eight

95 11 0
                                    

"hawon, aku nak cakap something ni. jangan marah aku eh?"

"hah? cakap pasal apa?"

"pasal hyewon. sebenarnya ada benda yang aku sorokkan daripada pengetahuan kau"

"apa dia?"

"tapi aku ada sebab weh kenapa aku sorokkan"

aku cuma diam, bagi yuqi untuk jelaskan. apa yang aku tak tahu pasal hyewon tu?

"dia budak uni kita dulu weh. kau kenal dia sebab dia pernah cari gaduh dengan kau dulu. dia sebarkan fitnah pasal kau sebab dia nakkan jihoon tu. aku sorokkan sebab aku takut kau terasa pulak kalau aku kata yang kau tak ingat dia- sebab yela orang lain kau ingat, tapi dia yang pernah ada kes dengan kau pun kau tak ingat"

"kau betul tak ingat dia kan?"

aku- pernah kenal hyewon? budak uni aku dulu? serius? kenapa aku tak ingat langsung?

"kenapa aku tak ingat dia langsung ni yuqi?"

"kau kata kau dah pastikan yang otak kau dah pulih sepenuhnya? aku pun pelik jugak masa mula mula kenapa kau langsung tak ingat dia. aku rasa ada something wrong dengan ingatan kau pasal dia"

"sebab?"

"aku rasa logik juga kau kata pasal dia nakkan jihoon so dia sanggup buat apa apa. mungkin kau tak ingat dia sebab ada benda terjadi antara kau dengan dia yang kitorang tak tahu"

aku tak ingat dia sebab ada benda yang jadi antara kitorang? haish, rasa hati aku dah lain macam ni. macam mana kalau betul memang hyewon yang-

muka suci dia tu- weh takleh brain langsung.

"kau dengar tak ni?"

"dengar dengar"

"yang pasal anting anting dia sama dengan mak jihoon tu, tu hyewon yang hadiahkan untuk ahjumma. aku dah jumpa dah kedai yang jual benda tu, kedai dia kat pinggir bandar. aku tak tahu kenapa hyewon pilih kedai tu sedangkan dia lebih mampu untuk beli kat kedai yang terkenal atau dia boleh design sendiri"

aku proses satu persatu maklumat yang baru aku dapat. kenapa kisah ni terlalu berbelit?

"bagi alamat, nanti aku try pergi"

"sorang?"

"yela kot. takde siapa nak teman. kau busy kerja, takkan aku nak kacau pulak"

"kau ajakla eunwoo. suruh dia teman kau. aku takut bahaya kau pergi sorang nanti"

aku terdiam sejenak. nak ke eunwoo temankan aku? tapi eunwoo tak pernah lagila nak menolak ajakan aku hm tak try lagi tak tahu kan.

"hmm nanti aku try. oh kau tu rajin rajinla singgah kafe tu. usha usha si donghan tu ha" aku ketawa mengekek. tak habis habis nak menjodohkan si yuqi dengan donghan.

"takde masa la aku nak fikir pasal boyfriend ni apa semua ee"

"amboi amboi, dulu kau yang sibuk nak jodohkan aku siap join sana sini blind date tah apa apa tu. konon kata muda ni la nak having fun kan? hello cik kak, kau muda lagi tau. kamonla"

masing masing dah macam berubah personaliti. yuqi yang sibuk menggatal dulunya dah jadi macam ni, sungguh workaholic sampai tak terfikir nak bercinta. aku pulak yang tak busy nak bekerja padahal aku lagi rajin dari dia dulu hmmm. tapi kata pun dulu kan huhu.

"hah! aku tahu kenapa kau taknak. sebab kau nak mingyu kan? kannn?"

"macam orang bodoh aku bercakap dengan kau ni. malas aku nak layan. dahla bye!"

begin again ; parkjihoonWhere stories live. Discover now