Niel menyedut air teh o ais dengan menggunakan metal straw dengan perlahan. Mengikut sumber, metal straw digunakan di Malaysia kerana mahu mengurangkan bilangan plastik yang sukar untuk dilupuskan. Niel sebagai warga Korea Selatan berasa amat kagum akan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap alam sekitar.
Sebenarnya, dia mendengar perbualan ahli H-Boys yang lain tetapi dia sengaja membisukan diri dan buat-buat tidak dengar.
Juga, dia mempunyai rancangan yang sudah lama dia rancangkan sebelum bertolak ke negara yang berada di garisan khatulistiwa ini.
Lalu, Niel berdiri daripada tempat duduknya. Kesemua mata milik H-Boys memandang ke arahnya. Entah ke mana pula Niel mahu pergi itu.
"Sorry, but I need to go to the toilet," pinta Niel lalu beredar dari situ tanpa memandang ahli kumpulannya walau sedikit pun.
Ahlinya yang lain hanya menggelengkan kepala apabila melihat Niel yang langsung tidak memberi kerjasama itu.
Di luar, sebenarnya Niel tak pun pergi ke tandas sebaliknya dia sebenarnya bercadang untuk melarikan diri.
Mengapa? Kerana dia begitu terkilan dengan pengurus syarikatnya yang mahu mensisihkan dirinya dengan memberikan bayaran yang tidak adil.
Yalah, hari itu kata mahu hantar Niel ke kelas vokal. Tapi rupanya-rupanya Kang Jae-wook berniat mahu membuang Niel dari kumpulan H-Boys.
Laju Niel bergerak ke pintu keluar. Di situ, terdapat seorang pengawal keselamatan sedang menjaga pintu.
Niel tidak mengendahkannya. Dia terus menyambut tombol pintu tersebut.
"Encik, encik nak pergi mana ni?" tanya pengawal keselamatan itu, hairan. Haih, dahlah bercakap dalam bahasa Melayu. Macamlah Niel tu boleh faham.
Niel yang dapat mengagak maksud pertanyaan pengawal itu, laju menjawab "sorry but I left something in my car."
Niel tidak menunggu lelaki itu memberikan respon, lalu memulas tombol pintu dan bergerak ke arah tempat parkir kereta. Tangannya mengeluarkan sehelai topeng muka jenis kain berwarna hitam, lalu memakainya untuk menutup mulut dan hidung, atau lebih tepat lagi untuk menutup wajahnya agar tidak dikenali.
Pengawal keselamatan yang berasa agak sangsi dengan Niel itu, cepat-cepat menghidupkan walkie-talkienya untuk memberitahu perkara tersebut kepada ahli pasukan pengawal keselamatannya yang lain.
Laju sahaja berita tentang Niel keluar daripada stadium sampai ke telinga pengurusnya, Kang Jae-wook.
Kang Jae-wook berasa amat berang sehingga memaki semua pekerjanya kerana tidak mengawal penyanyi muda itu dengan lebih ketat lagi.
Ah, sudah! Persembahan tinggal lagi 5 minit, tetapi Niel pula sudah menghilang!
"Encik, sekarang dia berada di kawasan parkir kereta!" jelas salah seorang pengawal keselamatan yang sibuk memeriksa kedudukan Niel dengan menggunakan litar kamera tertutup (CCTV).
Jari pengawal keselamatan itu dihalakan pada skrin komputer yang menunjukkan Niel sedang bermundar-mandir di kawasan parkir kereta tersebut. Mungkin dia kurang pasti ke mana dia harus pergi.
Kang Jae-wook melepaskan tumbukannya pada sebuah meja. Kesemua pekerja di dalam bilik litar kamera tertutup (CCTV) itu sudah mula kecut perut melihat lelaki Korea Selatan itu naik angin.
"Find him. I said find him!" teriak Kang Jae-wook. Seperti kilat, kesemua pengawal keselamatan yang berada di situ mula berlari lalu menuju ke parkir kereta yang dinyatakan tadi.
Kang Jae-wook meraup wajahnya kasar. Dia tidak boleh membiarkan Niel pergi begitu saja. Pasti syarikat mereka akan mengalami kerugian yang besar kerana terpaksa membatalkan konsert persembahan jika Niel tidak dapat ditemui.
Haih, memang tak akan lari dari membuat kesilapan! Niel ini memang punca syarikat Kang Jae-wook ditimpa kemalangan.
Di kawasan parkir kereta, Niel sedang memikirkan di mana jalan keluar. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi langkah orang berlari menghampirinya. Nama Niel juga diseru beberapa kali.
Alamak! Itu peminat atau pengawal keselamatan? Ah, lantaklah! Niel cepat-cepat menyorok di bawah sebuah kereta berwarna hitam dengan harapan agar dia tidak dapat ditemui.
****
Mataku memandang jarum jam pada tanganku. Sudah jam 6.10 petang dan akhirnya aku sudah hampir sampai ke destinasi.
Stereng kereta dipusing ke kanan lalu aku mula memasuki perkarangan Stadium Melawati.
Amboi, penuh semua tempat parkir! Ramai betul yang datang untuk berjumpa dengan kumpulan K-Pop ini! Haih, nampaknya terpaksalah aku mencari tempat parkir sehingga dapat.
Setelah kira-kira 10 minit mencari persis detektif mengumpul bahan bukti, akhirnya aku terjumpa sebuah tempat parkir yang kosong tetapi ia berada di bahagian yang agak hujung. Lantaklah! Yang penting sekarang ini aku perlu cepat masuk ke dalam sebelum sepupu serta rakan baikku mengamuk macam singa.
Setelah memastikan keretaku sudah diparkir dengan baik, aku segera membetulkan penampilanku. Yalah, nak jumpa dengan beribu orang kat dalam stadium itu!
Aku membetulkan cermin kereta agar dapat melihat wajahku dengan jelas.
Rambut berwarna hitam pekatku itu aku rapikan. Beberapa tompokan bedak juga aku sapukan pada mukaku agar tidak kelihatan berminyak.
Setelah puas dengan penampilanku, aku segera mencari tiket masuk konsert di dalam begku.
Dahiku dikerut. Aik, mana pula tiket ni? Rasanya aku simpan saja dalam ni.
Haih, habis berterabur barang-barang di dalam beg tanganku! Aduh, mana pula ni?
Lalu, aku membuka zip yang berada pada tepi beg.
Jumpa!
Tiba-tiba, pintu keretaku dikuak. Aku segera menoleh ke tepi. Kelihatan seorang pemuda yang memakai topeng mulut dan hidung sedang termengah-mengah sambil menarik tali pinggang keledar untuk memakainya.
"Hoi, kau siapa?" hampir tercabut jantungku melihat seorang lelaki yang entah siapa main masuk ke dalam kenderaanku ini. Jangan-jangan dia ni penculik?
Lelaki yang masih termengah-mengah itu membuat isyarat badan dengan mengibaskan tangannya ke depan. Terangkat keningku kerana kurang faham dengan maksudnya.
Lelaki itu berasa pelik kerana aku masih lagi belum menggerakkan kereta, lalu dia memandangku sambil menjungkilkan mata. Kecut perutku melihat riak wajahnya begitu.
"Hey, I said go! Go!" arah lelaki itu dengan nada menjerit.
Aku yang ketakutan, kurang memahami maksud lelaki yang kira-kira berumur 20-an itu. "G-g-go?" tanyaku dengan suara yang terketar-ketar.
"Yes, I said go! Drive your car," suruhnya. Aku yang sudah tidak mempunyai sebarang idea, terus memecut keluar dari kawasan Stadium Melawati.
Lelaki itu, Niel memandang cermin sisi kereta. Kelihatan beberapa orang pengawal keselamatan yang sedang mencarinya sedang berlari-lari tanpa arah tuju. Syukurlah mereka tidak ternampak Niel.
Niel menghelakan nafas lega.
YOU ARE READING
Kim Seung-hyu
Teen FictionDemi merealisasikan kehendak Encik Crush iaitu bersama-sama menjadi seorang penyanyi, Yaya Suhaila tekad untuk mengejar sinar harapan di kota Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan ahli bidang hiburan yang berbakat. Kata pepatah, "hujan emas...