CHAPTER 5

49 21 0
                                    

Aku masuk ke lebuh raya kerana kurang pasti jalan mana yang patut aku pergi. Aku mencuri-curi pandang lelaki di sebelahku. Nampaknya dia sedang tersandar sambil menutup mata. Nampak gaya macam seseorang yang sedang lega saja. Lega tentang apa agaknya?

Tiba-tiba, dia membuka matanya. Aku yang terkejut cepat-cepat memandang jalan semula. Haih, takut juga kalau dia korek biji mataku hanya sebab memandangnya tanpa izin.

Beberapa saat kemudian, aku cuba mencuri-curi pandang semula.

Aku memandang matanya memandangkan hidung serta mulutnya ditutup dengan topeng kain berwarna hitam.

Sepet.

Mungkin dia orang Cina sebab itulah.

Baiklah. Aku nak pandang lagi.

Sekali lagi aku cuba untuk memandangnya.

Aku mengangkat keningku.

Ceh, apa punya stail-lah? Rambut warna merah? Pelik-pelik je mamat Cina ni.

Haha, sempat lagi aku mengutuk dia dalam hati!

"Hey, what are you thinking about?" tegur Niel kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri, takut mahu menjawab. Aku cuma fokus terhadap pemanduanku walaupun sebenarnya otak sedang ligat memikirkan apa yang sebenarnya sedang berlaku ketika ini.

"Erm, can you send me to Hotel Angsana?" mintanya. Hah, Hotel Angsana? Buat apa dia nak pergi sana? Dia pelancongkah?

Sekejap.

Kenapa aku nak kena dengar cakap dia?

Lalu, aku memberhentikan keretaku memandangkan terdapat sebuah RnR di sebelah jalan.

Niel mengerutkan dahi kerana hairan akan tindakanku yang tiba-tiba memberhentikan kereta di RnR.

Aku membetulkan rambutku lalu menghelakan nafas yang agak kuat. Kemudian, aku memusingkan badanku ke arahnya sambil membuat muka yang serius. Ya, Yaya Suhaila yang takut tadi sudah hilang!

"Excuse me, sir. Who are you actually and why did you asked me to drop you at that hotel apa entah tu? Do you think that I am your Uber's driver?" dengan perasaan yang geram, aku menyoalkan kepadanya.

Aku dan sifat keras kepalaku, memang tidak akan berpisah. Suka hati saja mamat Cina ni main masuk kereta aku, lepas itu mintak hantar ke hotel pula itu! Amboi..amboi..

Terkebil-kebil mata lelaki itu melihat aku memarahinya sebegitu.

"Now tell me. What happened just now? Why did you jumped into my car?" aku mula kembali kepada soalan utamaku yang dari tadi bermain-main dalam fikirkanku.

Niel menelan air liurnya apabila melihat aku menjungkilkan mataku kepadanya. Tak sangka pula aku segarang itu sehingga boleh memarahinya.

Niel tertawa kecil kerana mahu menghilangkan suasana yang agak tegang itu tetapi malangnya mukaku semakin bengis apabila melihatnya ketawa kecil.

"Woah, chill! You talk like an ahjumma. Just be chill," kata Niel. "Ahjumma. What is that?" tanyaku pula sambil membuat muka pelik.

Niel menggelengkan kepalanya sambil menjawab, "nothing!"

Aku merengus kasar apabila melihat perangai mamat ni yang macam tidak matang. Di waktu genting ini jugalah dia mahu membuat lawak!

Aku yang sudah hilang sabar, terus menarik rambut merahnya itu. Niel menepuk-nepuk dashboard kereta kerana merasai kesakitan yang seperti boleh membuat mati! Dia meronta-ronta agar dilepaskan.

Kim Seung-hyu Where stories live. Discover now