PADA cuti sekolah, Qalish membawaku pulang ke rumah orang tua aku. Aku memang teruja habis. Tambahan bolehla aku hilangkan rasa gemuruhku. Walaupun pertandingan melukis tu lepas cuti sekolah, tapi aku dah mula rasa gemuruh.
Perjalan yang mengambil masa agak lama itu membuatkan aku mengantuk. Tapi aku tak nakla tidur. Kesian Qalish nanti mesti dia rasa bosan.Tapi masalahnya mata aku ni derhaka dengan tuan dia! Boleh pula terlelap. Bangun bangun je, aku dah sampai di perkarangan rumah.
“Dah sampai?” soalku dengan suara serak. Biasalah, aku rasa hampir sejam juga lah aku tidur. Qalish menoleh dengan pantas.
“Terkejut aku. Kau ni.” Rungut Qalish. Aku hanya tersenyum sebelum menggeliat malas. Kami terus keluar dari kereta. Aku berlari memeluk ibu aku manakala Qalish mengangkat beg pakaian kami. Cuti seminggu kan. Haha.“Mama! Isya rindu mama!” adu ku. Maklumlah, aku ni kan anak tunggal. Jadi aku terlebih manja la sikit. Hehe.
“Ya Allah budak ni. Tak bagi salam apa terus peluk je.” Kata mama sambil membalas pelukanku. Aku hanya senyum. Rindu punya pasal. Qalish pula bersalam dengan mama aku.
“Papa mana?” soal Qalish.
“Kerja. Nanti dia balik la tu.” Jawab mama. Qalish angguk manakala aku mencemik.
“Sampai hati papa kerja? Kan harini Isya balik.” Kataku berjauh hati. Pelukan aku lepaskan. Ini yang nak merajuk dengan papa ni!
Bahuku dipaut oleh Qalish.
“Papa kerja untuk family juga. Dah, jangan nak merajuk. Kesian papa, penat balik kerja kena menghadap muka merajuk Isya pula.” Kata Qalish. Aku hanya akur. Mama pula tersenyum.
“Dah jadi isteri orang pun manja lagi anak mama ni?” aku memuncung. Takkan dah jadi isteri orang terus tak boleh manja dengan ibu bapa kut?
“Dah, jom masuk. Mama dah masak lebih hari ni.” Mama terus masuk diikuti aku. Aku biarkan Qalish angkat beg. Memang selalu kalau pergi mana mana dia yang jadi cinderqalish. Aku jadi mak tiri. Haha.
Aku membulatkan mata melihat makanan yang mama masak. Semuanya kegemaran aku! Sayang mama!“Argh!!!” terkejut aku apabila ada tangan menekup mataku.
“Qalish jangan main main lah!” marahku sambil menepis tangan Qalish. Hei dia ni dekat rumah mama aku pun sempat lagi nak bergurau. Terus aku berpaling ke arahnya namun, apa yang aku nampak buatkan aku rasa nak melompat gembira.
“Papa!!” jeritku sambil memeluk tubuh papa.“Amboi garang anak papa.” Usik papa. Aku tersengih. Dia tak tengok lagi macamana aku bila berdua dengan Qalish. Mahunya sakit jantung tengok perangai anak gadis dia yang seorang ni.
“Sampai hati mama dan papa buat Isya macamni.” Rajukku apabila pelukan kami terlerai. Nampak Qalish hanya tersenyum.
“Macamana kamu berdua? Okey?” soal papa sambil mengambil tempat di meja makan.“Alhamdulillah. Semua okey. Papa dengan mama pula macamana?” soal Qalish. Aku menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Bak kata mama, utamakan suami dalam semua perkara.
“Kami macamni lah. Sihat je. Mama tu hah, asyik nak ajak papa honeymoon je. Padahal dekat rumah dah honeymoon.” Kata papa selamba. Qalish ketawa manakala mama aku nampak mencubit manja pipi papa.
“Mana ada! Abang ni.” Kata mama. Aku pula tergelak. Sweet nya mama papa aku. Aku bila lagi? Hmm..
“Qalish dah ready ke nak SPM tahun ni?” soal mama pula. Amboi.. Ni macam dah lupa anak ni. Tahun depan pun aku SPM juga.
“Banyak lagi yang Qalish kena buat. Exam pun asyik kelaut je.” Banyakla dia punya kelaut. Aku ni yang kelautnya.
“Isya pula?” soal mama. Baru ingat anak.
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...