AKU menahan muntah. Syaza menoleh sebelum mengerutkan dahi.
“Kau boleh buat ke tak ni?” soal Syaza apabila muka aku dah lain macam. Aku menggeleng. Aku surrender! Tengok pun aku dah rasa nak pitam. Apatah lagi pegang.
“Its okay.” Kata Syaza. Katak itu diambil. Aku menggeliat kegelian. Bulu roma aku menegak. Kenapa aku harus lalui benda ni? Aku memandang pula akuarium yang menempatkan beberapa ekor katak lain.
“Isya!!” jeritan Syaza mengejutkan aku. Lagi terkejut apabila terasa bagaikan ada benda jatuh di atas kaki aku.
Holy. Crap!
AKU membuka mata sedikit. Kepala terasa pening lalat. Kemudian aku memandang sekeliling. Ini bilik sakit sekolah. Aku duduk bersila di atas katil. Otak cuba mencerna apa yang jadi. Tadi.. Aku di makmal. Lepastu..
KATAK! Ada katak jatuh atas kasut aku! Dan lepastu aku tak ingat apa apa dah.
“Oh. You’re awake.” Satu suara garau membuatkan aku mendongak. Sepatutnya tak payah dongak, dari suara dan bau perfume pun aku dah tahu siapa. Qalish duduk di birai katil.
“Apalah kau ni.” Dahi aku dijentik perlahan.
“Tahu tak aku risau gila bila Syaza bagitahu kau pengsan? Nasib baik pengetua bagi aku teman kau. Itu baru katak jatuh. Kalau belut aku rasa dah selamat kau ni ke alam barzakh.” Qalish mula masuk mood nenek nenek.
“Senanglah kau cakap. Kau tak takut dua benda tu. Kau tak faham apa yang aku rasa. Betapa deritanya aku bila terpaksa bersemuka dengan dia. Kau tak rasa perasaan aku bila benda yang aku fobia tiba tiba berada tak sampai 1 cm pun dengan aku.” Aku pula membebel padanya. Qalish tersenyum sedikit apabila aku membebel. Suka lah tu naikkan darah aku.
“Kau okey tak ni?” soal Qalish pula. Aku angguk.
“Aku okey. Jangan risau. Kau pun masuklah kelas. Nanti cikgu tanya pula kalau kau tak ada dalam kelas.” Kata aku. Qalish bangun lalu membetulkan tali lehernya. Rambutnya dirapikan sedikit sebelum dia mengepit hidung aku dan berlalu keluar.
Aku mengambil tudung di kepala katil bilik sakit itu. Ni mesti Qalish yang buka kan tudung aku. Dahi aku juga ditampal koyok. Aku memakai tudung kembali sebelum membuka pintu bilik sakit. Masa untuk masuk ke kelas. Pening lalat juga lah sikit. Tapi kena patuhi peraturan sekolah. Bilik sakit hanya perlu diguna jika benar benar sakit. Aku rasa pening sikit takkan bawa maut kot.
Kaki melangkah ke kelas. Jam dilihat. Hampir sejam setengah aku pengsan tadi. Pintu kelas diketuk beberapa kali sebelum guru yang mengajar membenarkan aku masuk.
“Haa.. Irsya, awak dah baik?” soal guru itu. Aku tersenyum nipis.
“Alhamdulillah okey cikgu.” Jawabku. Aku kembali ke tempat duduk dan kelas berjalan seperti biasa.
“Macamana Qalish boleh ada dalam bilik sakit?” soalku bernada berbisik. Syaza menoleh.
“Oh. Aku bagitahu pengetua kau pengsan. Dia pun suruh la Qalish teman kau. Lagipun Qalish risau gila tadi bila aku bagitahu dia yang kau pengsan. Nasib baik dia tak terjun dari tingkat atas tau sebab nak cepat sampai tempat kau.” Kata Syaza dengan hiperbolanya. Aku tersenyum sambil menjentik dahinya. Ada ada je.
Syaza tergelak sebelum kami kembali menumpukan perhatian pada pelajaran.
Aku menyalin tudung hitam apabila waktu persekolahan tamat. Takkan nak pakai tudung sekolah pula. Dahla tudung sekolah aku boleh tahan labuh. Kemudian aku dan Syaza bergerak ke tempat latihan kawad. Nak jadi penonton setia.
Aku rasa budak budak kawad ni pun dah kenal aku dan Syaza.
Sebelum latihan bermula, Qalish berjalan ke arah aku dan Syaza.
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...