macam yang dijanjikan dengan yuqi, aku menunggu pekerja merangkap orang siasatan yuqi di kedai barang kemas milik mendiang kim hana atau lebih tepat lagi, mungkin kedai milik hyewon.
seorang lelaki yang lengkap berpakaian hitam dari atas hingga ke bawah mendekati aku. dia menoleh kiri kanan, risau ada mata mata yang memandang.
dia mengarahkan aku masuk dengan gerakan kepalanya. aku sekadar mengikut arahan dan masuk ke dalam kedai selepas dia membuka kunci.
"cctv..?" soal aku risau.
"saya dah matikan semua. jangan risau"
aku mengangguk lega. aku hadiahkan sebuah senyuman lalu mengatur langkah ke pintu yang hampir aku masuk haritu tapi tak jadi sebab hyewon halang.
aku cuba pulas tombol pintu, tapi tak berhasil. aku cuba berkali kali, tetap tak boleh. hyewon kunci pintu ni.
"biar saya bukak"
aku ke tepi untuk beri laluan kepada seongwoo untuk buka pintu tu. macam mana dia bukak, terpulang pada dia. dia mesti tahu punya.
klik
entah apa yang dia cucuk cucuk kat tempat kunci tu, dengan sekelip mata pintu dah terbuka. cepat cepat aku masuk ke dalam, cepat aku jumpa bukti, cepat aku boleh balik.
"saya tunggu luar. awak masuklah"
aku mengangguk faham. laju kaki aku melangkah. gelap, aku raba dinding untuk mencari suis lampu, tapi takde. kesudahannya aku buka flashlight dari telefon aku.
laluan yang panjang sehingga aku bertemu dengan tangga ke bawah. ruang bawah tanah rupanya. patut takde siapa tahu kewujudan ruang ni. kalau fikir logik, kenapa hyewon nak kena ada bilik macam ni kan?
bau minyak wangi yang aku kenal semakin kuat menusuk hidung apabila aku semakin ke bawah. langkah aku mati apabila aku terpijak sehelai kertas bersaiz a4 dengan gambar aku di atasnya bersama kesan darah.
tangan aku menggigil ketakutan. laju aku onkan suis lampu apabila aku ternampak ada suis di dinding bersebelahan tangga. lagi mengejutkan aku apabila aku sedar yang ada satu bahagian dinding tu penuh ditampal gambar gambar gambar aku di atasnya. gambar aku diambil dalam diam. sumpah aku langsung tak tahu.
aku mengambil gambar setiap apa yang aku nampak. setiap sudut bilik aku ambik gambar.
aku mendekati satu meja lalu lacinya aku tarik. satu kotak barang hiasan menarik perhatian aku. aku mengambilnya lalu aku buka.
"ni anting anting tu.." elok benar gayanya, memang ada sebelah subang je dalam kotak tu.
di sebelah kotak pula terdapat sebotol minyak wangi. aku mengangkat botol tu dan hidu. minyak wangi ni. betul la tu. minyak wangi orang yang tolak aku tu.
di sini rupanya kau sorokkan semua bukti, hyewon?
aku membuka laci sebelah. ada sekeping gambar aku bersama jihoon. aku mengutip gambar tersebut dan aku pusingkan untuk baca tulisan di belakangnya.
aku takkan berhenti selagi tak dapat apa yang aku nak, hawon. kau punca kemusnahan aku selama ni.
sekurang kurangnya aku bersyukur yang dia tak berani nak usik keluarga aku walaupun dia rampas jihoon dari aku.
"it's over, hyewon-ah"
-
aku memasuki butik pengantin bersama yuqi. mungkin yuqi perasan tangan aku menggigil, jadi dia menggenggam tangan aku untuk memberikan aku semangat.
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019