PUD 10 : Cctv?

704 69 0
                                    

AKU merenggangkan tubuh apabila tiba di rumah. Kem selama dua hari memang best walaupun agak penat. Tambahan lagi sekumpulan dengan gedikdivas tu.

Baru sahaja tangan mencapai tombol pintu, dahiku berkerut. Kenapa pintu rumah kami tak kunci? Mustahil. Aku dah kunci sebelum kami bertolak ke kem haritu.

“Qalish!” panggilku. Qalish yang sedang mengangkat pakaian kami mendekatiku.

“Kenapa?” soal Qalish.

“Pintu.. Tak kunci.”

“What?!” terkejut kedengaran suara Qalish.

“Tapi aku ingat lagi yang aku kunci haritu. Sumpah aku kunci!” kataku. Qalish menunduk dan meneliti tombol pintu rumah kami.

“Aku rasa ada orang masuk rumah kita. Dia tak guna kunci tapi dia bukak dengan benda lain.” Kata Qalish. Jantung aku dah berdetak lain macam dah ni.

“Kau tunggu luar.” Kata Qalish. Aku berundur beberapa langkah dan Qalish membuka pintu lalu masuk. Aku menjenguk sedikit.

“Ya Allah!” terkejut aku melihat rumah yang berselerak. Barang barang bertaburan. Sah! Ini mesti rumah kami kena pecah masuk.

“Jom masuk. Dah tak ada apa apa.” Kata Qalish sambil memegang tanganku. Tanganku menggigil dan sejuk. Aku pun tak tahu kenapa. Qalish menutup pintu rumah kami lalu memelukku.

“Shhh..” pujuk Qalish apabila air mataku tiba tiba jatuh. Aku pun tak tahu kenapa tapi sumpah aku rasa takut. Dapat aku rasakan yang tubuhku menggigil sekarang.
“Dah, kau rehat dulu. Biar aku bersihkan.” Kata Qalish sambil membawaku ke sofa. Aku memeluk erat tubuhnya. Aku menggeleng.

“Teman aku. Please.” Bukan nak mengada, tapi sumpah aku rasa takut. Sampaikan nak berenggang dengan Qalish pun aku tak boleh sekarang ni. Qalish mengangguk lalu menanggalkan tudungku. Rambutku dicium lembut.

“Its nothing. Jangan fikir apa apa.” Kata Qalish sambil menggosok belakang aku. Aku diam. Perlahan lahan mataku tertutup apabila dia mengalunkan ayat Al Quran ke telingaku.

TANGAN yang memegang aku mencengkam dengan lebih kuat apabila aku meronta.

“Lepas!!” jeritku. Air mata semakin laju apabila dia mula mencium leherku. Aku semakin kuat meronta.

“Isya.. Isya..” sayup sayup kedengaran suara Qalish. Mataku terus terbuka. Terus aku memeluk Qalish. Terasa sedikit tenang namun apabila teringatkan mimpi tadi, terus aku meronta di dalam pelukan Qalish.

“Isya.. Ni aku. Relax.” Sayup sayup kedengaran suara Qalish berbisik. Aku kembali teresak. Sungguh aku takut.

“Dia.. Dia.. Dia nak buat benda yang sama dekat aku. Aku.. Aku takut.” Kataku. Qalish mengeratkan pelukan. Bahuku diusap lembut.

“No. He’ll never touch you again. Aku akan jaga kau. I promised.” Aku hanya diam. Bayangan lalu seolah olah kembali menghantui aku. Mungkin kerana aku terlalu terkejut dengan kejadian pecah rumah tadi. Qalish pun dah buat laporan polis. Nanti mama papa akan datang rumah kami. Diorang dah dalam perjalanan.

“Dah, tidur dulu.” Kata Qalish. Aku menggeleng. Aku rasa dah hampir dua jam aku tidur.

“Kau buat apa?” soalku.

“Masak sikit. Mama dan papa kan nak sampai dah nanti.” Kata Qalish.

“Nak tolong.” Tawarku. Malas aku terperap atas sofa macamni. Qalish hanya angguk sebelum kami ke dapur.

“Sejak bila kau pandai masak ni?” soalku.

Yelah, mana pernah dia masak sebelum ni. Aku je yang masak. Kalau aku malas masak, kami makan luar. Qalish tersenyum nipis.

“Aku main letak je. Tanya akak google.” Kata Qalish. Aku mengerutkan dahi lalu melihat kari kepala ikan di dalam periuk. Menjadi. Pandai pula dia anggar bahan.

“Nah.” Qalish menyendukkan sedikit kuah lalu dihalakan ke mulutku.

“Ermm sedaplah!” kataku terkejut. Qalish tersenyum bangga.

“Tak sia sia aku date dengan akak google ni selama setengah jam.”aku mencemik.

Kemudian aku turut menyediakan hidangan sampingan. Takkan nak makan kari kepala ikan je kan? Aku buat sambal belacan. Papa suka sambal belacan ni. Tambah pula dengan ayam paprik.

MAMA dan papa tiba hampir ke petang. Memang banyaklah yang disoal siasat. Lagipun kami dah bercadang nak buat gril dekat pintu memandangkan pagar besar di hadapan rumah tidak mengukuhkan keselamatan.

“Baguslah kamu berdua tak apa apa. Benda kalau kena ambil boleh cari yang baru. Korang ni tak ada ganti.” Kata mama. Aku turut bersyukur bila tiada apa apa yang berlaku pada kami.

“Polis cakap apa?” papa bertanya.

“Polis cakap dia tak dapat kesan lagi siapa yang buat. Lelaki yang pecah masuk tu pakai topeng muka.”

Kejap.

Macamana dia tahu lelaki yang pecah masuk tu pakai topeng? Dia kan turut berada di kem semasa rumah kami kena pecah masuk.

“Tapi sekarang ni diorang tengah siasat.”

SETELAH selesai semua, mama dan papa kena pulang sebab tak ada orang jaga rumah di kampung. Aku baru je nak berparents bonding!

“Macamana kau tahu lelaki yang pecah rumah ni pakai topeng?” dari tadi lagi aku nak tanya dia.

“Cctv.”

“What? Cctv?  Sejak bila rumah ni ada cctv? Kenapa aku tak tahu?”  selama hampir lima bulan kami berkahwin dan tinggal di sini, aku tak pernah tahu ada cctv dekat rumah ni.

“Kau tu yang tak teliti. Tercongok dia dekat pintu tu.” Kata Qalish sambil menarik tanganku ke pintu dan menunjuk ke arah cctv.

Seriously? Aku dah rabun ke apa? Qalish tergelak melihat reaksiku yang melopong.

“Jom, masuk.” Qalish menutup pintu dan kami duduk di sofa. Nasib baik esok cuti. Tak adalah malam ni sibuk nak siapkan peralatan sekolah.

Permata Untuk Dia [E-BOOK]Where stories live. Discover now