BAB 23

119 5 0
                                    

📌I Need You

⚘A&A⚘

Petang di hospital..

"Habis tu? Apa kena mengena dengan awak?" Soal Alivia sambil menyilang tangan memandang tepat ke arah Adrew yang berdiri di depannya.

"Eli perlukan darah.. Takkan aku nak biarkan?" Jawab Adrew dengan wajah risau pada Eli.

"Kau nak aku sebarkan gambar tu ke? Kau jangan lupa, Adrew.. Aku cakap, aku buat. Perjanjian tetap perjanjian.. Kalau kau cabar aku, silakan derma darah kau"Kata Alivia dalam nada menggugut.

"Apa kau ni?! Eli betul-betul perlukan darah sekarang ni! Kalau tak--"-Adrew sudah menengking. Alivia ketawa sinis.

"Aku tak halang kau.. Tapi ingat, perjanjian tetap perjanjian, Adrew.."-Alivia. Adrew menggigit bibir bawah merenung wajah Alivia.

"Alivia.. Please? Eli perlukan darah sekarang kalau tak, dia akan mati. Aku tak nak dia mati.. Aku sayangkan dia. Sebelum ni aku dengar cakap kau, dan aku buat dia sakit dan tak lagi membahgiakannya. Sekurang-kurangnya sekarang, aku boleh bantu dia teruskan hidup"-Adrew memegang kedua tangan Alivia. Alivia menepis.

"Do I care? Eh, betina tu patutnya biar mati! Tak perlu kot, nak hidup. Aku gerak dulu, ingat.. Kalau aku tahu kau derma darah kau.. Serta merta, gambar tu viral internet.. Ya?"-Alivia terus berlalu meninggalkan Adrew.

Waktu yang sama...

"Maafkan saya, doktor dan encik Leong.. Adrew tak dah balik. Dia kata, ujian tu.. Bukan darah O+"-Adrewna yang baru saja matikan panggilan dari Adrew.

"Habis tu? Macam mana dengan Eli?" Soal Risyi sudah mahu nangis.

"Doktor, macam mana ni.. Tak ada cara lain ke?"-Leong.

"Erh---"-Fakrul

"Maafkan saya doktor, Saya rasa doktor perlu tengok keadaan Eli"-Usul seorang jururawat dengan nada cemas.

"Ah, baiklah"-Fakrul terus berlari anak menuju ke bilik rawatan di tempatnya Eli.

"Doktor.."-Leong sambil menahan lengan Fakrul. Fakrul menoleh.

"Tolonglah dengan cara apa sekali pun"-Leong dengan raut muka sedih. Fakrul melemparkan senyuman ikhlasnya pada Leong.

"Insyallah.. Kami buat apa yang termampu"-Fakrul. Leong melepaskan lengan Fakrul dan Fakrul melangkah pergi.

⚘A&E⚘

Eli membuka mata dan mencuba untuk bangun, namun, tubuhnya sungguh lemah untuk bangun. Sakit-sakit badannya. Kenapa dengan dirinya? Dalam gelap, dia cuba untuk mengapai-gapai tepi katil untuk melangkah pergi untuk mengetahui dirinya berada di mana.

Klakk..

Lampu bilik menerangi malam itu. Eli mengecilkan mata kerana silau. Melihat doktor Fakrul sudah merapati katilnya, dia cuma membatukan diri untuk baring saja.

"Awak dah sedar?" Soal Fakrul sambil menuangkan air masak dari jug ke gelas. Eli memgangguk perlahan.

"Dah dua hari awak tak sedar.. Minum, makan tak lagi. Mari, saya bantu. Minum air dulu" Kata Fakrul sambil membantu Eli bangun.

F.U.C.K-Y.O.U Where stories live. Discover now