“TERIMA kasih datin.” Kataku sambil tersenyum apabila wanita 40an itu meletakkan dulang air di atas meja.
“Apa pula datin? Panggil je mami. Isya kan menantu dalam keluarga kami.” Kata wanita itu. Aku tersenyum. Kemudian aku memandang figura yang terbaring di atas katil itu.
“Mana Qalish? Dia tak datang?” soal lelaki tua itu. Papa Qalish mungkin. Ya lah, siapa lagi kan?
“Qalish? D.. dia nak datang tapi dia tiba tiba ada emergency.” Bohong aku. Hakikatnya Qalish berkeras tak nak datang sini. Sebab tu aku datang sini sendirian.
Papa Qalish terbatuk sebelum mengeluh.
“Jangan tipu. Tak apa, papa faham. Dia taknak datang sini.” Papa Qalish senyum kepada aku. Buatkan aku rasa nak menangis. Kalau semua orang baik macamni.. Siapa yang halau Qalish sebenarnya?
“Minumlah. Nanti sejuk tak sedap.” Pelawa mami. Aku hanya akur. Kemudian telefon aku berdering. Lupa nak buat silent.
Qalish.“Err.. Saya minta diri kejap.” Pamitku sebelum berlalu keluar. Panggilannya aku jawab.
“Kau dekat mana sekarang?” soal Qalish sebaik sahaja aku jawab panggilan. Tiada salam tiada apa. Aku menggit bibir. Nak bagitahu yang betul ke tak?
“Isya.”
“Hah? Ya.. Aku dekat kafe. Ha, kafe. Lepak dengan Syaza. Cuti cuti ni kan.” Sumpah semuanya keluar dari mulutku secara spontan.
“Kenapa tak bagitahu? Kau buat aku macam nak gila. Ingatkan kau hilang tadi.” Kedengaran suara Qalish seperti risau. Aku tersenyum. Sayang juga dia dekat aku eh?
“Tak apalah. Lain kali jangan buat macamni lagi. Bagitahu aku dulu nak pergi mana mana.”
“Okay.” Jawabku. Salam diberi sebelum talian diputuskan.
“Qalish?” aku terus menoleh apabila terdengar suara garau dari belakang. Siapa ni?
“Jadi… kau isteri dia?” lelaki itu menapak ke arahku. Aku berundur.
“Awak… siapa?” soalku. Lelaki itu senyum sinis.
“Tak sangka Qalish sanggup pilih kau. By the way.. Aku Ryan. Bekas abang suami kau.” Sengaja dia tekankan perkataan ‘bekas’. Dia menapak lagi. Jangan buat aku gelabah lah!
“Not bad his taste for a bitch like you.” Ewahhh ini dah lebih ni kalau dah sampai tahap panggil aku dengan panggilan kotor!
“Kami terperangkap! Kami tak buat benda macamtu.” Kataku.
“Do I look like I care? Hey babe. Aku tak kisah pun pasal semua tu. Yang penting sekarang ni semua harta keluarga ni akan jatuh ke tangan aku. Just that I want.” Dan sekarang aku tahu kenapa Qalish keluar dari rumah ni. Beracun!
“Oh, you met her? Mami baru nak kenalkan Ryan dengan dia.” Tiba tiba kedengaran suara mami. Ryan menoleh.
“Good looking.” Puji Ryan.
“Yes. For a bitch.”
Aku terkedu.
“Kau jangan ingat kau boleh masuk dalam keluarga kami. Kau ingat aku tak tahu yang kau pikat Qalish, sebab kau tahu dia pewaris kan? Supaya kau dapat harta dia kan? Such a bitch. Tapi tak apa. Aku akan pastikan lepas orang tua tu mampus, harta dia akan jadi milik anak aku.” Mami menepuk bahu Ryan.
“Apa semua ni?” soalku perlahan. Terkesima.
“Move your ass out of here bitch. Not even in your dream that you’ll be a part of this family.” Kata mami sebelum menolak aku keluar. Aku terjatuh akibat tolakan yang agak kuat.
“What the heck are you doing?!” kuat jerkahan itu menyentakkan aku. Terus aku mendongak. Nampak wajah Qalish kemerahan. Macam mana dia boleh ada dekat sini?
“Oh.. Qalish. Akhirnya sudi juga datang ke sini. Welcome.” Ujar Ryan sinis. Qalish mengangkat aku sebelum menarik aku pergi. Aku hanya akur. Dia membuka pintu kereta sebelum menolak aku masuk dengan agak kasar. Pintu kereta dihempas kuat.
Okey. Sekarang ni sumpah aku rasa jantung aku dah berhenti berfungsi. Nasib baik beg tangan aku bawa sekali. Kalau tak naya je tinggal beg aku dekat dalam rumah tu.
Suasana menjadi sangat tegang di dalam kereta. Tapi aku dapat rasakan yang sekarang ni Qalish sedang berapi. Takut aku nak tegur dia.
Kemudian Qalish memberhentikan kereta di garaj. Aku melihat Qalish keluar tanpa mempedulikan aku. Aku turut keluar. We need to fix this!
“Qalish aku minta maaf.” Kataku senafas gara gara takut. Qalish berhenti melangkah lalu menoleh ke arahku. Aku memandangnya. Entah kenapa, mata aku berair. Mungkin kerana aku terlalu takut.
Qalish menyeka air mata aku yang menitis.
“Jangan nangis.” Perkataan tu semakin melajukan air mata aku. Qalish memeluk aku perlahan.“I’m sorry.” Pinta Qalish perlahan. Aku terus menangis. Aku nak cakap yang dia tak patut minta maaf pun tak boleh sebab esakan aku.
“Apa lagi diorang buat dekat kau? Diorang ada cederakan kau?” soal Qalish sambil memandang aku. Aku menggeleng. Qalish mencium mataku.
“Mereka cakap apa dekat kau?” soal Qalish lagi. Aku diam sebab aku tak mampu nak bercakap.
“It must be hurt. I’m sorry.” Qalish merenung mataku yang berair. Semakin lebat air mataku. Dah macam air terjun dah ni. Qalish membawaku ke sofa dan kami duduk di situ. Dia menyandarkan kepala aku di dadanya. Aku memeluknya erat. Aku tak faham kenapa Qalish minta maaf padahal aku yang patut buat macam tu. Tapi aku rasa macam dah bisu sekarang ni sebab menangis kuat sangat.
“Sleep.” Kata Qalish perlahan. Aku menutup mata. Sayup sayup kedengaran alunan surah sebelum aku lena.
AKU membuka mata perlahan. Pandangan pertama aku ialah Qalish yang lena di sebelah aku. Kemudian aku mencari jam. Pukul dua pagi! Bulat mata aku. Aku tidur ke pengsan tadi?
Aku kembali baring menghadap Qalish. Perlahan lahan aku mencium dahinya.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam aku memang tak layak untuk bersama dengan Qalish. Aku ni jahat, dia baik. Tak ke macam pelik gitu?
Aku mencuit hidungnya dan bulu kening dia. Aku dah cakap aku ni jahat. Tengok, dia tidur pun aku nak usik lagi. Kening Qalish berkerut apabila jariku bermain di keningnya. Aku mencuit dagu tajamnya.
Akhirnya Qalish tersedar. Jahat betul aku ni. Matanya yang suku terbuka itu memandang aku. Kemudian dia menguap.
“Sorry.” Kataku kerana telah mengganggu tidurnya. Qalish menoleh ke arah jam sebelum tersenyum nipis.“Tak boleh tidur?” soal Qalish dengan suara serak. Aku angguk. Ye lah. Aku dah tidur lama kot tadi. Qalish kemudian mengusap rambut aku.
“Tidurlah. Aku nak tengok kau tidur.” Kata aku. Tiba tiba rasa bersalah sebab ganggu dia tidur. Qalish menarik aku dalam pelukan. Matanya terpejam kembali.
Mengantuk sangat kot. Mestilah, sekarang ni dua pagi baru. Dahla esok sekolah.
Aku turut memejam mata
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...