📌I Need You
⚘A⚘
Selesai saja persekolahan, aku terus melangkah keluar saing dengan Rey dan Loey. Sempat juga kami bertiga berborak dengan Riana, Lily, Wawa, Risyi dan Farisya, tapi aku masih rasa kosong jika tiada Eli yang dia saja akan berbuat bising dengan aku. Sepanjang berjalan tu aku cuma diam saja.
Aku melangkah mahu ke hospital namun telefon pintar ku berbunyi menandakan ada orang call aku. Ehek, aku keluarkan dari poket seluar. Mama. Aku tidak terus angkat.. Aku menatap lama telefon itu. Dua kali mama ku call baru aku angkat dengan nada dingin.
"Hello, Adrew.. Kamu di mana? Balik sekarang"-Alverisca
"Kenapa Adrew perlu balik waktu mama tengah sibuk?"-Adrew
"Tolonglah, Adrew.. Ada benda mustahak ni"-Alverisca. Aku terus mematikan panggilan dan terus melangkah bergerak ke rumah, seketika aku mematikan niat untuk ke hospital.
Di rumah...Mata ku terbutang saat melihat seorang perempuan yang aku sayang berada di depan ku saat aku melangkah masuk ke rumah itu. Mata ku berair namun ku tahan. Ego. Perempuan itu tersenyum lalu memeluk tubuh ku, aku membalas pelukan itu. Aku rindu padanya, rindu baunya, rindu suaranya dan segalanya tentang dia. Dia melepaskan pelukan.
"Hai Adrew.. Rindu kakak?" Soalnya dengan senyuman manis yang sudah lama aku tidak melihat.
"Akak.." Hanya itu saja yang aku mampu katakan.
"Kenapa? Tak percaya?" Balasnya sambil mengusap-usap rambut ku yang rapi me jadi kusut tapi ku biar.
"Kak, lama tak jumpa.. Akak sihat?" Soal ku. Dia ku lihat masih tersenyum manis.
"Kan? Akak sihat. Adrew rindu akak?"-Adrewna
"Sangat rindu"-Adrew. Tiba-tiba mama ku berada di sebelah kakak ku lalu tersenyum. Namun, tidak ku balas.
"Bahagia pula dua orang ni"-Alverisca
"Mestilah.. Dah lama tak jumpa"-Adrewna
"Dah-dah.. Jom masuk"-Alverisca
"Jom"-Adrewna sambil menarik tangan Adrew.
Aku duduk satu sofa dengan kakak manakala mama duduk di sofa lain. Papa aku tu, O.K.U (orang kurang upaya). Papa dah hidap penyakit strok sejak 2tahun lagi selepas papa keluar dari penjara jadi dia akan duduk di kerusi roda khas untuknya.
"Papa.." ucap kakak ku sambil menyalam tangan papa sambil tersenyum lebar. Aku hairan. Kenapa papa ku baik sangat.
"Maafkan papa, sayang". Katanya dengan ayatnya kami pun tak faham. Mama-lah akan jadi translate.
"Adrewna dah lama maafkan papa" Balas kakak terus duduk di sebelahku.
"Papa bodoh sebab pukul Adrewna. Maafkan papa"
"Tak apa papa. Benda dah lepas jangan diungkit lagi".
Petang itu...
"Kita nak pergi mana ni, Adrew?" Soal Adrewna. Adrew yang sedang berjalan sambil bermain telefonnya terus memandang wajah kakaknya.
"Kita pergi kedai makan dulu-lah lepas tu pergi hospital" Jawab Adrew
"Hopital? Nak buat apa"-Adrewna sambil berkerut pelik. Adrew tersengih.
"Nak ajak kakak jumpa bakal isteri Adrew.."-Adrew ketawa selepas menghabiskan ayatnya. Adrewna terikut ketawa.
"Apa ke gatal sangat adik akak ni dah ada calon isteri padahal masih sekolah lagi"-Adrewna
YOU ARE READING
F.U.C.K-Y.O.U
Short StoryElizabeth dan Adrew seperti musuh... Kerja mereka asyik nak gaduh je dan suatu hari mereka telah berbaik hingga mereka tidak tahu apa hubungan yang mereka berdua jalinkan bersama. "Aku nak tanya kau ni" kata Adrew yang sudah melepaskan tangan Eli. ...