four

132 10 0
                                    

"korang tahu kan pasal jihoon nak kahwin dah tu? oh- korang mestilah tahu, aku je yang lambat tahu" lalu hawon menyedut kopinya melalui straw.

automatik yuqi dan mingyu menghentikan langkah mereka. mereka saling berpandangan sebelum memandang hawon yang berpaling untuk memandang mereka.

yuqi telan liur perit. mana perempuan ni tahu woi? takkan jihoon cukup berani nak bagitahu pasal ni?

"ulang ulang aku je yang lambat tahu. mungkin memang nasib aku kot"

"s- si- siapa bagitahu kau?"

"aku jumpa dia semalam, masa tu dia dengan tunang dia tu la. aku tanya siapa perempuan tu, then that girl kata dia tunang jihoon"

dahi yuqi berkerut. dah kenapa hawon ni? siapa pulak perempuan yang dikatakan kalau bukan hyewon? macam mana hawon boleh tak kenal pulak dah ni? yuqi cukup tahu pasal kes hyewon dengan hawon, kalau mingyu tak tahu tu lain la.

"kau tanya nama dia tak?"

"kenapa kau tanya macam tu? takkan kau tak kenal kot"

"aku tanya je. kang hyewon kan perempuan tu?"

dengan yakin, hawon mengangguk. eh kenapa semua jadi macam ni bila cakap pasal bakal isteri jihoon tu? dia ni selalu la ditinggalkan, semua maklumat mesti dia tak tahu.

"aku pernah kenal ke hyewon tu?"

"kau tak ingat tu tak kenal la kot. aku kenal pun sebab jihoon huhu" yuqi tersengih untuk menutup rasa peliknya.

"bukan dia budak u— aduh sakitlah yuqi!" dahi mingyu berkerut menahan sakit kaki yang dipijak yuqi. dahlah dengan high heelsnya ey yuqi ni satgi.

"kau dah kenapa yuqi tetiba pijak kaki mingyu tu?"

"aku nampak ada semut kat kaki dia tadi! aku pijak la" balas yuqi selamba sebelum menyambung langkahnya yang terhenti tadi.

mingyu menjeling yuqi geram. sakit hati betul dengan perempuan ni tau. ey penat aku nak bergaduh.

hawon mencebik. ada ada je la dua orang ni.

-

"aku rasa ada something wrong dengan hawon tu la"

"kenapa? perangai dia pelik ke?" soal jihoon kepada yuqi. tapi dia lagi pelik dengan yuqi tiba tiba ajak jumpa BERDUA je hah kau rasa.

"perangai dia takdelah pelik pun, biasa je. kalau berubah sikit tu biasalah sebab 5 tahun kan kita tak jumpa dia. tapi, aku pelik macam mana dia boleh lupa kat hyewon"

"sebab dah 5 tahun kot.."

"kitorang ada terserempak dengan suyun, elok je dia tegur. tapi kau bayangkan la, dia ada kes dengan hyewon, macam mana dia boleh tak ingat pulak?"

jihoon termenung sebentar memikirkan ayat yuqi. betul jugak eh. ada benda pelik ni.

"aku rasa ada benda yang jadi antara dorang la"

"maksud kau? hawon buat buat lupa dia ke apa?"

"bukan. maksud aku.. ada something yang jadi tanpa pengetahuan kita"

begin again ; parkjihoonWhere stories live. Discover now