kelibat jihoon di kedai seberang jalan membuatkan hawon tersenyum sendiri. apabila lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau, dia melangkah laju untuk mendekati jihoon.
semakin dekat, baru dia perasan yang jihoon dengan seorang gadis lain. dahinya berkerut. dia tak kenal perempuan tu, tapi macam pernah nampak pulak. kat mana eh?
"jihoon" panggilnya.
ingatkan nak buat suprise datang jenguk jihoon, konon nak ajak pergi lunch sama sama. tapi bila tengok jihoon tengah jalan dengan orang lain, rasa tak baik pulak mengganggu. nak kata macam tu office mate dia, macam bukan.
riak jihoon jelas terkejut saat dia berpaling. jihoon memandang hawon dan hyewon bersilih ganti. tak lupa juga pada hyewon, dia bagaikan terlihat mayat hidup di hadapannya. kes kematian hawon cukup terkenal masa universiti dulu. tapi hawon di depan dia ni—
"apa awak buat kat sini, hawon?"
"saya ingat nak ajak awak lunch sama sama. tapi ternampak awak dengan orang lain, tak jadilah. saya tegur je, nanti tak tegur rasa pelik pulak sebab dah nampak" lalu hawon memandang pula pada hyewon.
"siapa?"
terdetik rasa pelik di dalam hati jihoon. biar betul hawon tak kenal hyewon? sedangkan hyewon la yang pernah burukkan hawon masa zaman universiti dulu. tapi tu dulu la.
"betul awak tak kenal dia?"
"kenapa? dia seseorang yang saya perlu kenal ke?"
lidah jihoon kelu. tak tahu nak cakap macam mana dengan hawon. tak sanggup nak tengok reaksi hawon bila dapat tahu tentang ni.
"saya-"
"saya tunang dia, kang hyewon. selamat berkenalan" hyewon menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.
reaksi hyewon sudah bertukar 100%. kini riak mukanya sudah kembali seperti biasa. walaupun dia masih terkejut dengan kemunculan hawon di hadapannya setelah bertahun tidak mendengar khabar, dia masih beranikan diri.
"tu- tu- tunang—?" hawon memandang hyewon yang tersenyum dengan wajah jihoon bersilih ganti.
"haah. lagi 2 bulan kitorang kahwin. jemputlah datang" hyewon memeluk lengan jihoon.
"o- o- oh—"
"awak tak bagitahu pun yang hawon dah balik" hyewon memuncungkan bibirnya. jihoon ni buat tak tahu pulak, taknak cakap pun kat dia.
"awak pergi dulu, saya nak cakap dekat hawon kejap" perlahan, jihoon menolak tangan hyewon daripada terus memeluk lengannya.
"hmm"
jihoon menatap sepasang mata milik hawon yang sudah berair. serius, berkali kali ganda rasa bersalahnya pada hawon. salah dia sebab tak cakap awal awal lagi sampai bagi hawon harapan yang tinggi macam ni. lagipun, dia tak putuskan hubungan mereka dengan rasmi lagi.
"awak kata- dulu awak kata walau apa pun yang jadi, awak akan sayangkan saya. awak kata awak akan terus sayangkan saya selagi memori kita berdua masih segar dalam ingatan awak. awak kata saya dah jadi sebahagian tanggungjawab awak. awak kata dulu awak akan kejar saya sampai awak puas. awak dah puas kejar saya ke, jihoon?" tak dapat ditahan, air mata hawon menitis di pipi.
sakit, penat dengan semua ni. penantiannya selama beberapa tahun langsung tak datangkan apa apa kebaikan. dia berjuang, sanggup hidup susah sebab jihoon. dia nak tengok muka jihoon lagi sekali.
tapi bila sedar akan perkataan 'dulu' yang sering disebut, hawon terdiam. tu hanyalah dulu. dulu dan sekarang berbeza. masa boleh mengubah seseorang, dia tak nafikannya. tapi sepanjang masa tu, diri dia tak berubah. dia tetap hawon yang dulu.
YOU ARE READING
begin again ; parkjihoon
Fanfictionstatus 》 completed "hai jihoon" pertemuan semula yang tak diduga. dia dalam dilema, mahu kembali ke memori yang lama atau teruskan dengan yang baru? (aka one love season 2) •geumvengers-2019