🔔1

205 17 0
                                    

Muka surat buku komik yang baru dibelinya itu dikuis perlahan ke muka surat sebelah.

Dia terlalu khusyuk membaca komik tanpa mempedulikan kelasnya yang sudah seperti zoo. Dipenuhi dengan gelak tawa dan jeritan.

Dia lebih suka menghabiskan masa dengan buku komiknya. Komik tentang percintaan. Selalunya gadis-gadis sahaja yang gilakan komik tentang percintaan, tetapi dia turut menggemari komik-komik seperti itu.

"Hoi! Tak habis-habis dengan komik kau." buku komik itu tiba-tiba dirampas oleh seseorang.

Seungwoo memandang wajah sahabatnya, Cho Seungyoun.

"Kau nak pulangkan semula atau kau nak aku ambil cara kasar, Cho Seungyoun?" Seungwoo tersenyum sinis.

Segera Seungyoun memberikan semula komik itu kepada Seungwoo. Takut dia melihat anak mata sahabatnya itu.

Dia melabuhkan punggung di sebelah Seungwoo.

"Seungwoo, kalau kau baca komik-komik macam lelaki lain baca aku tak kisah tapi masalahnya sekarang ni kau baca komik cinta tau! Ini tabiat perempuanlah, Seungwoo." bebel Seungyoun di tepi telinga Seungwoo.

Seungwoo hanya fokus pada komiknya.

"Jadi, kenapa? Salah ke? Takkan aku nak ubah hidup aku semata-mata nak jadi macam lelaki lain? Perlu ke?" soalan diajukan kepada Seungyoun membuatkan lelaki itu mati akal.

"Suka hati kaulah! Cakap dengan kau memang takkan menang! Haish!" Seungyoun terus bangun dan meninggalkan Seungwoo disitu.




Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Seungwoo dan Seungyoun berjalan ke kantin untuk mengisi perut yang kosong sejak pagi.

"Seungwoo, tu peminat-peminat kau dah bersusun dekat meja makan." ujar Seungyoun.

Seungwoo hanya memandang mereka kosong.

Beberapa orang gadis datang menghampiri Seungwoo dan Seungyoun.

"Hey girls~" Seungyoun menyapa mereka dengan wajah nakal.

"Seungwoo oppa! Jomlah makan sama-sama." ajak mereka tanpa menghiraukan Seungyoun.

Seungwoo memiliki paras rupa seperti watak-watak lelaki kacak di dalam komik serta ketinggian dan karismanya. Tidak hairanlah jika dia menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu.

Namun, Seungwoo sedikit pun tidak berminat dengan mereka. Seungwoo hanya menunggu gadis yang akan membunyikan loceng apabila berjalan di sebelahnya.

"Maaf, aku ada hal." Seungwoo terus pergi meninggalkan gadis-gadis itu.

Seungyoun ketawa sinis.

"Itulah, korang abaikan aku sebab dia kan? Tengok? Ada dia layan korang? Tak ada. Kesian." Seungyoun terus pergi meninggalkan gadis-gadis yang sedang merungut di situ.





"Korang, jomlah pergi makan! Aku lapar ni!" seorang pelajar lelaki asyik merungut kelaparan.

"Seungsik, kitorang bertiga tengah diet. Kau pergilah makan sorang-sorang." kata seorang gadis.

"Kim Seol, kau tu diet pun tetap jugak gemok! Jomlah teman aku makan." rengek Seungsik.

"Biadap!" Hampir saja Seol menampar kepala Seungsik namun sempat Seungsik mengelak.

"Bisinglah korang berdua ni! Ini library tahu tak!" herdik Byul dengan nada yang cuba dikawal.

Jibin hanya menggelengkan kepala tanpa memandang sahabat-sahabatnya.

"Dah kalau korang diet, aku nak makan dengan siapa?" dahi Seungsik berkerut.

"Byungchan ada. Pergilah dengan dia." ujar Seol.

Seungsik mengeluh. Susah berkawan dengan perempuan, tak habis-habis dengan diet yang kelaut tu.

Jibin bangun perlahan-lahan dan berjalan ke rak buku untuk mencari ketenangan. Dia duduk di celah-celah rak buku itu dan membaca komiknya.

Akhirnya dia mendapat keamanan.


'ting! ting!'

Seungwoo yang sedang khusyuk membaca komik di celah rak buku tiba-tiba menangkap bunyi loceng.

Dia memandang ke kirinya. Wajah gadis itu tidak dapat dilihat dengan jelas.

"Eo, sunbae?" suara lembut gadis itu menyapa seorang lelaki tinggi dan kacak sedang berdiri di hadapannya.

Gadis itu bangun dan berjalan bersama lelaki tersebut.

Seungwoo turut bangun dan mengekori gadis itu namun dia tidak sempat apabila gadis itu sudah jauh darinya.

Dia mengeluh berat.



Jibin dan Byul sudah berada di hadapan terlebih dahulu meninggalkan Seungsik dan Seol di belakang.

Seungsik masih gigih mengayuh basikalnya dengan Seol yang membonceng di tempat duduk belakang.

"Beratlah kau ni, Seol!" rungut Seungsik.

"Kau tu yang lembap! Kayuh la elok-elok!" herdik Seol. Pinggang Seungsik dipeluk erat.

"Diet ke tak diet ke, sama je berat kau ni! Lepas tu salahkan aku cakap aku lembab!" bebel Seungsik sambil meneruskan kayuhan basikalnya.

"Sebelum aku humban kau dengan basikal kau ni masuk dalam sungai tu, lebih baik kau diam dan kayuh cepat-cepat!" ugut Seol.

Seungsik meneruskan kayuhannya tanpa berkata apa-apa lagi.

"Apahal dorang berdua tu lambat sangat?" Byul memberhentikan basikalnya dan memandang dua sahabatnya yang jauh ketinggalan di belakang.

"Mengayuh sambil bergaduh. Biasalah tu." ujar Jibin selamba.

"Pinn! Pinn! Pinn!" dua orang pelajar lelaki datang menghalang laluan Jibin dan Byul.

"Korang nak apa hah?!" soal Byul.

"Amboi! Marah betul dia~" Seungyoun tersengih.

"Janganlah marah, kitorang nak teman korang balik je. Jom? Oppa teman balik?" pelawa Hangyul.

"Tak ingin! Ketepilah, tak payah menyibuk laluan orang!" herdik Byul.

"Sombongnya! Salah ke nak teman?" soal Seungyoun.

"Hangyul, Seungyoun! Tolong beri laluan, kami nak balik." Jibin bersuara.

"Kalau kami tak nak?" Mereka masih berdegil.

"Jibin!" satu suara memanggil Jibin.

"Sunbae?" Jibin memandang lelaki itu.

Dia berjalan ke arah Jibin , beg sekolah Jibin diambil dan digalasnya kemudian dia menuntun basikal Jibin meninggalkan kawasan itu. Byul juga turut ikut mereka.

"Kerek gila mamat tu! Mentang-mentang dia senior, ingat aku takut ke?!" Hangyul memandang seniornya tidak puas hati.

"Sudahlah tu, tak payah layan! Jom blah!" Seungyoun menunggang basikalnya semula.




Seungwoo yang sedang berjalan untuk pulang ke rumah, tiba-tiba berhenti melangkah apabila kakinya seperti terpijak sesuatu.

Gelang tangan berloceng.

Dia mengambil gelang tersebut lalu memandang sekeliling.

"Belum tiba masanya untuk kita berjumpa." omelnya sambil merenung gelang tangan itu.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now