PUD 1 : Jealous la tu

3.3K 102 0
                                    

AKU menoleh ke sekeliling. Memerhati setiap kelibat para peserta bagi acara lari 400 meter lelaki. Mataku terus terpaku pada satu susuk yang menarik perhatianku. Dia sedang memanaskan badannya untuk acara pecut itu. Badannya berbalutkan jersi pasukannya dan berseluar paras betis.

“Peserta bagi acara lari 400 meter lelaki sila berada di trek anda masing masing. Perlumbaan akan dimulakan dalam masa sepuluh minit.” Kedengaran suara dari corong pembesar suara mula berkumandang. Aku lihat dia berjoging ke trek. Jurulatih pula sibuk memberi nasihat kepadanya.

“On your mark... Get set…” Bang! Tembakan dilepaskan ke udara dan para pelari mula berlari. Mataku sudah semestinya kepada lelaki yang barbaju hitam tadi. Fuh.. Anak Usain Bolt ke apa tu?

Seperti dijangka, hampir semua gadis menjerit gembira. Termasuk aku. Memang nak tercabutlah anak tekak aku menjerit sebab happy. Siapa tak happy weh.. Laki aku menang tu! Nampak dia tercungap cungap sebelum ada orang bagi air dekat dia. Air diteguk rakus sebelum matanya menjelajah ke seluruh kawasan padang dan bebola matanya terhenti pada aku. Dia berlari lari anak ke arahku.

“Hebat tak?” soalnya apabila tiba dekat denganku. Aku mencemik walaupun tadi macam orang gila aku menjerit bila dia jadi johan.

“Not bad lah. Jangan nak riak sangat eh, tak hebat pun sebenarnya. Kau menang pun sebab lawan kau tu tak setaraf dengan kau je.” Kataku. Dia hanya tersenyum senget menampakkan lesung pipit kanannya. Aku mengeluarkan tisu. Memang selalu aku bawa tisu dalam beg. Dihulurkan kepadanya.

“Lapkan.” Aku menjulingkan mata ke atas. Tisu itu dilekapkan di dahinya yang berpeluh. Nampak beberapa gadis berdekatan macam nak dicincangnya aku. Dah kenapa? Jealous lah tu. Biarlah, kami dah halal. Lainlah kalau aku lap dahi laki orang lain. Itu memang minta penampar.

Kenapa eycha kembali buat story? Sila jenguk announcement di message board eycha!

Permata Untuk Dia [E-BOOK]Where stories live. Discover now