PUD 15 : If.. yes?

916 70 3
                                    

BARIS menghadap ke belakang bertiga tiga kanan pusing!” kuat bergema suara Qalish bergema di dataran tersebut. Aku tersenyum. Syaza mencemik.

“Dengki aku dengan korang. Menyampah.” Kutuk Syaza menyebabkan aku ketawa. Haruslah dia dengki, sebab dia dan Firas tak sweet macam kami. Hoho.

Aku nampak Firas berjalan memerhati pergerakan ahli kawad. Maklumlah, dia pun senior dalam kawad kaki. Kemudian Qalish mengeluarkan hukuman lagi. Seluruh ahli kawad kaki yang aku rasa tingkatan dua dan tiga mengikut. Seragam.

Aku tak tahu apa lagi yang mereka perlu berlatih jika sudah seragam sebegini. Aku lihat Firas berjalan ke salah seorang ahli dan kemudian ahli itu melakukan tekan tubi.

Aku memandang Syaza. Syaza turut memandang aku. Masing masing tak percaya setegas ini kawad kaki. Padahal aku tengok tadi dah cantik.

Hampir satu setengah jam, mereka berehat untuk seketika. Firas memerhati sekeliling sebelum matanya tertancap pada kami. Terus dia berlari lari anak ke arah kami.
Atau lebih tepat, ke arah Syaza.

“Hai Firas.” Sapaku. Air mineral di dalam kotak aku ambil lalu diberi padanya.

“Hai Isya. Hai, Syaza.” Balas Firas. Air mineral itu diteguk.

“Tegasnya korang dengan budak budak tu.” Kata Syaza.

“Tegas? Tak adalah. Itu perkara biasa. Untuk orang yang tak masuk kawad memang nampak kejam, tapi sebenarnya tak. Lagipun mereka nanti akan ganti kami lepas kami habis sekolah. Jadi mereka kena tahu disiplin.” Firas menjelaskan. Kami angguk. Apa apalah.
Aku melihat Qalish sedang berbual dengan beberapa senior yang lain.

“Esok tak ada training. Lepak nak?” soal Firas. Aku dah tahu yang setiap hari khamis dan jumaat tiada latihan kawad.

“Aku kena tanya Qalish dulu.” Kataku. Firas menjulingkan mata ke atas.

“Menyampahlah dengan korang. Aku tanya Qalish tadi pun dia suruh tanya kau dulu, bila aku tanya kau, kau suruh aku tanya Qalish pula.” Rungut Firas. Aku tergelak kecil. Manalah aku tahu dia dah tanya Qalish.

“Okey cun. Jom Syaza join.” Aku memandang Syaza. Syaza memikir seketika sebelum angguk.

“Yes, esok ada double date!” sorak Firas. Aku tergelak manakala Syaza membuat muka jelek.

“Siapa nak date dengan kau? Aku nak date dengan Isya lah.” Syaza memeluk lenganku. Firas mencemik.

“Mana boleh. Isya date dengan Qalish. Kau date dengan aku lah.” Firas tersenyum gatal. Macam macamlah. Baru sahaja Syaza ingin membidas, Qalish sudah memanggil kerana waktu rehat tamat.

Firas sempat mengenyit mata ke arah Syaza sebelum dia berjalan ke arah dataran.

AKU mencari kelibat Qalish. Mana pulak budak ni hilang? Aku menjenguk ke ruang tamu. Kemudian dapur dan mataku tertangkap kelibatnya di dapur. Sedang mengacau air.

Lahh.. Kenapa tak bagitahu aku je? Boleh aku buatkan.

Terus aku berjalan ke arahnya dan melompat di belakangnya. Hampir terjatuh Qalish dibuatnya.

“Isya! Ya Allah.. Nasib baik tak terbalik air ni.” Qalish menoleh memandang aku.

Tangannya menampung berat aku di belakangnya. Aku memeluk lehernya. Qalish membongkokkan badannya.

“Ambil cawan tu.” Aku terus mengambil dua cawan berisi air nescafe dan Qalish mengendong aku ke ruang tamu.

Diletakkan aku ke atas sofa sebelum dia turut duduk di sebelah aku.

“Esok kita keluar dengan Firas.” Kataku. Air di dalam cawan diminum. Qalish angguk. Semestinya dia dah tahu.

“Dalam kelas kau ada orang nama Reena?” soal Qalish tiba tiba. Aku mengangguk.

“Ada. Dialah yang tanya kau soalan matematik masa kau ganti Cikgu Azharina haritu.” Teringat yang mereka pernah bersemuka dulu.

“Oh..” hanya itu balasan Qalish.

“Kenapa?” soalku. Qalish memandangku sebelum tersenyum. Telefonnya dikeluarkan lalu dihulurkan kepada aku. Aku membuka telefonnya.

Aku memang tahu password telefon. Dan dia juga tahu password telefon aku. Bak kata mama, dalam rumah tangga tiada rahsia. Ecewahhh.

“Check whatsapp.”

Aku membuka whatsapp. Tiada apa apa yang pelik. Aku scroll ke bawah dan jariku terhenti pada satu mesej daripada unknown. Terus aku buka.

Hai Qalish. Saya Reena daripada 4 Fairuz. We met before. Saya cuma nak tanya yang awak dah berpunya ke belum? Saya mula suka awak sejak saya tingkatan dua lagi. Tapi saya tak berani nak luah. Saya harap awak beri jawapan yang saya harapkan.

Aku tersenyum. Qalish memandangku. Aku menaip untuk membalas mesej itu.

Ya. Saya pun suka awak sayang.

“Apa kau ni!” terus Qalish mengambil telefonnya dari tanganku. Aku tergelak. Qalish pantas memadam mesej aku tadi. Nasib baik tak hantar lagi! Qalish memicit hidungku.

“Geram aku.” Qalish memicit hidungku lebih kuat. Aku semakin kuat tergelak. Qalish turut tergelak apabila melihat aku ketawakannya

“Dia hot apa? Rugi kau reject dia tau?” soalku dalam tawa

“Amboi.. Mulut tu harap je kecil. Habis aku nak letak kau dekat mana? Peti?” soal Qalish. Kali ni pipi aku pula dicubit. Habislah gendut pipi aku. Aku tersenyum.

“Kau ni jahat nak mati. Bluetick tu menyakitkan tahu? Kalau ya pun cakaplah dekat dia yang kau taknak dia. Kesian dia diberi fakehope.” Kutuk aku. Qalish mengangkat bahu.

“Cukuplah kau sorang je.” Kata Qalish tiba tiba. Aku menoleh. Memandang dia. Apa dia cakap?

“Kau nak hidup dengan aku je? Sampai bila bila?” soalku. Qalish turut memandang aku.

“Kenapa?” soal Qalish balik.

“Kau tak rasa nak ada isteri lain ke? Maksud aku.. Kita bukan kahwin macam orang lain. Kau pun berhak dapat orang yang kau sayang.” Kataku.

“what if.. I asked you the same? Kau taknak hidup dengan orang yang kau sayang?” soal Qalish. Aku terkelu.

Aku nak cakap yang aku sayang dia. Tapi aku takut. Aku takut kalau perasaan itu hanya bertepuk sebelah tangan. Sudahnya aku hanya diam.

“Aku nak hidup dengan orang yang aku sayang. Dan sekarang aku dah hidup dengan orang yang aku sayang.” Kata Qalish. Matanya merenung lembut mataku.

Aku… tak salah dengar kan?

“Dah, minum. Nanti sejuk tak sedap.” Qalish mengambil air nescafe itu lalu dicicip. Aku masih statik. Qalish memandang aku yang dah disihir menjadi beku. Cawan dihulur padaku. Aku menyambut perlahan. Mataku masih memandangnya. Masih tidak percaya. Dia sayang aku?

“Dah, cepat minum. Dah nak pukul dua belas ni. Esok sekolah.” Aku minum air itu. Qalish membawa cawanku ke dapur.

“Kau sayang aku?” soalku tiba tiba. Qalish yang baru sahaja ingin melangkah ke dapur berhenti. Dia berpaling ke arahku kembali. Aku bangun dari sofa. Aku dah malas nak bermain dengan perasaan aku sendiri. Kalau betul dia sayang aku, jadi aku tak bertepuk sebelah tangan.

“if… yes?”

Aku hanya tersenyum sebelum melangkah ke arah bilik. Cukuplah. Cukuplah jawapannya tadi membuat aku gembira dan teruja. Terus aku selimutkan badan aku.

Terasa tilam bergerak.

“Are you blushing?” soal Qalish di tepiku. Aku menggigit bibir. Qalish menarik selimut yang membalutiku. Aku menggenggam kuat selimut. Kedengaran ketawa daripada Qalish.

“Cute.” Puji Qalish. Ahh! Berhenti buat aku kembang lah mangkuk! Selepas itu Qalish memeluk aku yang berbungkus selimut.

“Good night.” Ucap Qalish. Aku membuka selimut lalu menyorokkan muka di dadanya. Tangan aku membalas pelukannya.

Good night too husby.

Permata Untuk Dia [E-BOOK]Where stories live. Discover now