aku buka pintu pagar untuk ke luar. malam malam macam ni bosan pula. ingatkan nak jalan jalan kejap. sebaik sahaja aku melangkah keluar, kelibat seorang lelaki berjalan membelakangi aku. eh tadi bukan dia duduk depan rumah aku?
"jihoon.."
langkahnya mati. betul la tu jihoon. aku melangkah mendekatinya.
"awak buat apa kat luar tadi tu?" nada suara aku cukup lembut. cukuplah, hati aku dah lembut balik.
hyewon dah takde dah nak jadi penghalang aku. majlis perkahwinan dorang yang ikutkan lagi 2 minggu pun dah dibatalkan.
"takde apa" dia menggeleng tanpa memandang wajah aku. bau alkohol kuat menusuk ke dalam hidung aku.
"awak minum ke tadi?"
dia mengangguk perlahan.
"kenapa taknak pandang saya?" aku memegang lengannya untuk tarik dia supaya pandang aku. aku memandang matanya yang merah dengan bantuan cahaya samar samar lampu jalan. dia alihkan pandangannya semula.
"saya terlalu malu nak pandang awak, hawon. saya tak boleh nak pandang muka awak. muncul depan awak pun saya tak sanggup. saya dah buat banyak salah kat awak, saya tak percayakan awak. saya sendiri tipu diri saya, saya kata saya cintakan awak, tapi saya tak buktikan malah saya lebihkan hyewon dari awak. saya tak guna, hawon-ah" bahunya terhenjut henjut apabila dia mula menangis teresak esak.
"jadi, pandang mata saya kalau betul awak maksudkan semua tu. saya akan percayakan awak"
perlahan lahan jihoon memandang mata aku. matanya yang berair buatkan aku pun sama rasa nak menangis. keikhlasan terpancar dari sinar matanya.
"saya takkan berkasar dengan awak kalini, jihoon"
jihoon menarik tangan kiri aku ke dalam kedua dua tangannya. dia menggenggam tangan aku kuat.
"i'm so sorry, chae hawon. maafkan saya untuk kalini. saya tahu saya memang tak layak untuk dimaafkan tapi-"
"shh" aku letakkan jari telunjuk pada bibirnya sehingga dia mati bicara.
"saya maafkan awak, jihoon. don't worry. saya dah lama maafkan awak. so, awak jangan nangis lagi ya?" aku lap air matanya di pipi. aku menggigit bibir supaya tak menangis sama.
"saya minta maaf sangat sangat" lain yang aku suruh, lain yang dia buat. jihoon kembali mengalirkan air matanya.
"saya kata jangan menangis dah kan? kenapa awak degil sangat ni?!" aku memukul dada jihoon perlahan sebelum menutup mata aku dengan lengan. tak pasal pasal aku pun nak ikut sendu.
"saya cintakan awak, hawon. saya nak start balik dengan awak tapi saya tahu saya tak layak untuk bersama awak semula lepas apa yang saya dah buat"
aku jatuhkan lengan aku dan pandang jihoon tajam.
"kita tak pernah akhiri hubungan kita, kenapa kita kena mulakan semula? saya tak pernah lepaskan awak. awak lupa ke?"
jihoon tergelak kecil sebelum menggeleng perlahan.
"takdela, tak lupa pun. sekarang awak masuk ya? kat luar ni sejuk. masuk tau? saya nak balik ni"
aku pegang lengannya.
"awak mabuk lagi kan? tidur je la sini. awak tak boleh drive dalam keadaan macam ni"
dia menggeleng perlahan.
"sokay, saya boleh call driver"
"malam ni je. saya takkan halang awak balik lain kali, cuma malam ni je saya mintak"
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanficstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019