"kenapa kau tak cakap langsung yang kita dulu satu sekolah?" tanya aku kepada hyewon. muka dia langsung tak nampak bersalah menipu aku.
"saja la aku try. tak suprise ke? aku sangka kau ingat lagi"
aku rasa nak ketawa bila bercakap dengan dia macam ni. aku fikir aku kenal dia dari universiti. rupanya jauh sebelum tu lagi aku dah kenal dia.
aku teringat kata kata doyeon sewaktu aku kat toilet semalam dengan dia.
"doyeon, boleh aku tanya kau sikit?"
"tanya apa? tanya je la. aku tak kisah"
"korang kata aku dengan hyewon dulu memang tak ngam kan..?"
"yela. kau tahu tak aku terperanjat gila bila tengok kau masuk kafe sambil berpeluk tangan dengan hyewon tu macam dah rapat gila. kau tak ingat ke apa dia buat kat kau dulu? dia dengki gila kot dengan kau"
"hah? kenapa dia nak dengki dengan aku pulak? bukan dia lagi bagus ke?"
"halah sekarang memanglah. walaupun dia anak orang kaya dari kecik tu, tapi kau yang bolot semua weh dulu. aku dengar cerita dia kena marah teruk dulu dengan bapak dia sebab tak dapat nombor satu. kau kan dulu bolot je nombor satu"
uwah aku bijak sangat gais dulu. dulu je la kekeke.
"serius la?"
"serius la. kau ingat aku nak main main ke? tapi- kau biar betul tak ingat ni?"
"sebenarnya aku ada accident sikit haritu so aku kena amnesia. tapi dah okey dah. cuma aku tak tahu kenapa aku tak ingat apa apa pasal hyewon"
"kalau dah amnesia tu bukan accident sikit dah weh. entah entah kemalangan kau tu ada kena mengena dengan dia tak? maksud aku mungkin dia yang dalangnya—"
"hawon?"
"uh?" aku baru tersedar dari lamunan.
"kau marah eh aku tipu kau?"
tak nampak ke muka aku terang terangan aku tak puas hati ni? takkan nak tampal kertas kat dahi kata aku tengah marah pulak alahai.
"eh takdelah haha" aku ukirkan senyuman yang paling ikhlas (kalau bolehla) selama dengan dia satu hari ni.
kang panggil bodoh baru tahu ee.
-
"oi budak ponteng kerja semalam"
aku menoleh sebaik sahaja eunwoo menegur aku. dia ni suka tau perli perli orang. entah apa apa.
"orang dah katakan orang tak ponteng. hawon dah mintak cuti awal awal dah"
"awal la sangat. awal sehari" kata eunwoo dalam nada mengejek. aku hanya jeling dia, malas nak layan.
"pergi mana semalam sampai cuti tu?"
"keluar dengan hyewon"
"hah? keluar dengan dia buat apa? bukan hawon syak dia ke yang buat hawon macam tu? bahaya tahu tak? otak hawon dah biul ke apa ni?" eunwoo memegang kepala aku lalu dia pusingkan ke kiri dan ke kanan. pening aku woi.
"hawon tahula apa hawon buat. eunwoo tak payah risaulah"
"cuba hawon cakap macam mana eunwoo tak risau? dahla eunwoo sayang hawon, macam mana kalau jadi apa apa? lepasni eunwoo taknak bagi hawon cuti dah kalau alasan hawon tu tah apa apa"
aku mencebik seraya menjulingkan mata ke atas. aku tolak tangan dia yang memegang kepala aku tadi ke bawah.
"bisingla eunwoo ni. dari dulu lagi memang bising"
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fiksi Penggemarstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019