"hai jihoon"
suara tu.. suara yang dia rindu selama ni, suara hawon.
lagi sekali, dia menggosok matanya. takkan dia tersalah rumah? lebih 5 tahun dia selalu kat sini, mustahil boleh salah rumah.
"jihoon-ah.. ni saya, chae hawon. tak ingat ke?" gadis yang mengaku dirinya hawon itu mendekati jihoon.
"ha- hawon—"
"hawon! kenapa kat luar lama sangat tu?!" jerit chungha dari dalam.
mulut jihoon melongo. dia tak salah lagi. macam mana hawon boleh ada kat sini? bukan hawon dah—?
"jihoon, trust me. ini saya. sorry saya lambat datang" tangan jihoon yang menggigil diraihnya.
"hawo—" pintu terbuka dari dalam. chungha yang menyaksikan adegan itu tersenyum nipis. jelas riak wajah jihoon, dia memang tak mempercayainya.
"jihoon, tu betul hawon. hawon kita dah balik. dia tak mati lagi"
"hawon-ah" jihoon memegang muka hawon dengan matanya yang berair.
chungha menutup pintu, nak bagi privasi kepada dua orang tu. sudah tentu nak privasi untuk luahkan rindu masing masing. dia pasti, 5 tahun tak bersua muka dengan jihoon, hawon tetap menyayanginya.
"hawon saya- macam mana—"
"ye, ini hawon awak, jihoon. saya dah balik"
"5 tahun saya cari awak, hawon. mana awak menghilang? jiwa saya melayang bila dapat tahu awak dah takde. kenapa baru sekarang awak nak muncul depan saya? kenapa tak dari dulu? saya sakit. saya sakit sangat sebab rindu saya pada awak dah tak tertanggung" tak tertahan lagi, air mata lelaki jihoon mengalir.
akhirnya, rindunya kini terhapus.
"saya minta maaf sebab datang lambat sangat. ada benda yang saya tak boleh elakkan berlaku. saya cuba datang lebih awal, tapi tak boleh, jihoon. saya minta maaf buat awak tertunggu. saya janji, lepasni saya takkan hilangkan diri lagi. saya akan sentiasa ada depan mata awak. kita boleh start semuanya dari awal"
perlahan lahan tangan jihoon jatuh daripada terus memegang muka hawon. tiba tiba nama hyewon melintas di fikirannya. hyewon yang bakal menjadi isterinya lagi 2 bulan.
terasa mustahil untuk kembali kepada hawon. memang cintanya pada hawon sedikit pun tidak pudar, tapi dia dah berjanji dengan keluarga hyewon. dia tak sanggup nak malukan keluarga hyewon.
"jihoon?"
"ye. kita- kita start dari awal"
-
wajah lelaki di hadapannya dipandang. dia berterima kasih kepada lelaki ini, penyelamat hawon. kalau takde dia kat situ, mungkin di manakah hawon sekarang.
"eunwoo, makan banyak banyak lagi"
"saya dah makan banyak tadi, ahjumma. kenyang perut ni, ahjumma masak sedap sangat" senyuman nipis ditayangkan.
"ahjumma tak tahu nak balas macam mana jasa kamu, terlalu banyak jasa kamu. kalau kamu tak jumpa hawon masa tu, mungkin ahjumma takkan jumpa dia harini" rambut hawon yang sudah dipotong paras bahu itu diusap dengan penuh kasih sayang.
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fiksi Penggemarstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019