AKU mengerutkan dahi apabila melihat Qalish memakai baju berwarna putih sepertiku. Dia… pengawas kan?
“Kenapa kau pakai macamni?” soalku pelik. Qalish hanya tersenyum nipis sebelum dia menarik tanganku untuk masuk ke dalam kereta. Aku hanya akur dengan otak yang bercelaru.
Setibanya di sekolah, Cikgu Diana membawa kami ke satu tempat yang diluar kawasan sekolah. Macam dewan. Dan yang buatkan aku ternganga ialah banner yang tertampal di dewan itu.
PENYAMPAIAN ANUGERAH PERTANDINGAN MELUKIS
Aku mengerutkan dahi. Bukan ke penyertaan aku terbatal sebab aku tak hantar pun lukisan tu lepas lukisan tu musnah. Cikgu Diana duduk diantara aku dengan Qalish. Aku masih bingung. Apa yang jadi ni? Kenapa sel otak aku tak bersambung ni?
Hampir satu jam berlalu. Macam macam anugerah yang diterima.
“Baiklah. Anugerah yang kita tunggu tunggu. Pemenang tempat pertama bagi pertandingan melukis peringkat negeri dimenangi oleh… , tuan rumah, iaitu negeri Selangor dipersilakan Nur Irsya Qisteena dan Qalish Mirza.”
Tepukan bergema dalam dewan itu. Kemudian Cikgu Diana menyuruhku bangun. Aku hanya ikut mengekori langkah Qalish yang turut naik ke pentas bersamaku. Kami menerima hadiah dan kami berjaya ke peringkat antarabangsa!Tidak semena mena air mataku menitis apabila menerima hadiah sebelum dilap dengan pantas. Tak payah cakap! Aku tahu ni semua kerja Qalish. Aku memandang Qalish yang sedang memandang kamera yang mengambil gambar kami. Kemudian apabila terasa seperti dirinya diperhatikan, Qalish memalingkan muka ke arahku. Senyum nipis diukir untukku. Sekali lagi mataku berair.
Sebaik sahaja turun ke belakang pentas, terus aku melompat dan memeluk Qalish. Qalish tergelak kecil dengan tindakan aku.
“Terima kasih.. Terima kasih.” Bisik aku ditelinganya. Qalish mengusap belakangku. Pandangan orang lain tidak dihiraukan. Kami dah halal!“Tahniah kamu berdua. Nanti perhimpunan rasmi esok korang kena datang tau pihak sekolah nak bagi special gift pula.” Kata Cikgu Diana sambil tersenyum ke arah kami.
“KENAPA kau tak cakap kau pandai melukis? Patutlah kau hilang dua hari lepas bilik lukisan tu kena pecah masuk. Kau pergi melukis?” soalku. Teringat yang lepas bilik lukisan kena pecah masuk dan lukisan aku musnah, Qalish menghilang untuk seketika. Qalish tersenyum kecil seraya mengiakan kata kataku. Aku memeluknya.
“Terima kasih.” Kataku lagi.
“Tapi kenapa kau buat semua ni?” soalku. Kepala didongakkan untuk memandang wajahnya.
“Just to make sure that you still can smile.” Kata Qalish. Terus aku tersenyum dan memeluknya kembali. Sungguh aku gembira. Bukan sebab aku menang, tapi sebab Qalish. Dia sanggup buat macamni semata mata untuk aku senyum.
Qalish.
“Okey… apa kata aku belanja kau aiskrim?” Kata aku. Qalish mengecilkan mata.
“Betul!” kataku. Mesti dia ingat aku bergurau. Apabila Qalish masih lagi ragu ragu, aku menepuk pipinya perlahan. Geram aku! Qalish tergelak.
“Okey jom.” Qalish mula berjalan keluar sementara aku sibuk memakai tudung bawal. Alah, sibai kiri kanan bucu bawal sudah lah. Tak perlu nak berbelit belit.
Kami melepak di taman sambil menjilat aiskrim.“Nanti bulan depan lapan aku ada pertandingan kawad kaki. So kami akan berlatih mulai bulan depan.” Kata Qalish. Aku angguk. Faham. Dia kan kepala kawad tu.
“Kau okey duduk rumah? Kalau tak pun kau tumpanglah asrama kejap. Lepas training kita balik. Nanti aku boleh bincang dengan warden.” Aku pantas menggeleng.
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomansaDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...