Shafiqah duduk semula di tempatnya iaitu bersebelahan dengan Aliff. Kebetulan pada masa itu, beberapa orang pelanggan mula memasuki ke dalam kafe tersebut dan ia bermaksud aku perlu mula bekerja.
"Abang, Yaya tak boleh lama-lama ni. Nanti bos Yaya marah," kataku, ingin pinta diri.
Aliff mengangguk. "Yaya ada nombor abang lagi, kan? Nanti telefon abang bila free," pesan Aliff.
Aku sebenarnya malu mahu mengaku bahawa aku masih menyimpan nombor telefonnya tetapi aku perlu segera pergi ke pentas. Maka, tak sempatlah aku nak menjual mahal dengan lelaki itu.
Lantas, aku kembali ke pentas lalu memeriksa mikrofonku. Lagu Sweet but Psycho nyanyian Ava Max menjadi pilihan.
Kesemua pelanggan bertepuk tangan apabila melihatku memulakan nyanyian.
Manakala Aliff memeluk tubuh sambil memandangku menyanyi.
"Sedap kan dia nyanyi?" tanya Shafiqah kepada Aliff. "Ya, lagipun dulu dia pernah ajar saya menyanyi," jawab Aliff pantas tetapi matanya masih memandang Yaya.
"Awak suka dia?" tanya Shafiqah lagi.
Aliff memandang Shafiqah, lalu memandang Yaya yang sedang berada di atas pentas itu semula. Dia tidak mahu menjawab, lalu mendiamkan diri.
****
Niel menghirup saki-baki kuah ramennya. Lalu, dia menghela nafas puas. Kuah ramen yang agak pedas itu amat menyegarkan serta mengenyangkan perutnya.
Lalu, dia melompat ke atas sebuah sofa berwarna biru tua. Alat kawalan jauh dicapai lalu dia menukar siaran televisyen. Walaupun sudah beberapa kali menukar, dia masih tidak dapat jumpa sebarang rancangan yang menarik hatinya.
Niel putus asa. Dicampaknya alat kawalan jauh tersebut ke lantai. Nasib baik tidak pecah!
Niel merebahkan badannya ke atas sofa tersebut. Dia mengeliat beberapa kali lalu tanpa tersengaja, dia terpandang telefon pintarnya yang diletak kemas di atas kabinet televisyen.
Dia memandang telefon pintarnya.
Sudah berminggu-minggu Niel tidak menghidupkan telefon pintarnya sejak dia melarikan diri daripada persembahannya di Malaysia. Entah berapa missed called yang dia terima.
Lalu, dia memandang siling apartmen sewanya ini. Walaupun rumah ini tidak sebesar rumahnya yang sedia ada tidak jauh dari sini, dia masih bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia masih ada tempat persembunyian dan tempat tinggal.
Nasib baiklah Niel ini kaya. Senang sedikit mahu melarikan diri kerana dirinya pasti akan selamat dengan adanya duit.
****
Berkali-kali aku memeriksa status WhatsApp Aliff. Masih tertulis 'last seen at 10.00 a.m.' tapi sekarang sudah jam 10 malam!
Aku masih ragu-ragu mahu menghantar mesej ataupun tidak.
"Abang sebenarnya sukakan Yaya."
Pengakuan Aliff pagi tadi terngiang-ngiang di dalam fikirkanku. Sekelip mata mukaku menjadi merah dan kepanasan. Aku yang sedang baring secara meniarap di atas katil, terus mencapai bantalku lalu menekup wajahku kerana aku sedang malu yang teramat.
Kemudian, aku mencapai telefon pintarku semula. Ya, aku mahu mesej dia!
Jariku mula menaip sesuatu.
YOU ARE READING
Kim Seung-hyu
Teen FictionDemi merealisasikan kehendak Encik Crush iaitu bersama-sama menjadi seorang penyanyi, Yaya Suhaila tekad untuk mengejar sinar harapan di kota Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan ahli bidang hiburan yang berbakat. Kata pepatah, "hujan emas...