📌I Need You
⚘Elizabeth⚘
Aku diam berdiri di depan lelaki yang masih muda ini iaitu guru disiplin yang sangat tegas tapi baiklah, kot? Aku memegang tangan ku dan memandang lantai. Berpeluh juga berdiri di situ dengan tidak diberi kerusi. Aish! Desis hati ku.
"Apa yang awak nak cerita-kan pada saya?" Soal Desment. Aku masih tunduk memandang lantai. Tidak mahu berhadapan dengan wajah yang gerun itu. Seram. Boleh meruntuhkan semangat aku di sini.
"Awak tahu-kan? Dia tu pelajar baru di sini. Hari ini" Kata Desment lagi. Aku masih memandang lantai.
"Awak ada masalah ke dengan lantai tu?" Katanya lagi membuat ku terpandang wajahnya yang sangat segak itu. Aku menggelengkan kepala.
"Jawab bila saya tanya" kata Desment
"Saya......"
Tok.. Tok.. Tok..
Belum sempat lagi aku ingin menjawab soalan cikgu Desment, pintu bilik diketuk. Aku dan cikgu Desment terus memandang ke arah pintu. Seseorang masuk apabila cikgu Desment memberi keizinannya masuk. Adrew. Aku tidak tersenyum pun walaupun sedikit.
"Kenapa dia perlu ada di sini?"
Hatiku menyoal. Aku mengangkat bahunya menandakan tidak tahu. Adrew tidak pandang ke arah ku, dia hanya menatap wajah cikgu Desment.
"Kenapa kamu ke sini?" Soal Desment
"Maafkan saya cikgu sebenarnya pergaduhan mereka ni bermula dari saya" Jawabnya, aku sedikit terkejut mendengar pengakuan darinya.
"Ha?" Kata cikgu Desment seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Adrew.
"Saya yang menyandung kaki pelajar baru tu, tapi Riana disalahkan.. Disebabkan pelajar baru tu pukul Riana, Eli marah sangat dia cuma nak tegur je." Terang Adrew. Aku yang di belakangkan oleh cikgu Desment menolak pertolongannya namun dia cuma tersenyum kecil mungkin saat itu cikgu tidak melihatnya.
"Habis tu, macam mana pula tangan Eli tu?" Soal Desment
"Cikgu salah faham, pelajar baru tu nak dengar pengakuan Eli yang betul-betul ingin menyokong Riana sebagai kawan jadi, Eli mengangkat tangannya ingin berikrar". Aku lihat Desment menganggukkan kepala lalu memandang ke arah ku.
"Kenapa tak cakap awal-awal?" Soal cikgu Desment pada aku, aku diam saja.
"Dah, kamu berdua boleh pergi kelas.. Dan, Adrew, jangan ulangi perbuatan tu lagi" Sambung cikgu Desment. Aku terus melangkah kaki keluar dari bilik itu setelah mengucapkan terima kasih padanya begitu juga Adrew.
⚘A&E⚘
Eli menunggu Adrew keluar dari bilik disiplin itu. Keluar saja Adrew, dia terus memegang tangan Eli lalu berjalan lebih cepat berbanding Eli. Disebabkan tangan Eli dipegang jadi ke mana Adrew melangkah dia terpaksa turuti. Eli membiarkan saja Adrew begitu, hangat sangat tangan lelaki itu. Dia sayang pada Adrew. Dia tidak mahu mimpi indah ini berakhir. Tapi satu saja Eli lupa, iaitu, Adrew tidak pernah mengatakan yang dia suka padanya. Tidak pernah sekali pun.
"Tada..." kata Adrew yang masih memegang tangan Eli. Waktu itu mereka berada dibumbung bangunan. Tingkat paling atas yang memang khas untuk setiap orang merasakan angin yang sedap di situ.
YOU ARE READING
F.U.C.K-Y.O.U
Short StoryElizabeth dan Adrew seperti musuh... Kerja mereka asyik nak gaduh je dan suatu hari mereka telah berbaik hingga mereka tidak tahu apa hubungan yang mereka berdua jalinkan bersama. "Aku nak tanya kau ni" kata Adrew yang sudah melepaskan tangan Eli. ...