AKU leka membaca majalah. Seperti biasa, Qalish tiada di rumah. Aku rindu dia. Rindu nak tengok dia senyum macam selalu. Rindu nak dengar dia usik aku.
Tiba tiba telefon aku berdering. Syaza.“Hel…”
“Isya. Datang alamat yang aku bagi sekarang ni kalau kau sayang Qalish. Aku nampak dia dengan perempuan lain dekat sini!” kuat suara Syaza. Aku tergamam. Air mata aku menitis tanpa dipinta.
“Cepat! Aku send location nanti.” Kata Syaza. Aku terus bangun dan bersiap. Aku akan berusaha untuk pertahankan rumah tangga aku. Jika kali ini aku masih gagal, aku rela berundur jika benar Qalish sudah benci aku.
Aku bersiap ala kadar dan terus mencapai kunci kereta. Walaupun aku tak ada lesen, tapi aku pandai bawa kereta dan aku tak kisah kalau aku kena saman sekalipun.
Demi rumah tangga aku.
Kereta dipandu ke arah lokasi yang dhantar oleh Syaza. Setibanya di sana, aku melihat ada sebuah rumah kecil. Terus aku keluar dari kereta. Pintu rumah itu diketuk namun tiada jawapan. Aku memulas tombol pintu. Gelap.
PAK!
“Argh!!” jerit aku. Terkejut mak kau!
“Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Isya.. Happy birthday to you!!!” nyanyi mereka. Aku masih diam dan terkejut. Kelihatan Qalish membawa kek sedarhana besar berbentuk love. Dahi aku dicium lembut.
“Wuuuu…” sorak Syaza. Aku tersenyum memandang Qalish. Mata aku berkaca. Qalish turut senyum sebelum meletakkan kek di atas meja yang tersedia beberapa hidangan lain.
Ya Allah, aku rindu senyuman tu.
Qalish kembali memeluk aku. Semestinya aku turut memeluknya dengan kemas.
“Kau buat aku takut.” Bisik aku. Teringat bagaimana dia ignore aku dan berapa juta kali aku menangis dua tiga hari ni.
“Amboi. Dah, dah. Sambung dekat rumah. Berbulu mata aku tengok.” Kata Firas sambil mencebikkan bibir. Aku melepaskan pelukan dan memandang semua.
“Kau pun bersekongkol?” soal aku kepada Syaza. Syaza tersengih sebelum membuat isyarat peace.
“Aku sengaja je suruh kau tegur Qalish dekat kantin tu. Nak bagi kau lagi sedih. Maaflah.” Kata Syaza dan kemudian dia ketawa. Aku memuncung. Inilah kawan.
“Sara pun minta maaf akak. Sara menyamar jadi girlfriend abang. Hehe. Sebenarnya Sara nampak kakak di belakang langsir tu.” Kata Sara. Jadi.. Perempuan yang Qalish cium dahi tu ialah Sara? Cet! Bazirkan air mata aku je! Qalish tergelak.
Kemudian aku memandang Firas, jangan jangan dia bersubahat juga.
“Apa? Aku tak buat apa pun. Aku cuma menyumbang idea je.” Kata Firas kepada aku sambil mengangkat kedua tangannya. Aku melopong. Dia lah mastemind yang buatkan aku menangis selama ni? Firas menyorok di belakang Syaza. Aku nak marah pun tak jadi.
Tak apalah. Sekurang kurangnya mereka buat semua ni untuk aku. Kemudian aku memandang Qalish. Dia hanya senyum nakal kepada aku. Aku menjeling. Suka lah tu buat aku nangis! Mata aku ni sikit lagi nak tertukar dengan ikan buntal tahu? Qalish hanya ketawa senang apabila aku menjelingnya.
AKU balik bersama Qalish. Satu kereta dengannya. Dia kata dia dah tahu yang aku akan datang sini pakai kereta dia, sebab tu dia naik kereta dengan Sara. Kurang asam.
“Still burning?” soal Qalish. Tangan aku digenggam. Aku menoleh. Kemudian aku menepuk tangannya.
“Bahaya lah bawa kereta sebelah tangan. Lepas.” Kataku. Aku bukan nak mengelak. Tapi aku memang risau kalau dia pandu kereta sebelah tangan. Dibuatnya jadi benda lain nanti? Astagfirullah.. Jauhi kami dari sebarang kecelakaan Ya Allah.
YOU ARE READING
Permata Untuk Dia [E-BOOK]
RomanceDia... Permata terindah untukku Perkahwinan yang terjalin antara aku dengan sang permata bukanlah kerana kerelaan. Tetapi akibat suatu tragedi yang hampir meragut hidupku. Namun, siapa sangka dalam bahtera ini akan timbul satu perasaan yang dipanggi...