkan. Aku mendekatkan telefon pintarku pada telingaku.
"Yaya, kau dekat mana?" soal Rusydina dengan nada marah. Aduh, bingit telingaku mendengar suara lantangnya!
"Dekat mana? Aku dekat kafe jiran akulah. Aku kan busking dekat sini," jawabku.
"Apa?" sekali lagi Rusydina menjerit. Tiba-tiba, lengan Rusydina ditarik oleh Intan kerana dia mahu bercakap denganku. "Yaya, kau lama lagi ke?" tanyanya.
"Jap, kenapa ni?" tanyaku hairan. Ada apa -apa yang aku terlupakah? Kenapa Intan ada dengan sepupuku?
Rusydina mengeluh kasar. "Kau lupakah? Harini kan konsert H-Boys! Baik kau datang sekarang juga!" jelas Rusydina lalu mematikan panggilan.
YOU ARE READING
Kim Seung-hyu
Ficțiune adolescențiDemi merealisasikan kehendak Encik Crush iaitu bersama-sama menjadi seorang penyanyi, Yaya Suhaila tekad untuk mengejar sinar harapan di kota Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan ahli bidang hiburan yang berbakat. Kata pepatah, "hujan emas...