no one pov
"aku suruh langgar dia guna motor je pun! takkan tu pun kau tak boleh buat?! kau bodoh ke?!" tengking seorang gadis sambil tangannya mencekak pinggang. bengang tak boleh bincang, buat benda senang pun tak boleh.
"tapi cik- saya betul dah target dia. ada orang tarik dia dari belakang"
"bodoh! lain kali kau bawakla laju terus! semua sebab kau rancangan aku gagal! apa guna aku bayar kau mahal?!" kepala lelaki di hadapannya ditunjal berkali kali. panas hatinya apabila rancangannya tak menjadi, duit pun lebur macam tu je.
"saya minta maaf, cik. saya janji tak buat lagi" walaupun kepalanya tadi ditunjal, lelaki itu tetap menunduk memohon maaf kepada gadis di hadapannya.
"janji kau tu tak boleh pakai! dah! berambus dari sini! menyusahkan aku je!" dadanya naik turun. terkedek kedek lelaki tadi keluar dari bilik, takut ditengking lagi teruk.
"kenapa perempuan sial tu liat sangat nak mampus?! argh satu benda pun tak jadi!" gadis itu menumbuk numbuk meja di hadapannya. sakit di tangan tu lantaklah, langsung tak terfikir bila sakit hati macam ni.
dendamnya dari dulu masih membuak buak. dari zaman sekolah rendah sampai ke universiti, semua hawon nak rampas daripada dia. semua pujian hawon dapat sampaikan dia diabaikan sedangkan dia lebih layak! aku anak orang kaya, kenapa anak orang miskin tu yang dapat nama?!
"kau tunggu, hawon. dendam aku kat kau masih tak terbalas"
-
"hmm basah pulak kayu ni" hawon mencampakkan semula kayu yang dipegangnya tadi. baru nak ambik, tak jadila sebab basah.
prak
hawon menoleh apabila dia terdengar ada orang di belakangnya bersama senyuman. sangkanya itu minju, namun lain yang datang.
"siapa-?" soal hawon yang sudah mula takut. pakaian perempuan kat depan dia ni, lain macam.
walaupun perempuan di depannya memakai mask, namun hawon tahu dia sedang tersenyum sinis.
"nice to meet you here, chae hawon"
dahi hawon berkerut. siapa je yang tahu dia kat sini?
"minju!" jerit hawon. apa yang penting, dia kena mintak tolong minju dulu.
"minju takkan dengar yang kau menjerit sebab dia dah jauh sangat dari sini" setapak demi setapak, dia mendekati hawon yang mula menapak ke belakang.
"siapa kau sebenarnya hah?! apa niat kau jumpa aku kat sini?!" tiba tiba kaki hawon tersadung pada dahan kayu, lalu dia terjatuh ke atas tanah.
"lunaskan apa yang patut. kalini aku takkan lepaskan kau" laju dia melompat duduk di atas hawon, tak sempat hawon nak beri reaksi. gadis berbaju hitam itu mencapai batu yang berdekatan, dia cuba untuk menghentakkannya pada kepala hawon namun hawon menggunakan segala tenaganya untuk menolak gadis itu.
hawon bangun untuk melarikan diri, bajunya sempat ditarik gadis itu sehingga terkoyak. mujur hawon sempat lari, bajunya yang terkoyak mendedahkan tubuhnya dibiarkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/198601156-288-k102094.jpg)
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019