one

345 17 2
                                    

no one

jihoon di sebelah dikerling. inilah wajah yang telah membuatkan dia jatuh cinta sejak zaman universiti lagi.

"apa tenung anak teruna orang macam tu?" jihoon memandang hyewon di sebelah sebentar dengan senyuman di bibir.

"sebab suka tenung la saya tenung" hyewon tersengih.

"suka hatilah. tengoklah lama lama lagi"

"awak tak bagi pun saya tetap tengok lama lama"

"jangan tengok lama lama sangat, nanti rabun"

dahi hyewon berkerut. tak faham dengan ayat jihoon.

"kenapa pulak?"

"sebab saya kan handsome, muka bercahaya, silau la nanti awak pandang lama sangat" jihoon tergelak kecil.

"eleh mengada!" bahu jihoon ditepuk kuat.

"hah pukul la lagi bakal suami awak ni. kalau omma awak tahu ni, memang kena bebel pokpek pokpek"

mata hyewon dibesarkan. ada je tau jihoon ni!

"kalau awak tak cakap, omma takkan tahu la"

"omma kata kalau awak pukul saya, kena report. saya report la. see? omma tahu perangai anak dia macam mana. tangan tu gatal sangat nak pukul orang"

"ee yela yela tahu la tak baik macam hawon—" laju hyewon mengetap bibirnya. dia tahu dia dah tersalah cakap. dia pusing ke arah lain lalu mulut ditampar berkali kali. tu la celopar sangat!

jihoon diam, mukanya kekal serius.

hyewon memusingkan badannya semula menghadap jihoon. macam mana la boleh terkeluar nama hawon kat bibir ni?

"saya mintak maaf. saya tahu saya terlebih batas"

"ehem lepasni saya nak pergi rumah hawon kejap"

"nak saya ikut ke?"

jihoon menggeleng seraya tersenyum nipis. mujur hyewon, kekasih barunya sejak 2 tahun lepas memang memahami tanggungjawab dia. amanah yang diberikan oleh hawon dia genggam hingga kini walaupun 5 tahun sudah berlalu.

"tak perlu kot. saya hantar awak balik, awak rehat dekat rumah eh?"

"okey"

-

pintu ditarik, jihoon melangkah masuk ke dalam rumah keluarga chae. dah jadi macam rumah kedua dia kat sini.

"ahjumma! jihoon datang ni" matanya meliar mencari puan chae di serata tempat.

"jihoon datang?" puan chae keluar dari salah satu bilik lalu mendekati jihoon. tangan jihoon ditarik supaya duduk.

"lepasni tak perlu la jihoon datang tiap tiap hari macam ni, nanti apa pulak kata hyewon dengan keluarga dia"

"apa pulak ahjumma cakap macam tu? ni kan amanah hawon, kena la jihoon pegang. lagipun jihoon dah anggap ahjumma macam omma jihoon sendiri tau. dorang fahamlah, awal awal jihoon dah kata, dorang kena faham kerja jihoon macam mana. dorang okey je, okey je la tu maksudnya"

begin again ; parkjihoonWhere stories live. Discover now