Aku menekup mulutku agar bunyi esakanku kurang kedengaran. Terhenjut-henjut bahuku dibuatnya kerana cuba menahan tangisan serta kesedihanku ini.
Wajahku sudah teruk dikerjakan air mata. Basah sebasah-basahnya dibuatnya. Dengar kata perempuan nampak cantik lepas menangis. Ada betul, ka?
Rambutku juga sudah habis berserabai sehingga hampir menutup mukaku. Memang tak rupa macam orang.
Aku yang sedang mencangkung di bawah pokok yang rendang itu, berharap agar tidak ditemui sesiapa. Walaupun aku sedar bahawa aku masih berada di dalam kawasan sekolah. Jadi, tidak mustahil jika ada pelajar yang lalu-lalang lalu ternampak aku yang sedang menangis itu.
"Yaya,"
Saat terdengar namaku dipanggil, aku lantas mendongak ke atas. Kelihatan seseorang sedang berdiri di hadapanku sambil kepalanya ditunduk untuk melihatku yang sedang mencangkung itu. Memang macam dalam drama Legend Of The Blue Sea di mana Heo Joon-jae menghulurkan payung kepada Shim Cheong.
Aku tidak pasti siapa yang memanggilku itu kerana mataku tertutup dengan rambut, tetapi aku pasti bahawa dia merupakan seorang pelajar lelaki kerana suaranya yang garau itu.
Mulutku terlopong kerana cuba bernafas dengan menggunakan mulut memandangkan hidungku sudah tersumbat.
Aku mengamati wajah pemilik suara itu. Tapi aku masih tidak pasti siapakah gerangan tersebut kerana tidak dapat melihatnya dengan jelas.
Aku sudah rabunkah?
Ya, aku terlampau sedih sehingga tidak perasan rambutku sudah melekat pada wajahku.
Lelaki itu tertawa kecil melihat penampilanku ketika itu. Aku mengerutkan dahi.
Lalu, dia duduk mencangkung di hadapanku. Perlahan-lahan jari-jemarinya membetulkan rambutku.
Sambil dia membetulkan rambutku, dia berkata, "Hei, ini sayalah!"
Dan wajahku sudah bebas dari sebarang benda mahupun perkara yang menganggu pemandanganku.
Dan aku memandang wajah lelaki tersebut.
"A-Aliff? Abang Aliff?" serta-merta aku terduduk di atas tanah. Sekejap? Aliff datang memujukku? Biar betul?
Muka Aliff kekal tenang. Tidak senyum, malah tidak membuat muka masam. Tetapi wajahnya mampu membuat seseorang berasa tenang saja. Mungkin sebab itulah dia menjadi kegilaan ramai.
Aliff memandangku.
Hatiku berdebar-debar. Bagaikan mahu meletup sekarang juga.
Apa yang Aliff cuba lakukan padaku ini? Kenapa dia datang sini? Selama ini dia tak pernah menegurku, tetapi hari ini... Apa yang sedang berlaku ini?
"Minta maaf,"
"Apa?" terkejutku dibuatnya apabila perkataan 'maaf' terpacul dari mulutnya.
Aliff mengeluh kecil. "Mereka semua tak maksudkan macam itu. Mereka cuma tidak mahu sebarang gosip terjadi jika kami memilih secret admirer sebagai ahli kami," Aliff mengaturkan kata-katanya. Matanya yang mampu membuat sesiapa sahaja hanyut, memandangku tepat.
Aku menelan air liur. "Oh, ni pasal tadi ke? Tak apalah. Saya tak kisah," jawabku. Aku cuba mengawal nada suaraku agar tidak jelas sangat bahawa aku sedang terketar-ketar.
Aliff mengusap rambutku. Ya, Tuhan! Sumpah aku rasa macam jantungku mahu berhenti sekarang juga!
"Awak tipu sayakah? Terang-terang awak tengah nangis tadi," katanya.
Aku menunduk ke tanah. Tidak berniat mahu menjawab.
"Awak Tingkatan 2 kan? Ah, masih muda lagi! Awak kejarlah impian awak mahu jadi penyanyi," katanya.
YOU ARE READING
Kim Seung-hyu
Teen FictionDemi merealisasikan kehendak Encik Crush iaitu bersama-sama menjadi seorang penyanyi, Yaya Suhaila tekad untuk mengejar sinar harapan di kota Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan ahli bidang hiburan yang berbakat. Kata pepatah, "hujan emas...