Promoteeeee
Ganti Diriku
nurkmohdfPi baca skrg. Bwk air teh limau skali.
______________________________________SYAZA mengeluh di tepiku. Terus aku menoleh.
“Kau dah kenapa pagi pagi muka dah begini?” soalku. Syaza merengus.
“Mamat tu lah! Pagi pagi dah cari pasal. Ada ke patut dia sekat aku di pintu pagar? Dahla aku dah lewat masa tu. Pengawas tu bila bila masa je boleh saman aku tau?” nampak mata Syaza berapi.
“Mamat mana ni?” pelik aku dibuatnya. Syaza mana ada rapat dengan mana mana lelaki.
“Sepupu suami kau lah.” Aku tergelak. Kan aku dah cakap si Firas tu suka kan kawan baik aku.
“Biasalah. Dia usik kau je sebab dia suka kau. Lelaki ni, dia takkan layan mana mana perempuan tau. Kecuali kalau dia suka kau atau dia nak tarik perhatian kau.” Kataku. Syaza mencemik.
“Ye lah tu.”
“HAI Syaza, hai Isya.” Satu suara garau memanggil. Serentak aku dengan Syaza menoleh.
“Hai, Firas.” Aku senyum kepada Firas. Kemudian mataku memandang Qalish di tepinya. Senyum nipis dihadiahkan namun tiada balasan. Tengok! Aku dah cakap mamat ni kalau dekat sekolah, pandang aku pun tak.
“Gadis manis ni merajuk lagi ke?” soal Firas sambil mengenyit mata kepada Syaza. Aku tergelak apabila melihat muka menyampah daripada Syaza.
“Eleh, merajuk manja pula.” Usikku. Syaza membulatkan mata ke arahku.
“Eii.. Kau ni. Nasib baik husby kau ada. Kalau tak, aku dah lama penyetkan kau, tahu?” soal Syaza geram. Aku nampak bibir Qalish naik sedikit. Firas pula tergelak.
“Oh ya. Kau stay dengan Qalish ke Isya?” soal Firas. Eh lupalah. Harinikan dah mula latihan kawad.
“Err. Balik kut. Lagipun kalau stay, tak tahu nak duduk mana.” Kataku.
“Duduklah dekat library. Aku boleh minta kunci dengan cikgu.” Kata Syaza. Aku memandangnya. Otak mula berfikir.
“Duduk je. Qalish mesti bagi. Kan?” Firas menepuk bahu Qalish.
“Asalkan ada orang teman dia okey je.” Qalish bersuara.
“Aku akan teman dia.” Bersemangat Syaza berkata. Kenapa semua macam taknak bagi aku balik ni? Aku okey je lah duduk rumah sorang sorang.
“Fine. Nanti kalau bosan sangat, datang je lah tengok kami berlatih.” Ajak Firas yang juga merupakan anggota kawad kaki. Kami hanya mengangguk.
“Eh, lupa lah. Aku kena hantar buku.” Tiba tiba Firas berkata.
“Jomlah.” Ajak Qalish.
“Eh, tak apa bro kau duduk sini. Biar Syaza teman aku.” Syaza ternganga.
“Kau dah kenapa?” soal Syaza bengang. Aku tergelak. Qalish bangun.
“Jom lah.” Qalish terus berlalu pergi bersama Firas. Sempat Firas mengenyit mata kepada Syaza. Aku tersenyum. Kahwin je lah senang.
KAMI pulang pada jam 6 petang. Nasib baik aku bawa telekung. Boleh solat dekat asar dekat sekolah je.
“Macamana hari ni?” soalku. Qalish yang sedang memandu menoleh ke arahku.
“Okay je semua. Macam tu lah. Susah nak train budak baru masuk je. Diorang kan tak tahu basic kawad.” Kata Qalish. Aku angguk.
“Mesti penat kan?” lagi mahu tanya! Apalah kau ni, Isya.
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...