CHAPTER 11

49 13 0
                                    

Pesanan sudah dibuat lalu kami berdua mula berbual kecil sementara menunggu makanan sampai. Entah makanan apalah yang Aliff pesan tadi.

"Awak," panggil Aliff lembut.

Aku membalas pandangannya. "Ya?" sahutku. Aliff menarik nafas terlebih dahulu sebelum mula menyatakan isi hatinya. Ah, berdebar habis jantungku dibuatnya!

"Awak tahukan yang saya sebenarnya nak sangat jadi penyanyi?" tanya Aliff. Mukanya kelihatan agak serius.

Aku mengangguk kepala. "Tahu. Kenapa?" jawapanku disertakan dengan ayat tanya.

Aliff mengeluh kecil. Risau aku jadinya apabila melihat Encik Crush macam tengah susah hati. Baru sahaja mahu tanya kenapa, dia terlebih dahulu membuka mulut.

"Awak boleh tolong saya?" Aliff memandangku. Matanya kelihatan bercahaya dan bersinar-sinar. Ah, boleh pengsan aku kalau macam ini!

"A-apa dia?" tanyaku gagap.

Lalu, lelaki berkaca mata bulat itu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Sebuah telefon pintar.

Dia slaidkan skrinnya ke atas lalu jarinya menari-nari di atas skrin. Entah apa yang dicarinya itu.

Kemudian, dia menghulurkan telefonnya kepadaku.

Aku mengerutkan dahi. "A-apa ini?" tanyaku sambil menyambut telefonnya. "Bacalah," jawabnya sepatah.

Bebola mataku mula bergerak dari kiri ke kanan. Otakku pula sedang mula memproses setiap bait ayat yang tertera pada skrin telefon pintar milik Aliff tersebut.

Saranghae Entertainment Singing Audition 2020.

Wanna be like IU? Han Byul? Kim Jong-kook? Or other South Korean singers?

Come to our Saranghae Ent. Building at Seoul, South Korea on 1st of January 2020.

Aku mengerutkan dahi lalu memandang ke langit, maksudku siling restoran tersebut seketika. Poster ini macam pernah nampak tapi dekat mana, ya?

Oh, yalah! Inikan poster yang Rusydina tunjuk kepadaku tempoh hari di kafe. Beria-ria dia serta Intan memujukku agar aku menghadiri uji bakat nyanyian tersebut.

Aku memandang Aliff semula. Telefon pintarnya dikembalikan kepada tuannya balik lalu Aliff menyambutnya dengan baik.

"Kenapa dengan uji bakat itu?" seperti yang sudah dijangka, soalan itu keluar dari mulutku. Lalu, Aliff memandang mataku tepat, seakan-akan mahu memukauku saja!

"Boleh tak awak sertai uji bakat ini dengan saya?"Aliff mula menyatakan hasratnya.

Ah, sudah! Tak cukup dengan sepupu dan kawanku, sekarang cinta hatiku pula!

Aku cuba menunjukkan mimik muka yang positif walaupun aku sebenarnya berasa agak kurang senang mendengar permintaan peliknya. "Kenapa?" tanyaku lagi.

Aliff menunduk memandang lantai. "Tak lama lagi mungkin saya akan pindah ke luar negara...,"

Aduh, terbeliak mataku apabila mendengar penjelasannya! Biar betul? Baru saja mahu menghabiskan masa dengan Aliff, sekarang tiba-tiba dia kena pindah pula.

Aliff mengeluh lagi. "Saya nak sangat sertai uji bakat ini dan saya akan jadikan itu kali terakhir saya menyanyi di hadapan orang ramai," sambungnya lagi.

Terdiam aku kerana mahu menfokuskan terhadap isi hati lelaki yang sudah lama aku minat. Aliff membuka mulut lagi.

"Saya nak masa saya menyanyi di khayalak ramai buat kali terakhir itu dengan awak. Saya nak cipta kenangan dengan awak," Fuh, bukan main berbunga lagi ayat Aliff ini! Rasa macam mahu mati saja kerana terlampau malu.

Kim Seung-hyu Where stories live. Discover now