Aku berjalan keluar dari surau yang kafe jiranku sediakan kerana menunaikan solat Maghrib serta Isyak tadi. Dari jauh lagi aku sudah nampak sepupuku, Rusydina sudah terpacak di hadapan kaunter pembayaran bersama Intan. Mereka berdua tengah cari akulah tu!
"Yo, nak apa datang sini?" tanyaku acah swag lalu memandang ke arah jam sekilas. Sudah jam 9 malam.
"Ei, ingat gangster ke?" tanya Rusydina sambil membuat muka menyampah. Aku sekadar tertawa kecil.
"Kita orang nak makan chicken chop. Sedap!" Intan menjawab pertanyaanku tadi.
Lalu, aku mengajak mereka duduk. Kemudian, seorang pelayan datang ke arah kami untuk mengambil pesanan. Seusai mengambil pesanan, Intan menjadi orang pertama yang memecah kesunyian.
"Ha, Yaya! Dah fikir masak-masak belum pasal uji bakat dekat Korea itu?" tanya Intan sambil memandangku.
Aku terdiam.
Automatik otakku teringat akan ajakkan Aliff untuk menghadiri uji bakat nyanyian semalam di Restoran Sopoong.
Melihat aku yang sedang terkebil-kebil, Rusydina sudah dapat tangkap apa yang ingin dijawabku.
Rusydina mengeluh kecil. "Nampak sangat dia taknak pergi," kata Rusydina. Mimik mukanya jelas sedang kecewa.
Aku cepat-cepat memegang tangan sepupu perempuanku itu. "Eh, mana ada! Aku cuma tak confirm lagilah!" cepat-cepat aku menjawab, tak sampai hati mahu mengecilkan hati sepupu manjaku itu.
Rusydina menarik semula tangannya. Intan pula hanya membisu.
"Siapa kata Yaya taknak pergi?"
Suara itu..
Laju aku, Intan serta Rusydina menoleh belakang, mencari pemilik suara tersebut.
Kakiku ter-automatik membuatkan aku berdiri daripada dudukkanku. Dia memberikanku sebuah senyuman. Bibirku turut laju membalas senyumannya.
"Abang Aliff...," panggilku. Mukaku jelas memaparkan mimik muka yang terkejut kerana tiba-tiba sahaja Aliff muncul, bagaikan seorang hero dalam drama televisyen saja!
Intan dan Rusydina juga tidak kurang tahap terkejutnya. Habis terlopong mulut mereka berdua. Mana taknya, itukan Aliff. Senior paling hot dekat sekolah dulu. Sekejap! Macam mana Rusydina tahu Aliff itu budak hot sedangkan dia tak sekolah sama dengan mereka. Yalah, Yaya itukan sepupu rapatnya. Pastilah dia pernah beritahu Rusydina akan hal itu.
Lalu, Aliff memandang dua orang gadis itu iaitu Intan dan Rusydina. "Girls, boleh tak nak pinjam Yaya kejap?" Aliff mengajukan soalan.
Intan dan Rusydina memandang sesama sendiri lalu memandang Aliff semula.
"Pinjam?" tanya Intan, ingin mendapatkan kepastian.
Aliff mengangguk. Lalu, dengan suka hati mak bapak dia, dia menyambut tangan kananku. Bulat mataku kerana terkejut. Tak pasal-pasal aku dapat berpegangan tangan free dengannya!
"Jom?" Aliff mengangkat kening kirinya kepadaku. "J-j-jom?" tanyaku tergagap-gagap kerana otakku blank akan perkara yang sedang berlaku ini.
"Lah, kan semalam dah janji nak jumpa," kata Aliff. Lalu, mulutku membentuk huruf 'o' kerana baru teringat yang semalam dia mengajakku berjumpa hari ini di kafe.
YOU ARE READING
Kim Seung-hyu
Teen FictionDemi merealisasikan kehendak Encik Crush iaitu bersama-sama menjadi seorang penyanyi, Yaya Suhaila tekad untuk mengejar sinar harapan di kota Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan ahli bidang hiburan yang berbakat. Kata pepatah, "hujan emas...