"buat apa kat sini? baliklah kalau takde apa apa" aku datang nak sampaikan tu je, jadi lepastu aku nak pergilah. tapi jihoon cepat cepat tahan.
aku tahu aku tak patut menambahkan lagi jurang hubungan aku dengan dia sebab nanti lagi susah untuk aku rapat balik dengan dia. tapi aku terpaksa buat semua ni. sekurang kurangnya aku tak nampak kemesraan dorang. at least kalau tekaan aku tentang hyewon tu salah dan majlis dorang terus berlangsung, aku takdela terasa mana.
sekurang kurangnya ia memudahkan proses move on aku kan?
"nak apa?"
"saya nak awak mintak maaf dengan hyewon"
"for what?"
"saya taknak awak tuduh macam macam pasal dia. sebab tu saya datang cari awak sampai sini"
aku ketawa sinis. wah effort dia tu, lain macam.
"sebab tu je awak gigih cari saya ke sini? korang dua ni takde kerja lain dah ke sampai nak datang jauh jauh kat sini? tak busy ke dengan hal kahwin korang tu?" aku silangkan tangan di dada.
ini yang dia berjanji dengan aku dulu tu? 5 tahun dah mengubah diri jihoon eh. aku tak sangka pulak. eh entah entah dia tak berubah pun, cuma aku je yang kenal dia sekejap sangat.
"saya cuma nak awak mintak maaf dengan dia je, hawon"
"untuk apa? saya tak buat salah, kenapa saya pulak yang kena mintak maaf? orang lain buat salah dekat saya, takde pun mintak maaf. so why should i?"
"boleh tak awak buang ego awak tu jauh jauh?"
sukala kau hyewon dapat tengok aku gaduh dengan jihoon depan mata. muka je nampak bersalah, dalam hati siapa tahu?
"siapa yang ego sebenarnya ni, jihoon? awak kata awak cintakan saya, but then awak lebihkan dia. awak tetap nak teruskan perkahwinan dengan dia kan? so go on. jadi awak takde hak nak jealous kalau saya rapat dengan mana mana lelaki"
"tapi bukan dengan eunwoo"
"see? awak tu yang pelik! kenapa pula? eunwoo tu jaga saya lebih baik daripada awak jaga saya la! awak nak sangat dengan hyewon ni kan? balik! saya tak benarkan awak jumpa mana mana ahli keluarga saya dah. amanah yang saya bagi kat awak dulu, saya dah tarik balik sebab saya masih mampu tengok tengokkan keluarga saya. dan sekarang.. awak balik. saya taknak tengok muka awak kat sini"
jihoon memandang aku dengan dahi yang berkerut. ingat aku ni tak reti nak bagi ayat deep ke?
"baliklah! tunggu apa lagi?"
"saya dah tak kenal awak, hawon. awak bukan hawon saya yang dulu" jihoon menggelengkan kepalanya kecil sebelum berlalu masuk ke dalam kereta dan diikuti hyewon.
nah, aku fedup dengan jalan cerita aku.
"sebab saya ialah hawon yang dah banyak awak sakiti, jihoon. apa yang awak buat semuanya menyakitkan saya"
-
no one pov
dokyeom langsung tak lepas pandang setiap langkah hawon mendekati jihoon di sebelah keretanya. eunwoo kerling dokyeom sebentar, dah apa kena dia ni? takkan dah tangkap cintan dengan crush aku kot?
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019