AKU tergelak apabila Firas mengusik Syaza.
“Macam macamlah korang ni. Aku nikahkan baru tahu.” Kata Qalish. Firas tersenyum gatal ke arah Syaza.
“Taknaklah aku.” Syaza mencemik.
“Apa salahnya? Firas kan hot.” Kataku. Nampak Qalish menjeling meluat. Eleh, dengan sepupu sendiri pun nak dengki ke?
“Aku lagi hot.” Sampuk Qalish. Firas pula yang mencemik meluat. Aku turut mencemik. Syaza hanya gelak.
“Aku sokong. Qalish lagi hot. Kalau nak dibandingkan dengan kau.” Kata Syaza kepada Firas. Qalish meneguk air milonya bersama senyuman. Sukalah tu ada orang puji dia! Firas pula, muka tak payah cakaplah. Macam ubat gegat campur air asam je.
“Nanti lepas SPM korang nak pergi mana?” soal Syaza. Aku memandang Qalish. Aku pun tak tahu apa rancangannya selepas SPM.
“Nak tunggu result lama juga. Tawaran uni pun lama juga. Jadi aku plan nak buka bisnes kecil. Boleh buat duit. Takkan nak harapkan duit papa aku je.” Kata Qalish. Memang setiap bulan dia dimasukkan duit oleh papanya ke dalam akaun bank. Aku mengangguk. Bersetuju.
“Cun. Aku nak join. Daripada terperap dekat rumah macam tu je.” Kata Firas.
AKU memegang tangan Syaza di dalam pusat membeli belah itu sambil menilik beberapa barang. Qalish dan Firas berjalan di depan kami. Aku tabik dengan Firas sebenarnya. Walaupun dia agak nakal, tapi dia masih hormatkan gadis. Dia pasti akan berjalan di hadapan kami kerana tidak manis jika lelaki berjalan di belakang wanita.
“Weh, comelnya.” Aku melihat teddybear besar. Syaza turut bermata love melihatnya. Qalish dan Firas yang sedang berbual turut terhenti lalu menoleh apabila menyedari tiada bunyi gosip kedengaran di belakang mereka.
“Kau nak ke?” soal Qalish. Aku menggeleng. Taknaklah aku. Takkan nak gendong benda alah tu tengah tengah mall ni? Firas turut bertanya kepada Syaza dan Syaza turut menggeleng. Mungkin dia juga berfikiran sama denganku. Besar sangat kot teddybear tu.
Kami menyambung perjalanan.
“Weh, aku nak ke toilet jap.” Kataku. Tiba tiba pula pundi kencing buat hal.
“Jom.” Aku dan Syaza berlalu ke tandas. Setelah selesai, aku keluar dari tandas.
Syaza yang sedang membetulkan tudungnya menoleh dan kami keluar. Baru sahaja beberapa langkah, aku hampir terjatuh apabila tangan aku ditarik. Nasib baik Syaza sempat pegang tangan aku dari terjatuh. Aku terus merentap tangan aku. Lengan Syaza dipeluk.
“Ryan?” soalku. Ryan tersenyum manis.
“Hai. Datang dengan Qalish ke?” soal Ryan. Aku angguk.
“Jom.” Aku menarik lengan Syaza. Namun lengan aku pula yang ditarik.
“Lepaslah!” kataku sambil merentap tangan. Berani dia pegang aku?!
“Heh. Jangan sombong sangatlah. Aku kan abang ipar kau.” Kata Ryan sinis.
“Siapa ni?” soal Syaza. Aku menghela nafas. Kemudian aku terus menarik lengan Syaza pergi. Malas nak beramah mesra dengan ‘abang ipar’ aku. Qalish dan Firas sedang menunggu di atas kerusi.
“Lamanya.” Kata Firas.
“Tadi ada…” terus aku menekup mulut Syaza. Qalish dan Firas mengerutkan dahi.
“Ada?” soal Qalish minta Syaza menyambung.“Tak ada apa apa.” Kataku. Mulut Syaza dilepaskan bersama jelingan amaran.
Nasib baik dia faham. Qalish memandang kami curiga sebelum dia berjalan bersama Firas. Kami mengekor.
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...