SEPERTI yang dijangka, memang aku jadi famous kerana gambar itu. Semua interview aku kecuali Syaza dan Firas kerana mereka sudah tahu status kami.
“Kami cuma terserempak dan kami duduk berdekatan. Jadi kami pun berjalan jalan lah.” Itu kataku.
Tiba tiba mejaku ditepuk kuat. Terdongak aku disebabkan terkejut. Eyka dan Reena. Atau nama lainnya, Gedikdivas.
“Apa yang kau buat dengan Qalish hah? Kau menggatal dengan dia?” soal Reena. Matanya mencerun tajam ke arahku.
Kalaulah mata dia tu pedang, dah mati aku dekat sini.
“Kau tahu kan Qalish tu boyfriend kami?” soal Eyka pula. Amboi.. Bila masa pula laki aku ada makwa nauzubillah macam korang ni?
“Kau jangan berani dekat dengan Qalish. Or else, kau akan terima akibatnya nanti.” Kata Reena mengugut. Aku hanya menyabarkan hati. Taknak meletup, nanti risau terbunuh pula dua dua gadis gedik tu.
“Tapi Reen, I yakinlah yang Qalish tu tak suka kan budak ni. Entah entah budak ni yang goda Qalish.” Sampuk Eyka. Aku menepuk meja kuat. Hampir seluruh rakan sekelas berpaling ke arahku.
“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai nak jadi makwa Qalish? Muka macam berus jamban tak siap ada hati nakkan Qalish. Korang tu, kalau bagi free pun aku yakin Qalish taknaklah! Jangankan Qalish, orang OKU pun taknak dengan manusia perangai nauzubillah macam korang ni!” kataku geram. Gedikdivas terkelu. Ha.. Main main lagi dengan aku.
“Kurang ajar!” jerit Reena sambil menarik tudung sekolahku. Eyka turut menyertainya. Aku memegang tudungku bimbang terlucut sambil menarik rambut Eyka dan Reena hanya menggunakan satu tangan.
“Arghhh!!” jerit mereka berdua. Syaza meleraikan kami namun tidak berjaya kerana tudungnya turut direntap oleh Eyka. Syaza yang sememangnya kepala angin itu terus menampar pipi Eyka. Nasib baik tudungnya tidak terlucut.
“Auch!!” jerit Eyka apabila pijar pipinya ditampar oleh Syaza.
“Hei! Kamu berempat! Jangan bergaduh!” marah Miss Elis. Guru disiplin di sekolah kami setelah ada pelajar yang melaporkan bahawa ada pergaduhan di kelas 4 Fairuz.
“Pergi bilik disiplin sekarang.” Arah Miss Elis. Kami berempat hanya akur sambil berjalan ke bilik disiplin. Masa perjalanan pun sempat kami bergaduh. Nasib baik Miss Elis jeling tajam.“Okey, terangkan apa masalah kamu semua.” Pinta Miss Elis sambil memandang satu persatu wajah kami. Semua menunduk. Termasuk aku. Ngeri weh tengok mata Miss Elis yang macam nak telan kami semua hidup hidup.
“Cepat. Atau awak nak saya bawa awak semua ke bilik pengetua?” ugut Miss Elis.
“Dia yang tarik tudung saya dulu Miss.” Kataku. Takut apabila mendengar ugutannya. Taknak aku bersemuka dengan pengetua. Bersemuka dengan Miss Elis ni pun buatkan aku rasa nak terkencing dalam kain, apatah lagi dengan pengetua.
“Tapi dia yang cakap kurang ajar dengan saya!” kata Reena.
“Apa yang awak cakap pada dia, Irsya?” soal Miss Elis setelah membaca teg nama pada tudung sekolahku.
“Dia tuduh saya cuba goda Qalish. Takkan saya nak diam diri macam orang bodoh je?” soalku.
“Qalish? Apa kaitan dia dengan cerita awak semua ni?” soal Miss Elis apabila nama ketua pengawas dikaitkan.
Syaza mengeluarkan telefonnya lalu diberikan gambar itu kepada Miss Elis. Miss Elis hanya merenung gambar tersebut. Kemudian dia pandang aku.
“Kamu ni ada apa apa ke dengan Qalish tu?” soal Miss Elis kepada aku. Aku terdiam. Nak jawab apa ni? Agak agak dia pengsan tak kalau aku bagitahu yang aku ni isteri Qalish?
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...