Satu minggu kemudian.
"Remember when I told you
No matter where I go
I'll never leave your side
You will never be alone
Even when we go through changes
Even when we're old
Remember that I told you
I'll find my way back home."Nyanyianku yang bertajuk Way Back Home diakhiri dengan tepukan gemuruh para pelanggan kafe jiranku. Sekali lagi, suaraku tetap dapat diterima orang.
Walaupun aku sedar bahawa aku memiliki suara yang merdu, aku tidak pernah merancang untuk menyertai mana-mana pertandingan menyanyi sebelum ini. Lagipun ibu bapaku memang tidak akan menyokong jika aku mahu menjadi seorang penyanyi.
Setiap kali lagu habis dinyanyikan, aku serta pemain gitar, Abang Jo akan diberi rehat kira-kira 30 minit, bergantung kepada bilangan pelanggan yang ada.
Jika ramai, tak bolehlah berehat terlalu lama. Jika sikit, bolehlah aku relaks goyang kaki. Hehe...
Aku menuju ke sebuah meja yang berada dekat dengan kaunter pembayaran. Lalu, aku menarik sebuah kerusi untuk duduk.
Di meja yang sama juga terdapat dua orang kenalanku yang tidak lain tidak bukan Rusydina serta Intan. Kata mereka ingin memberikan sokongan sewaktu aku menyanyi tapi aku lihat mereka berdua lebih fokus dengan drama Korea yang ditonton melalui tablet.
Aku juga agak terkejut kerana selepas pertama kali berjumpa di Stadium Melawati tempoh hari, tup-tup mereka berdua sudah menjadi kawan. Bukan kawan biasa-biasa tetapi kawan yang amat rapat!
Aku meneguk minuman kosong yang disedikan untukku itu.
"Wah, Yaya! Sedapnya kau nyanyi. Bila nak jadi penyanyi?" tegur Intan, sekaligus memuji nyanyianku manakala Rusydina masih tekun menonton dramanya.
Aku tersengih segan. "Malulah nak jadi penyanyi," jawabku.
"Kenapa nak malu pula? Dah suara sedap tu tunjuk sajalah pada satu dunia," kata Intan, bersungguh-sungguh agar aku melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
Aku hanya diam, sedang memikirkan sesuatu. Patutkah aku menjadi seorang penyanyi?
"Tak payah fikir-fikir lagi. Suara sedap tu rezeki. Gunakan!" Intan yang seperti dapat mengagak apa yang terlintas di dalam fikiranku, menambah lagi percakapannya.
Aku mengeluh kecil. "Alah, Intan. Aku bukannya apa tapi aku malaslah nak mula dari bawah," aku memberikan alasan yang terbuku dalam hatiku.
Intan mengerutkan dahi tanda kurang faham. "Maksud kau?" tanya gadis bertudung hitam itu.
"Aku taknaklah jadi BBNU. Kalau boleh aku nak jadi penyanyi terkenal terus!" jelasku. BBNU yang aku sebutkan itu bermaksud Budak-budak Baru Nak Up.
Intan ketawa apabila mendengar jawapanku itu. Aik, kelakar sangatkah?
"Apalah kau ni, Yaya! Kalau nak jadi terkenal mestilah kena mula dari bawah," Intan memberikan komen. Lalu, dia ketawa semula. Apa entah yang kelakar sangat.
Aku memuncungkan mulutku. Apa barang nak mula dari bawah? Aku tak ada masa nak kena buli dengan guru vokal.
Ceh, berlagaknya kau, Yaya!
Sama seperti Niel.
Aku menoleh ke arah Rusydina yang sedang menonton drama Korea menerusi tabletnya. Mata Rusydina kemerah-merahan tanda dia sedang bersedih tetapi aku langsung tidak terkejut.
Kenapa? Sebab memang sejak konsert H-Boys dibatalkan, Rusydina seperti kucing yang kehilangan anak. Dia punya tahap sedih tu kalah orang putus cinta!
Setiap pagi, petang, malam dia akan melayan cerita-cerita sedih serta mendengar lagu yang sayu. Katanya mahu menambahkan lagi rasa sedih di hati. Entah apa-apa.
Dengar cerita, konsert kumpulan H-Boys dibatalkan kerana salah seorang daripada ahli kumpulan K-Pop tersebut sakit kerana tidak biasa dengan cuaca Malaysia yang panas ini.
Aku percaya atau tidak? Entahlah. Aku tak pandai membuat sebarang spekulasi.
Srot.. srot..
Bunyi Rusydina menyedut hingusnya kedengaran. Tangannya pula mengusap air matanya yang gugur beberapa kali. Feeling betul dia dengan cerita Korea ini.
Aku cuba mencuri-curi tengok drama tersebut. Baru sahaja mahu layan, tiba-tiba perkataan "tamat" pada ruang sarikata muncul.
Ceh, baru nak tengok dah habis!
Rusydina menepuk tangannya beberapa kali. "Yeay, bukan bad ending," katanya gembira.
Keningku terangkat sedikit. Lah, kalau bukan bad ending, kenapa nangis?
Lalu, Rusydina memandangku. "Eh, Yaya! Bila masa kau dah habis show?" tanyanya. "Aku dah lama duduk dekat sini," jawabku pantas.
Lalu, kami bertiga kembali sunyi.
"Hah, aku tahu!" tiba-tiba saja Intan menjerit sambil memetik jarinya. Terkejut aku dan Rusydina dibuatnya.
Intan tersenyum lebar serta matanya berkaca-kaca bagaikan ada sesuatu yang baik hendak disampaikan. Haih, comel saja wajahnya!
"Ke-kenapa?" tanyaku hairan. Rusydina turut menjongketkan kening kepada gadis bertudung kelabu itu.
"Kalau kau nak terus famous, apa kata kau jadi penyanyi dekat Korea?" cadang Intan dengan nada yang bersungguh-sungguh.
Lah, rupanya dari tadi dia masih memikirkan akan hal itu?
Rusydina yang terdengar perkataan 'penyanyi' dan 'Korea', terus berminat untuk mengetahui apakah maksud Intan itu.
"Korea? Kenapa pula?" tanyaku mendatar, seakan tidak berminat dengan cadangan peliknya itu.
Intan mengeluh kecil. "Aduh, kau ni Yaya! Korea tu kan terkenal dengan benda-benda macamtu. Aku rasa kalau kau cari cita-cita kau dekat sana, mesti senang saja kau nak jadi terkenal!" Intan mula membahas.
Rusydina yang masih kurang faham akan perkara yang sedang berlaku, mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju dengan rakan barunya itu.
"Tengok! Rusydina pun setuju," kata Intan lagi sambil memeluk bahu Rusydina.
"Takkanlah aku nak pergi Korea semata-mata nak jadi penyanyi? Lagipun aku mana ada mana-mana kenalan yang bekerja di syarikat macamtu dekat negara sana," laju saja aku memberikan alasan. Cadangan Intan memang kurang membernaskan bagiku.
Intan diam. Mungkin dia sudah give up denganku. Atau juga mungkin dia sedang memikirkan akan jawapan masalahku.
"Haritu aku ada jumpa poster tentang ujibakat nyanyian di Korea. Syarikat yang anjurkan itu juga bukan calang-calang syarikat tau! Mereka juga terima calon dari luar negara," tiba-tiba Rusydina bersuara.
Alamak, Rusydina! Kenapa kau cakap macamtu? Habislah aku kena paksa dengan Si Intan untuk pergi ke sana.
"Dekat mana kau tengok poster tu?" tanyaku. "Twitter," jawab sepupuku itu.
Intan menepuk tangannya tanda teruja. "Baguslah tu! Apa kata kau join?" kata Intan.
Aku menggosok daguku dengan menggunakan jari tanda sedang berfikir. "Aku tak tahulah. Aku ni jenis malas nak masuk kelas vokal. Aku lebih suka ikut cara aku," aku meluahkan alasan tertentuku mengapa aku tidak berminat.
Bukannya aku memang taknak pergi, tapi aku memang malas nak belajar vokal. Memenatkan tekak saja!
"Dah nama pun nak jadi penyanyi. Memanglah kena belajar vokal," kata Intan, tidak berpuas hati dengan alasanku.
"Masuk kelas vokal is not my taste," selamba aku menjawab.
Intan menggelengkan kepalanya kerana tidak faham dengan diriku ini. Memang keras kepala!
"Suara kau kan dah power. Dengarnya kalau kau lepasi semua ujian, kau boleh terus buat single yang pertama. Tak perlu tunggu lama-lama, terus boleh jadi terkenal," tambah Rusydina.
Aku menghelakan nafas. Macam menarik juga? "Nanti aku cuba tanya parents aku dulu."
YOU ARE READING
Kim Seung-hyu
Novela JuvenilDemi merealisasikan kehendak Encik Crush iaitu bersama-sama menjadi seorang penyanyi, Yaya Suhaila tekad untuk mengejar sinar harapan di kota Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan ahli bidang hiburan yang berbakat. Kata pepatah, "hujan emas...