AKU menyarungkan tudung di hadapan cermin. Kemudian mata melihat Qalish yang sudah lengkap dengan hoodienya. Aku tersenyum apabila dia menilik jam.
Biasalah, perempuan memang lambat nak bersiap. Lagipun aku lambat sebab pin tudung aku hilang! Boleh pulak dia nak main cak cak dengan aku? Setelah siap mempinkan tudung, kami keluar.
Kami berjalan jalan sekitar taman. Sempat pekena aiskrim sambil berjalan. Menikmati dunia luar. Qalish menunjukkan beberapa spesies bunga di tepi jalan dan menerangkan serba sedikit tentang pendebungaan. Aku mengangguk faham. Kemudian kami pergi makan untuk seketika. Ha, eloklah. Orang lain cuti study, kami berdua merayap jalan jalan. Aku perasan kebanyakan gadis mengerling ke arah Qalish. Sedikit sebanyak aku berasa bangga kerana aku yang berjalan di tepinya dengan gelaran isteri. Sebab Qalish ni wajahnya mampu memikat ribuan gadis. Aku cepat cepat istigfar untuk menghilangkan rasa riak yang menapak.
Kemudian aku memegang tangan Qalish. Perkara biasa apabila kami keluar jalan jalan. Kalau dia tak pegang dulu, aku yang akan pegang. Haha.
Kami menjelajah dunia luar hampir sehari suntuk. Sempat muat naik gambar melalui instagram. Kerja Qalish la tu! Saja nak aku masuk bilik disiplin lagi. Kalau aku masuk bilik disiplin sekali lagi, memang aku cekik dia. Qalish ketawa mendengar ugutan aku.
“Lawan pickup line nak?” ajak Qalish ketika kami duduk di sebuah bangku. Aku memikirkan seketika. Memang dunia sekarang ni pickupline berleluasa.Lagipun tak berdosa pun kalau aku lawan pickupline dengan Qalish. Kami dah halal. Yang haram tu bila lawan pickupline dengan yang bukan mahram. Aku angguk.
“Okey, apa beza kau dengan kipas?” soal Qalish. Aku tersenyum.“Kipas berpusing di siling tapi aku berpusing dalam hati kau.” Kataku sebelum tergelak. Nampak Qalish poker face melihatku.
“Confident betul kau ni. Jawapannya salah! Kipas boleh menyejukkan manusia tapi kau boleh menyejukkan hati aku.” Kata Qalish sambil mengenyit mata. Aku mencebik geram. Tak apa! Ada ubi ada batas, hari ni juga aku balas!
“Apa beza kau dengan penyapu?”
Qalish diam seketika. Memikir. Hampir seminit berfikir baru dia tanya sebab dah tak tahu sangat dah jawapan. Nampak sangat taknak kalah!
“Bezanya, penyapu digunakan untuk menyapu sampah, tapi kau…”
“Aku menyapu semua kekurangan kau.”
Aku ternganga. Macamana dia tahu?
Pickup line tu aku yang cipta! Qalish tergelak melihat reaksiku. Aku pantas mencubit pipinya. Geram aku! Bagilah peluang untuk aku menang. Huh, competitive betul. Qalish menangkap tanganku di pipinya dan dia kembali tergelak. Aku memuncung.
Kami berhenti main pickup line sebab akhirnya aku kalah. Qalish menarik hidungku.
“Merajuk ke?” soal Qalish. Aku diam. Qalish sekali lagi tergelak kecil lalu dia mengangkat daguku supaya mata kami bertentang.
“Kau bagilah banyak mana pickup line pun.. Yang penting kau dan aku sekarang dah ditakdirkan untuk bersama dan melengkapi satu sama lain.” Kata Qalish perlahan. Lembut matanya melihat aku. Aku terkaku. Terasa bagai dipukau untuk terus melihat mata coklat itu.
“Dah, jom.” Qalish menepuk lembut pipiku sekaligus membawa aku balik ke dunia nyata.
AKU tersenyum apabila membaca iklan itu.
“Kau nak join ke?” soal Syaza di tepiku. Gila taknak!
“Nak weh. Tapi aku kena tanya Qalish dulu. Haru juga kalau dia tiba tiba taknak bagi aku join. Menangis tak bersendu aku kalau benda tu jadi.” Syaza mengangguk faham.
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
DragosteDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...