"eunwoo mengantuk ni. apa kata hawon keluarkan sikit suara hawon tu. ni dah kenapa macam ada emas je dalam mulut tu daripada tadi?"
aku kerling eunwoo di sebelah. aku takde mood memangla macam ni, kalau tidak aku la yang paling bising kalau dengan eunwoo. sudahla omma terpaksa pergi esok sebab hyungwon oppa baru dapat cuti esok. katanya suruh aku pergi dulu. kalau ada orang lain, aku behave la sikit perangai takde nak muncung sangat macam ni haih.
"hah panjang lagi muncung tu. biar boleh eunwoo ikat lepasni"
aku mencebik geram.
"eunwoo nak apa?"
"uish mujur hawon bercakap. ingatkan eunwoo bawak lari anak dara orang ni sampai dah bisu jadinya"
dah start dah, dah start dah. dia kerling aku di sebelah kejap dengan sengihan lebar sebelum tumpukan semula pemanduan.
"layanla eunwoo ni, hilangla sikit bosan. ini tidak, dengar bunyi radio aje. bosanla"
"itula function radio, nak hiburkan eunwoo. apa pulak yang bosannya? elok je hawon dengar tadi siap keluar lagu feel special tu hah. tak best ke duk you make me feel special bla bla- ah apa apa je la lirik dia"
"suara hawon jugak seronok. baru tak mengantuk"
alahai dia ni. ingat sweet ke tu? mengada betul.
"lambat lagikan nak sampai? hawon tidur dulu okey bye" aku tutup mata dan buat buat tidur.
"hey chae hawon! nanti eunwoo terbabas jangan nak salahkan ehhh! eunwoo ni muda tak sempat nak kahwin dengan hawon lagi tau"
eh-
baik terbabas je la kalau macam tu sksksk dahla hawon jangan jadi bodoh boleh tak. kau nak mati lagi sekali ke?
"yela hawon teman bukan sebab eunwoo tu tak sempat kahwin dengan hawon lagi, tapi sebab hawon sayang nyawa hawon tau"
"ala sama la tu"
"lainlah!"
"ala hawon still berjaga jugak walaupun untuk alasan yang berbeza. bagi eunwoo sama je la tu"
dia dah kata tadi berbeza lepastu kata sama pulak alahai bangla mana sesat dalam cerita aku ni woi.
"bawak je la kereta diam diam. macam macamlah dia ni"
-
aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan berhati hati. barang barang aku dibawa oleh eunwoo di belakang.
"eunwoo ke tu?"
wajah tua seorang wanita menyapa pandangan aku. aku buat buat muka blur, tak kenal kononnya.
"hawon!!" tubuh aku terus dipeluk. tak lama kemudian, halmeoni melepaskan pelukan. sengih lebar di bibirnya buatkan rindu di hati aku terubat.
"halmeoni ni.. siapa?" dengan tenang aku menyoal, padahal dalam hati rasa nak gelak guling guling bila tengok reaksi halmeoni.
"hawon tak ingat halmeoni ke? ni halmeoni eunwoo la. kita kenal 5 tahun, hawon tak ingat dah ke?"
aku menggeleng kepala perlahan.
"ya tuhanku- hawon serius la ni? penyakit hawon dah datang balik ke apa ni? eunwoo! pandai jaga hawon ke tidak sebenarnya ni?" tak pasal pasal bahu eunwoo kena pukul dengan kuat. berkerut kerut mukanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019