"Masamnya!"
Jeritan spontanku yang berjaya menarik perhatian seluruh pelanggan ketika aku keluar makan dengan Aliff tadi, terniang-ngiang di dalam fikiranku.
Aku menutup kedua-dua belah telingaku dengan menggunakan tapak tangan berserta harapan agar kenangan pahit itu tidak singgah ke dalam fikiranku lagi. Mukaku dikerut sambil kepala ditunduk ke bawah.
Sumpah aku malu kerana menjerit di khalayak ramai tadi. Aliff juga menunjukkan reaksi yang tidak senang apabila melihat perbuatanku yang agak tidak sopan itu.
Selepas habis makan di restoran tadi, aku cepat-cepat meminta diri untuk pulang. Aliff juga kelihatan seperti sudah hilang mood mahu berjalan lama-lama denganku. Haih, memang panas baran betul lelaki itu!
Kruk..
Automatik aku memegang perutku yang sedang berkeroncong itu. Sebenarnya, tadi aku langsung tidak menyentuh apa-apa makanan yang berada di atas meja restoran itu selepas memakan sesuap kimchi.
Kalau kimchi saja dah tak sedap, apatah lagi makanan yang lain.
Sumpah itu akan jadi kali pertama dan kali terakhir aku menyentuh makanan Korea.
Aku mengeluh kuat. Aku yang dari tadi menyorok dalam selimut kerana rasa malu yang melampau, segera bangun dari pembaringanku.
Perutku diusap perlahan. Nak taknak, perut mesti diisi juga supaya tak mati sia-sia. Lalu, aku menapak ke dapur.
Sedang aku menuruni anak tangga sambil tanganku mengusap perutku yang sedang kosong persis wanita mengandung, tiba-tiba sahaja ibuku yang sedang berehat di sofa ruang tamu menegurku.
"Tak pergi kerjakah harini?" tanya ibu sambil matanya fokus dengan pembacaan majalahnya. Uyo, ibu! Ibu ni ada kuasa sakti, eh? Mata pandang majalah pun boleh tahu yang aku sedang berada berhampiran.
Aku mengatur langkah menuju ke ibuku. "Tak, ibu. Hari ini Yaya ambil cuti," jawabku lalu melabuhkan punggung di atas sofa yang lain.
Ibu menyelak majalahnya. "Habistu tadi keluar pergi mana?" tanyanya lagi. "Jumpa kawan," jawabku ringkas.
Lalu, kami menyepi seketika. Aku pun mula mengambil keputusan untuk menyambung perbuatanku yang tergendala tadi iaitu mengisi perut yang kosong.
"Yaya,"
Baru sahaja mahu bangun, tiba-tiba namaku dipanggil. "Ya, ibu?" jawabku laju.
"Dah tengok-tengok ke kolej yang kamu nak ambil nanti?" ibu mengemukakan soalan. Matanya masih tidak berganjak dari majalahnya. Entah ibu baca ke tak majalah itu sebenarnya.
Aku menggeleng. "Belum, ibu," balasku.
Ibu menutup majalahnya lalu meletakkannya di atas meja kopi yang berada di hadapannya. Lalu, ibu memandangku. Aku sekadar melihat perbuatan ibu itu.
"Aunty Amy kamu tu ada ambil jurusan fesyen di Perancis. Apa kata kamu tanya tips dari dia?" ibu mula memberikan pendapat.
Aku menggosok daguku tanda berfikir persis seorang detektif. Aku sedang mengingati semula wajah Aunty Amy yang merupakan salah seorang ibu saudaraku.
Kemudian, kotak memoriku berjaya memaparkan sebuah ingatan di mana aku berjumpa dengan Aunty Amy sewaktu menghadiri majlis hari lahir Rusydina tempoh hari.
Aku memandang ibu semula. "Jadi, ibu nak Yaya terbang ke Perancis semata-mata nak tanya tips ke?" aku mula berseloroh. Ibu menjeling. "Whatsapp kan ada," balas ibu lalu bangun dari sofa. Laju ibu mengatur langkah beredar dari situ.
YOU ARE READING
Kim Seung-hyu
Teen FictionDemi merealisasikan kehendak Encik Crush iaitu bersama-sama menjadi seorang penyanyi, Yaya Suhaila tekad untuk mengejar sinar harapan di kota Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan ahli bidang hiburan yang berbakat. Kata pepatah, "hujan emas...