five

110 11 9
                                    

"awak ada meeting atau apa apa hal ke lepasni? asyik tengok jam je tu?"

jihoon yang baru sahaja mengerling jam di tangan memandang hyewon dengan kekok. terperasan pulak.

"ah- takdelah"

"habistu?"

"pukul 10 nanti saya balik ye? awak boleh balik sendiri kan?"

hyewon mengangguk lambat. memanglah boleh balik sendiri, tapi biasanya kalau keluar sama sama selalunya jihoon yang hantarkan balik.

"sorry tak dapat hantar awak balik harini, malam malam pulak tu. saya ada hal"

"takpe. saya okey je"

"thank you selalu faham saya"

"my pleasure, jihoon-ah"

"tapi- boleh saya tahu hal apa?" hyewon menyoal semula. dia memandang mata jihoon, tetapi jihoon pantas mengelak pandangannya walaupun bibirnya menunjukkan senyuman.

"saya ada meeting dengan klien"

hyewon mengerutkan dahinya. serius ada meeting dengan klien pukul 10? biar betul jihoon ni?

"serius la?"

"yela serius la" selamba jihoon menjawab.

hyewon pandang jihoon lama. mengarut! ada benda tak kena dengan jihoon ni. lain macam betul alasan dia.

"tak percaya ke?" jihoon yang perasan dengan pandangan hyewon menyoal semula.

"eh bukan, percaya je" hyewon tersenyum walaupun hatinya sedikit gusar.

-

chae hawon

"macam ni la. tu pun nak kena ajar lagi ke?"

"ohhh cakap dengan donghan bukan main baik! dengan hawon, huh!" aku mencebik geram.

walaupun interaksi eunwoo dan donghan tu lelaki sama lelaki, tapi bukan main baik lagi. aku rasa sepuluh kali donghan suruh ajar dia guna barang dalam kafe ni pun dia tak kisah.

eunwoo ketawa. ewah ewah sukanya gelakkan orang. ingat aku tak serius ke ni?

"suka betul la eunwoo tengok hawon marah macam ni. comel sangat" lantas pipi aku dicubit.

aku tolak tangannya kasar. dahla buat orang marah! tarik pulak pipi aku! nak kena dia ni eyy.

"eunwoo ni suka tau buat macam ni! orang nak kerja la! tengah serius ni"

"ala eunwoo pun serius nak bergurau dengan hawon ni ehehehe"

aku sepak kakinya perlahan. entah apa apa.

"ha ni bos nak murka ni. kaki tu nak kena ikat ke apa?"

"ikatlah kalau berani! huh dahla, hawon nak layan donghan. malas nak layan eunwoo!" aku berpaling untuk berlalu, tapi badan aku terpusing semula apabila eunwoo menarik tangan aku dekat dengannya.

"atoto marah ke?" dia menekup kedua dua belah pipi aku.

"baik lepas"

"tengokla tu. marah pun comel. mana tak eunwoo sayang"

ehh dia ni karang. aku hempuk guna buku baru tahu.

begin again ; parkjihoonWhere stories live. Discover now