BAB 17 : Lolipop

1.2K 92 10
                                    

AKU menoleh apabila pinggang aku dipeluk dari belakang. Nasib baik lah aku ni jenis tak latah. Aku memandang Qalish lalu memegang dahinya.

“Panas lagi ni. Kenapa tak duduk dalam bilik?” soal aku.

“Kenapa tak teman?” soal Qalish pula. Aku tersenyum nipis. Alahai ketua pengawas ni. Aku meletakkan gelas yang dibasuh lalu memegang tangannya ke bilik. Kami duduk di birai katil.

Qalish menarik aku dalam pelukan. Rambut aku dicium lembut. Aku tersenyum. Selesa. Walaupun badannya agak panas, tapi aku selesa. Aku cuba merungkaikan pelukan. Nak tengok macamana reaksi dia.

“Taknak.” Kata Qalish apabila aku menjauh. Dia kembali menarik aku dalam pelukan. Aku tersenyum lebar. Kemas dakapannya.

“Takkan nak duduk je? Sakitlah belakang kau tu.” Kataku. Qalish terus berbaring bersama aku. Langsung tak dilepas pelukan. Macam aku ni teddybear dia pula. Mata gelapnya memandang wajah aku. Dan aku rasa sekarang wajah aku dah kembang dan panas. Blushed.

Qalish mencium pipi aku yang merah. Kemudian dia kembali merenung aku.

“Comel.” Kata Qalish perlahan. Semakin merah pipi aku. Aku ke yang comel? Jangan lah puji. Kembang aku nanti.

“Kau pun.” Aku mencuit hidungnya yang merah dan pipinya yang juga merah jambu. Comel. Geram je aku nak tampar pipi dia. Qalish tersenyum kecil.

“Kau takkan tinggalkan aku macam papa, kan?” soal Qalish. Aku hanya senyum. Soal ajal, aku tak boleh berjanji. Semua aturan Yang Maha Esa. Tapi InsyaAllah, selagi jodoh kami masih ada aku akan cuba untuk sentiasa ada bersama dengannya.

Qalish turut senyum kepada aku. Mukanya dirapatkan pada muka aku sebelum bibirnya singgah di bibir aku. Lama.

AKU melihat Qalish yang lena. Kerap juga dia tidur kalau dia demam. Kemudian aku senyum miang. Masih terasa bibirnya tadi.

Ah, gila kau Isya.

Aku terus mencium pipinya yang lembut dan suam. Dah surut sikit panas dia. Tahu tak pipi dia lembut? Dengki aku. Cium pipi dia macam cium pipi baby. Geram aku nak gigit pipi dia. Macam pau.

Kemudian aku bangun. Sekali lagi pipi dia aku cium. Kaki melangkah ke luar. Menghirup udara segar. Sambil sambil membelek telefon. Ramai juga rakan sekelas aku yang bertanya kenapa aku tak hadir ke sekolah. Aku hanya cakap aku tak berapa sihat. Takkan nak cakap bapa mentua aku meninggal pula. Silap silap pengsan mereka kalau aku cakap aku ada bapa mentua. Hanya pengetua dan beberapa pentadbir atasan sahaja yang tahu sebab sebenar aku dan Qalish tidak hadir. Dan itu sudah cukup.

Aku meletakkan telefon setelah selesai membalas segala mesej. Tiba tiba satu panggilan masuk. Aku melihat skrin telefon.

Unknown

Takut pula aku nak jawab. Tapi.. Mana tahu penting? Aku menggigit bibir. Dalam dua. Nak jawab atau tidak. Tapi aku takut kalau panggilan ni penting. Atau urgent.
Dengan lafaz basmalah aku menyeret ikon hijau.

“Hello.”

Namun tidak sampai sesaat talian kembali diputuskan oleh aku sendiri. InsyaAllah panggilan tu tak penting. Takut aku.

Telefon kembali diletakkan di atas meja dan aku berlalu ke bilik kembali.

Qalish masih lena. Aku duduk di birai katil dan mengusap pipinya. Qalish membuka mata sedikit. Senyum diberi pada aku.

“Kau dah okey ke?” soal aku. Pipi dia masih suam.

“Okey.” Qalish bangun lalu menyelak comforter. Aku mengerutkan dahi. Sihat? Macamtu je? Kemudian aku nampak Qalish mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Permata Untuk Dia [E-BOOK]Where stories live. Discover now