tok tok
"masuklah"
sebaik sahaja dapat kebenaran daripada yuqi, aku melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"oi" senyuman aku melebar memandang kerja yuqi yang menimbun di atas meja kerjanya. jarang jarangla aku dapat tengok yuqi jadi macam ni ahaha.
yuqi yang workaholic dengan yuqi yang gila gila dengan aku lain tau, so peluang untuk tengok sisi lain dia ni haruslah dihargai.
"awal kau sampai. dapat tahu apa dah?" yuqi berjalan mendekati aku yang masih berdiri di tepi sofa yang ada di dalam pejabatnya. dia ni kan..
"kau memang taknak pelawa aku duduk ke apa?"
"ala takpayah pelawa la. kau kan pandai sendiri je ehehe"
aku mencebik kecil. lantas punggung dihenyakkan di atas sofa diikuti yuqi. dia mengangkat kedua dua keningnya seraya memandang aku ingin tahu.
"firasat aku kuat mengatakan yang hyewon ada kena mengena dengan kes ni, tapi kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?"
"siapa? orang yang kau rasa ada kena mengena dengan hyewon dan kes ni pulak ke?"
kepala aku gelengkan. tapi bila fikir semula.. aku rasa macam nak angguk kepala. tapi rasa macam mustahil.. ish serabut!
"kau okey ke tak ni kejap geleng kejap angguk? dah biul dah?"
"hey elok sikit eh!"
ada ke patut dia kata aku jadi biul ee dasar si tenuk.
"hah dahtu?"
"aku jumpa mak jihoon"
"yang mana satu?"
"yang muda"
"oh okay then apa kena mengenanya?"
"kan aku ada cerita kat kau pasal anting anting hyewon tu.. ahjumma pun pakai benda yang sama. aku jadi confuse la. kalau fikir balik pun, mesti ramai yang pakai benda macam tu"
yuqi garu dahinya yang entah gatal ke tidak tu. kemudian dia pandang aku lama tanpa bagi reaksi.
"lepastu kau nak kata yang kau rasa ahjumma pun ada hubungkait dengan hyewon? macam tu?"
"aku tak tahu nak cakap macam mana weh, tapi aku tak rasa ahjumma ada sebab yang lebih masuk akal untuk buat macam tu sekali"
"kes kau ni terlalu complicated tahu tak? takde bukti langsung untuk kita tuduh sesiapa. nak cari bukti, belum tentu kita jumpa sebab 5 tahun weh mesti orang tu dah padam apa yang patut"
aku mengeluh. aku sendiri pening dengan benda ni semua. kenapa aku tak dapat ingat apa apa pasal tu?
"sehebat hebat orang tu.. dia manusia, mesti dia ada tertinggal something. kita kena cari something tu"
-
no one pov
pintu dihempas kasar. mask ditanggal kasar dari muka. dadanya turun naik tanda amarah yang menguasai diri. tangan dikepal geram.
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019