yuqi mendekatkan wajahnya dengan muka aku lalu muka aku ditenung lama. aku membalas pandangannya kosong. tak lama kemudian, dia jauhkan semula wajahnya dari muka aku.
"aku tunggu kau bercakap sejak 15 minit lepas. tapi satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut kau. kau ada apa nak jumpa aku sebenarnya ni?"
"aku nak mintak tolong kau sikitla"
"lah nak mintak tolong je pun tapi nak cakap tu ambik masa sampai 15 minit. tolong apa? lain macam je ni?" yuqi bersandar pada kerusi.
"aku nak siasat balik la pasal kes aku dulu. aku nak cari siapa orang yang tolak aku tu. apa yang dia tak puas hati dengan aku ah?"
"kau ada syak sesiapa ke?"
aku memandang yuqi dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. mulut teragak agak nak cakap. tapi apapun aku kena bagitahu jugak.
"cakap je la"
"hyewon. kang hyewon"
mulut yuqi melopong. aku dah agak benda ni dah, kalau aku cakap mungkin ada orang tak percaya cakap aku.
"kau tak percaya kan?" tiba tiba aku jadi sarkastik.
"bukan, aku cuma tak pernah terbayang yang hyewon ada niat nak bunuh kau. kau rasa apa motif dia buat macam tu?"
"mungkin sebab dia nakkan jihoon" aku menjongketkan bahu.
"macam mana kau tahu dia buat macam tu sebab nakkan jihoon? kau pasti ke dia yang mengorat jihoon dulu?"
terkebil kebil aku pandang wajah yuqi. sungguh, soalan tu tak pernah lagila melintas dalam kepala otak aku ni. aku tak pernah pulak tanya jihoon pasal ni, ni pun aku ikut firasat aku yang tak berapa nak betul ni.
"aku- er aku bantai je"
yuqi mengangguk faham. eih dia ni tak dapat ditebak soalan dia.
"kalau betul la kan, wah ini benar ini cinta itu buta" yuqi menepuk nepuk tangannya. entah apa yang dia excited sangat.
"kau boleh kan tolong aku?" yela risau mengacau kerja yuqi pulak. setakat belas ehsan kat aku ni dengan kerja dia tu, rasanya kerja dia lagi penting. yuqi tersenyum cuma.
"eh boleh je! benda ni walaupun agak susah, tapi sebab kau aku sanggup tau wuhu ini membuktikan cinta aku terhadap kau" yuqi menekup pipi aku sampai aku tak boleh nak bukak mulut langsung. nasib baik aku tak berapa nak fleksibel jadi tak dapatla angkat kaki sampai muka dia.
"lepasla woi"
"ehe sorry. geram sangat tengok pipi kawan aku sorang ni"
"apa kata kau pergi buat macam tu kat pipi mingyu tu hah? ey geram aku ngan kau ni" aku usap pipi aku lembut. kuku dahla tajam. ingat pipi aku ni boneka dia ke? yuqi buat muka jijik bila aku sebut nama mingyu.
"taknaklah aku buat kat dia macam tu! nanti mesti dia fikir aku nak bermanja dengan dia ew"
aku ketawa dengar ayat yuqi dengan muka dia tu kira siap pakej la. memang jijik betul dengan mingyu tu.
"ala kau ni jual mahal la dengan dia. dah lama kenal, apa salahnya" aku menyambung dengan sisa tawa yang ada. tak dapat bayangkan gabungan yuqi dengan mingyu tu. pecah rumah nanti agaknya.
"ee kau pun sama je tau! dia bukan serius pun dengan aku masa dia cakap ayat ayat tu"
"habistu kalau serius kau nak la?" eh eh suka pulak ye kau hawon nak perangkap yuqi. ini namanya balas dendam. tula dulu dia yang duk sibuk jodohkan aku dengan jihoon.
"ma- mana ada. aku tak kata eh!"
"tapi apa cerita dia dengan minju tu eh? dulu beria sampai gaduh dengan kita" kalau fikir balik, masa kitorang bercuti ramai ramai tu dia tak official pun dengan minju, minju macam layan dia kawan kawan je. entah sekarang ni apa jadi pun aku tak tahu la.
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019