kim hana tu sepupu hyewon. dia dah meninggal enam tahun lepas dan kau tahu apa yang lebih menarik? rupa dorang serupa, macam kembar.
aku menggigit kuku perlahan. kata kata yuqi kerap kali bermain di minda aku. macam mana kedai tu masih beroperasi walaupun tuan kedai dah takde? pekerja tu pun kata yang owner dia tu kim hana. tapi masalahnya kim hana tu dah tak wujud!
"kenapa hati aku kuat mengatakan yang hyewon ada gunakan identiti kim hana tu? takkanlah sampai macam tu pulak.."
"apa yang hawon cakap sorang sorang tu?" tegur chungha eonnie lalu dia mengambil tempat di sebelah aku.
aku tersenyum tawar.
"takde apalah"
"hawon suka tau berahsia dengan eonnie sekarang. dulu takde pun macam ni"
"mana ada apalah. kenapa eonnie keluar ni?" aku kerling pintu rumah yang separa terbuka.
"dah hawon dekat luar, eonnie keluarla nak amik angin kejap. hawon.. eonnie nak tanya sikit"
hati aku jadi berdebar debar. aku pandang wajah chungha eonnie dengan cahaya yang samar samar.
"tanya apa?"
"jihoon dah lama sangat tak datang jenguk kita kat rumah tu. hawon gaduh teruk dengan dia sebab dia nak kahwin dah ye? hawon rasa kecewa sangat, macam tu?"
fuh, soalan maut.
"kecewa tu memangla kecewa, eonnie. tapi bukan sebab tu hawon dah jauh dari dia"
"habistu kenapa? hawon ceritala kat eonnie, eonnie dah lama kenal dia tu"
berat hati aku nak cerita yang aku tengah syak si hyewon tu pembunuh aku. yela, ahli keluarga aku sorang pun tak tahu yang aku tengah siasat sendiri sekarang.
"hawon tak suka hyewon jadi pilihan dia"
"eonnie tahu hawon susah nak lepaskan dia.. tapi hawon tak patut buat macam tu tau"
"dia kata dia cintakan hawon, eonnie. tapi bila hyewon dah bagi dia peluang untuk putus, dia taknak. dia still pilih hyewon tu. penat hawon sabarkan hati hawon ni, eonnie. tapi kesabaran hawon ada limit juga" aku jadi sebak.
mana janji janji awak dulu, jihoon? saya nak tuntut semula semua janji tu, tapi saya tahu saya tak berhak. saya jadi lemah sangat sebab awak perlahan lahan tinggalkan saya.
"hawon baru sedar yang hawon silap. hawon silap sebab percayakan kata kata dia yang dia masih cintakan hawon. hawon sendiri tak kenal dia sepenuhnya, tapi hawon beri sepenuh kepercayaan hawon pada dia. hawon silap, eonnie"
"eonnie tahu hawon tabah hadapi semua ni. tapi apa yang boleh eonnie katakan, jihoon seorang yang bertanggungjawab. eonnie tahu dia buat macam tu sebab dia rasa tanggungjawab dia pada janji dia kat hyewon" belakang badan aku ditepuk perlahan.
aku menutup muka dengan kedua dua tangan aku.
"hawon cuba move on dah, tapi tak boleh. hawon betul betul sayangkan dia, eonnie. hawon tak sanggup nak lepaskan dia pergi" air mata aku jatuh berderai.
sekeping hati aku telah retak dibuat oleh jihoon, tapi tetap berdegil untuk mencintai dia. bodohnya aku.
"setiap apa yang jadi pasti ada kebaikannya. kalau betul jodoh korang dua kuat, walau apa jadi sekalipun, at the end korang akan tetap bersama. percayakan eonnie"
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019