BAB 3

230 7 0
                                    

📌I Need You

⚘A&E⚘

Adrew dan yang lain lega apabila doktor memberitahu mereka yang Eli tidak apa-apa. Cuma, sakit sampai pengsan akibat tumbukan yang kuat. Adrew merenung lama tangannya, dia memaki-hamun pada diri sendiri, dia pun tidak sangka dia akan memukul perempuan dengan kuat sampai macam ni sekali.

"Adrew, kau tak apa-apa?" Soal Loey padanya sambil memegang bahu Adrew yang sedang menekup mukanya dengan kedua tangan dan memandang bawah.

"Aku okey je.. Eli tu yang teruk" Jawab Adrew.

"Dia cuma pengsan je tu.." Usul Andy

"Aku rasa serba salah pada dia.. Apa aku perlu buat untuk dia maafkan aku" Kata Adrew yang sudah memisahkan tangannya dari muka lalu bersandar di kerusi menunggu hospital.

"Serba salah? Baru rasa ke? Kalau jadi apa-apa pada kawan kita orang, kami akan salahkan kau.. Kau ingat tu!" Celah Lily. Mereka memandang wajah Lily yang menahan marah.

"Dahlah, Adrew tak sengaja-kan" Balas Rey.

"Tak sengaja apa kalau macam tu? Dah tahu diri tu lelaki-kan? Faham-fahamlah yang kau tu kena tahan dengan perempuan. Jangan jadi dayus sangat eh macam ayah kau tu!" Pedas saja ayat Lily waktu itu.

"Jangan jadi dayus sangat eh macam ayah kau tu!". Sakit telinga Adrew bila mendengar perkataan itu terkeluar dari mulutnya, dia panas bercampur geram lalu berdiri menghampiri Lily.

"Kau boleh cakap apa-apa.. Tapi kalau kau dah kaitkan pasal family aku, aku tak boleh tahan" Kata Adrew sambil mencekik leher Lily. Lily meronta minta dilepaskan.

"Adrew.." Pantas saja Rey dan yang lain melepaskan Lily dari pegangan Adrew.

"Kau ni kenapa? Sabarlah" Pesan Loey sambil mengusap belakang Adrew. Adrew masih diam memandang Lily yang terduduk di lantai memegang leher.

"Aku nak balik" Usul Eli melepasi mereka tanpa berhenti cuma berkata 'aku nak balik'. Rakannya yang lain hanya dapat memandang saja dia berlalu. Mereka tahu, eli mahu berseorangan. Adrew terus berlari mengejar Eli tapi Eli sangat laju berjalan.

Sampai di taman, Eli duduk di salah satu buaian yang memang kosong. Budak-budak tak ada waktu tu. Tiba-tiba Adrew berdiri di depannya dengan bernafas laju seperti orang baru habiskan maraton je. Eli diam saja memandangnya.

"Ma.... Ma... Maaf... Maafkan aku" kata Adrew padanya jujur. Eli tersenyum.

"Asal kau senyum ni?" Soal Adrew yang sudah berhenti dari bernafas laju lalu duduk di buai sebelahnya.

"Terima kasih sangat.." Jawab Eli. Adrew berkerut. Kenapa berterima kasih padanya? Terima kasih sebab kena pukul sampai pengsan? Uhuh, hebat perempuan ni.

"Terima kasih sebab cepat-cepat bawak aku pergi hospital" Sambung Eli lagi.

"Tak perlulah berterima kasih.. Aku yang salah sebab tumbuk kau kuat-kuat."

"Biasalah.. Orang bergaduh. Kalau kau tak bawak aku pergi hospital mesti aku dah mampos" Kata dia sambil ketawa kecil, dia ketawa aku pun ikut ketawa jugak.

F.U.C.K-Y.O.U Where stories live. Discover now