aku mengeluh sebentar. kepala melilau memandang persekitaran yang tenang, langsung tiada gangguan. malangnya fikiran aku tengah serabut memikirkan sesuatu. tiba tiba, terdengar bunyi seseorang di sebelah aku.
"kau okey ke tak babe?" soal yuqi.
"okey je kot. biasalah fikir benda sikit sikit" aku menggaru dahi yang tak gatal.
"kau fikir pasal apa?"
"erm- aku fikir pasal eunwoo"
"lah kenapa pulak? kau gaduh dengan dia ke? hah haritu masa kat mahkamah tu pun dia takde kan?"
aku menggeleng laju.
"takdelah. aku okey je la dengan dia. masa tu dia ada hal yang tak boleh nak elak, that's why dia takde. tapi serius aku tak gaduh pun dengan dia"
"habistu kenapa ni?"
"entahlah. aku rasa serba salahla kat eunwoo. aku tak tahu macam mana nak bagitahu dia yang aku dengan jihoon dah berbaik semula. tapi aku dah kata awal awal dah jangan letak harapan tinggi sangat, aku memang tunggu jihoon. tapi aku memang tak boleh buang rasa serba salah tu la" lagi sekali, aku mengeluh perlahan.
"aku rasa dia faham punyalah. aku tengok dia tu baik je, takkan dendam punyalah. kau sendiri kenal dia macam mana kan? aku dapat rasa yang dia akan terima benda ni dengan baik"
"kau nak tahu tak? malam tadi jihoon ada ajak aku kahwin.."
tiba tiba je bahu aku ditepuk kuat. aku mengaduh seraya menyentuh bahu yang dipukul tadi.
"kau kenapa?"
"serius la weh? habistu kau jawab apaaa?"
ah perempuan ni, memang tak reti nak menyabar.
"aku tak jawab lagi"
"ala bodohnya"
mak nak nangis. kenapa yuqi panggil aku bodoh? ;-;
"kau dengarla sampai habis dulu apa aku nak kata ni"
"hah pedia"
"aku tak jawab lagi sebab dia kata kat aku untuk fikirkan dulu masak masak. dia taknak aku terus buat keputusan and then nanti menyesal. dia suruh aku fikirkan perasaan aku dulu. maybe dia still rasa bersalah kot pasal apa yang dia buat kat aku sebelum ni" aku tersenyum tawar.
"habistu kau dah fikir dah?"
dahla takde maaf. pergh, inila kawan.
aku mengangguk perlahan.
"apa dia?"
"rahsia ehe" aku mengenyitkan sebelah mata.
"ele aku pun ada rahsia laaaa"
aik? pepelik je yuqi nak berahsia ni.
"eleh tak heran pun laaaa" padahal dalam hati aku ni punya nak tahu sangat apa yang rahsianya. ish jangan sibuk sangatlah hawon!
-
aku mengemas barang barang aku yang wajib dibawa balik. purse dan telefon dimasukkan ke dalam beg. aku ni mana la bawak banyak barang pergi kerja. sebaik sahaja aku berpusing untuk keluar ke ruang utama kafe, wajah eunwoo yang tersenyum menyapa pandangan.
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019