AKU mengeluh. Memang kebiasaannya kalau cuti macam ni mama dengan papa merayap. Tinggallah aku seorang di rumah. Sekarang ni cuti hujung tahun. Tahun depan aku dah tingkata empat. Hehe. Tua pula rasanya.
Prakkkk
Terus aku menoleh apabila terdengar bunyi sesuatu patah. Terus tingkap dibuka.
“Kau patahkan apa?” soalku kepada Qalish, jiran aku. Tapi dengar kata dia balik rumah masa cuti je sebab dia sekolah dekat KL.“Kayu. Aku nak buat rumah pokok.” Qalish menunjuk ke arah pokok besar di tepi rumahnya. Aku hanya angguk. Kemudian aku kembali menutup tingkap. Kaki melangkah ke arah TV.
Baru sahaja ingin melayan drama, terdengar ketukan pintu. Aku melangkah ke pintu. Baru sahaja buka, terus aku ditolak.
“arghhh!!” sakit belakang aku apabila terhempap di lantai. Aku meronta namun bagaikan ada satu tubuh di atas aku sekarang.
“Lepas! Kau siapa?!” jeritku. Malangnya tiada jawapan. Aku mula menangis
“Tolong!!!! Tolong!” jeritku kuat. Figura yang menindihku terus menutup mulutku.
“Sekejap je lagi.. Kau akan jadi milik aku lepas pegawai agama datang sini, sayang.” Bisiknya. Aku menggigil. Suara lelaki. Aku tak nampak dia sebab dia pakai topeng!
Kemudian pegangan lelaki itu terlepas. Terus aku berundur. Nampak Qalish sedang menumbuk lelaki itu. Kemudian Qalish mara ke arahku“Kau okey?” soal Qalish. Aku angguk. Lelaki yang pura pura pengsan tadi terus bangun dan berlari pergi. Qalish cuba mengejar namun aku menghalang. Bukan sebab aku kesiankan penjahat tu, tapi aku takut. Takut untuk duduk bersendirian buat masa sekarang.
Qalish memeluk tubuhku yang menggeletar.
“Shh.. You’re safe now.” Pujuk Qalish. Aku hanya diam.
“kejap je lagi.. Kau akan jadi milik aku lepas pegawai agama datang sini, sayang.”
Tiba tiba terngiang ngiang suara lelaki tadi. Pegawai agama? Jais?“Qalish.. Kau kena keluar.” Kataku. Perasaan traumaku diketepikan. Qalish mengerutkan dahi melihatku. Terus aku menolaknya.
“Tolong… keluar.” Kataku. Aku tak dapat bayangkan apa yang akan jadi kalau dia tak keluar. Qalish masih bingung namun dia hanya akur sebelum dia melangkah ke pintu. Baru sahaja tangannya mencapai tombol, kedengaran ketukan di luar.
Kami berdua saling berpandangan“AKU tak sangka yang orang tu call JAIS betul. Kalau betul pun dia buat macamtu, kenapa? Kenapa dia telefon JAIS? Apa yang dia nak buat?” soalku perlahan. Qalish di sebelah hanya mendengar. Aku menunduk.
“Aku ingat lagi masa tu mama nangis.. Papa kecewa sebab aku kena tangkap basah dengan kau. Masa tu aku rasa aku ni hina sangat.” Air mataku menitis.
“Sampai harini, aku rasa bersalah. Walaupun mereka dah tahu perkara sebenar, walaupun mereka dah maafkan aku, aku masih rasa bersalah. Aku masih rasa berdosa. Sebab hanya aku harapan mereka. Aku satu satunya anak mereka. Tapi aku jadi macamni..” aku terus teresak. Meluahkan semua yang berbuku. Perlahan lahan Qalish menarikku dalam pelukan. Aku menyandarkan kepala di bahunya.
“Dan.. Aku rasa bersalah dengan kau.” Kataku.
“Kalau malam tu.. Kau tak datang, kau takkan kena buang keluarga macam sekarang. Aku minta maaf.” Kataku sambil teresak. Qalish tersenyum nipis sebelum dahiku dicium lembut.
“Bukan salah kau.” Kata Qalish ikhlas. Ya.. Keluarga dia buang dia kerana ditangkap basah denganku. Sampai harini Qalish dah tak jejakkan kaki ke rumah keluarganya dan keluarga dia tak pernah cari dia.
Lagipun Qalish dari golongan bangsawan. Keluarganya pasti malu jika keturunannya kena tangkap basah walaupun Qalish langsung tidak bersalah.
Aku memeluk Qalish kembali. Mata dipejam.
“Macam koala.” Qalish mencuit hidungku yang merah kerana menangis. Aku tersenyum. Jasa Qalish memang sangat besar bagiku. Dan InsyaAllah aku akan galasnya sampai mati kerana aku tahu, tiada apa yang setanding dengan jasanya. Jika perlu, aku rela gadaikan nyawaku untuk Qalish.
“Isya? Kau tidur dah?” Qalish menepuk perlahan pipiku. Aku membuka sedikit mataku yang sembap melihatnya. Qalish mengucup mataku. Membuat aku kembali rasa nak menangis. Air mata kembali menitis.
“Hei.. Kenapa ni?”
“Kau baik.. Sangat..” kataku. Qalish melihatku lama. Perlahan lahan bibirnya mencium bibirku.
Aku tercengang. Mataku automatik tertutup. Lama kami begitu sebelum dia melepaskan bibirnya. Mata kami bertentangan. Serius aku terkedu. Dia tak pernah cium aku di bibir sebelum ni.
“Kau nampak pucat.” Kata Qalish sambil mengusap bibirku. Aku diam. Satu perasaan aneh muncul. Yang pasti aku suka apabila dia manjakan aku. Sekali lagi Qalish mencium bibirku.
“Dah, jom tidur.” Qalish mendukung aku gaya bridal masuk ke bilik lalu meletakkan aku di atas katil. Kemudian dia tidur di sebelahku. Aku mengusap pipinya. Giliran Qalish pula terkedu.
“Kau pun.. Terluka. Bukan aku seorang. Tapi kenapa aku je yang selalu dipujuk?” soalku perlahan. Qalish merenung mataku. Aku menyentuh hidungnya dengan hidungku. Hidung kami berlaga.
“Luka tu.. Mesti sakit.” Kataku. Buat pertama kali, aku nampak mata Qalish berair walaupun sedikit. Qalish senyum nipis sebelum memelukku.
“Sakit..” bisik Qalish. Sekali lagi air mataku menitis.
QALISH meletakkan sudip di atas dapur lalu api dimatikan. Kemudian dia menghampiri aku yang sedang mencuci peralatan memasak tadi.
“Macamana?” soalku.
“Tip top! Sedap.” Kata Qalish sambil menunjukkan ibu jarinya. Aku tersenyum. Katanya nak belajar memasak.
Tapi, memasak dia tu buatkan dapur macam medan perang. Pinggan mangkuk penuh dalam sinki. Sisa makanan sana sini. Nak pengsan aku dibuatnya. Nasib baiklah aku ni rajin. Haha.
Kami makan masakan Qalish pagi itu. Sedap.
“Oh ya. Esok kau pakai blazer dengan tudung hitam tau ke sekolah. Aku dah bawa pulang satu blazer dari sekolah. Tak tahulah muat ke tak dengan kau.”
Aku mengerutkan dahi.“Kenapa?” soalku. Qalish hanya senyum misteri. Membuatkan aku rasa nak ganyang je pipi dia.
“Bagitahulah.” Kataku.
“Nanti esok kau akan tahu sendiri.” Cet! Tak boleh diajak berunding betul. Masam mukaku. Qalish tergelak melihat muka cemberutku.
“Sabar. Jangan muncung sangat. Makan ni.” Kata Qalish sambil menyumbat udang yang telah dibuang kulit ke dalam mulutku. Aku hanya mengunyah sebelum tersenyum. Dia sumbat tiga ekor kut! Penuh mulutku dengan udang. Qalish tergelak melihat muka kembungku. Hei dia ni!
“Eeii!” kataku geram dengan mulut penuh. Qalish semakin kuat tergelak.
Dalam diam, aku kagum dengan Qalish yang menutup semua luka di hatinya demi melihatku gembira.
Kami kembali makan setelah keadaan reda. Ni kalau ada orang dengar tadi ni sah kata yang kami gila. Peduli apa aku. Haha.
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...