🔔27

44 7 0
                                    

Hae Jin mula melangkah menghampiri Seungsik yang masih terduduk di situ.

Seungwoo yang ternampak tindakan Hae Jin, segera menurunkan Jibin. Wajah Jibin ditekup sambil matanya merenung anak mata gadis itu.

"Chimon, aku nak kau bawa mereka semua keluar dari sini." Seungwoo memberi arahan.

"Kau macam mana?" soal Seungyoun.

"Aku tak boleh biarkan Hae Jin bebas begitu saja. Pergi cepat!" kata Seungwoo.

"Seungwoo, tolong selamatkan Seungsik!" rayu Seol dengan mata berkaca. Seungwoo terdiam.

"Pergi cepat, selamatkan diri korang semua." Baru sahaja lelaki itu ingin pergi, lengannya dirangkul oleh Jibin.

"Janji dengan saya, awak akan selamat." matanya merenung tepat ke dalam anak mata Seungwoo berharap agar lelaki itu selamat.

Seungwoo tersenyum kelat. Sempat dia mengucup dahi Jibin lalu dia terus pergi dari situ.

"Mari pergi!" Soobin mendukung Jibin. Mereka semua terus keluar dari situ untuk menyelamatkan diri.



...

Seungwoo menarik Hae Jin dari belakang agar dia tidak sempat menyentuh Seungsik.

"Seungsik, pergi dari sini!" jerit Seungwoo. Seungsik cuba menahan kesakitannya dan bangun menjauhi kawasan itu.

Hae Jin menolak Seungwoo lalu dia memukul wajah Seungwoo.

"Aku tak suka kau ambil hak aku!" Perut Seungwoo ditumbuk kuat. Darah mula tersembur keluar dari bibirnya.

"Dia bukan hak kau! Kau dasar lelaki tak guna!" Leher Hae Jin dicekik. Terkapai-kapai lelaki itu mencari nafas namun tangannya masih mampu melawan Seungwoo.

GEDEBUK!!

Hae Jin jatuh terbaring di tanah apabila tubuhnya dipukul dengan sebatang kayu dari arah belakang.

Kelihatan Seungsik sedang berdiri sambil menggenggam sebatang kayu. Seungwoo bangun dan menghampiri Seungsik. Lelaki itu jatuh terduduk.

Seungwoo memapah Seungsik menjauhi kawasan itu. Bajunya ditanggalkan dan diikat pada bahu Seungsik untuk menghentikan pendarahan. Bibir Seungsik sudah pun pucat dek kehilangan darah.

"Kau duduk sini, jangan datang dekat aku. Aku dah janji dengan Seol untuk selamatkan kau. Seadainya hanya kau yang terselamat, sampaikan pesan aku pada Jibin. Aku cintakan dia." Seungwoo terus bangun dan keluar untuk bertemu lawannya semula.

Kelihatan Hae Jin sedang berusaha untuk berdiri. Matanya berkaca sambil memandang Seungwoo.

"Kenapa kau muncul?! Kenapa kau muncul dan cuba rampas hak aku!" herdik Hae Jin.

"Aku bukan setakat datang untuk merampas Jibin, tapi aku datang untuk menuntut bela atas kematian Lee Eun Chae!!" Kemarahan Seungwoo semakin bertambah apabila dia terkenangkan adik saudaranya yang dibunuh oleh lelaki tak guna bernama Park Hae Jin.

Hatinya sakit!

Sekarang lelaki itu mahu menjadikan Jibin mangsanya yang seterusnya pula. Tidak mungkin Seungwoo akan membiarkannya.

"Kau perlu terima balasan atas apa yang kau dah buat pada Eun Chae! Kau fikir aku akan biarkan kau jadikan Jibin mangsa yang seterusnya? Kau silap! Kali ni aku tak  akan lepaskan kau!!" Seungwoo terus menyerang Hae Jin dan menumbuk wajah Hae Jin.

Kemarahan yang semakin membuak dibiarkan mengawal dirinya. Mahu saja dia membunuh lelaki itu.

"KAU PATUT MATI!" Tumbukkan bertubi-tubi diberikan pada Hae Jin sehingga kudrat lelaki itu tidak mampu melawan lagi.

"AARGHH!!" Seungwoo menjerit melepaskan kemarahannya. Dia jatuh melutut dek kerana tenaganya yang semakin hilang.

Hae Jin memandang pistol yang berada tidak jauh darinya. Tangannya berusaha mencapai pistol tersebut dan akhirnya dia dapat. Perlahan-lahan dia bangun, Seungwoo dipandangnya dengan air mata yang berlinang.

"SEUNGWOO!!" Seungsik menjerit untuk menyedarkan lelaki itu apabila dia ternampak Hae Jin yang sedang mengacukan pistol ke arahnya.

Seungwoo mendongak lalu dia berdiri semula. Hae Jin tersenyum. Matanya dipejam rapat.

Dalam beberapa saat, bunyi das tembakan dilepaskan.

"SEUNGWOO!!"







                                •••••

Mereka semua berkumpul di balai polis setelah membuat laporan. Subin dijumpai terbaring di kawasan dia menunggu dan mengawal Hae Jin.

Wajahnya penuh lebam dan tidak sedarkan diri. Dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Chimon ke hulu ke hilir menunggu berita tentang Seungwoo dan Seungsik. Seol tidak mampu berkata apa-apa , trauma dia melihat Seungsik ditembak di hadapan matanya sendiri. Jibin pula tidak berhenti berdoa agar Seungwoo dan Seungsik selamat.

Beberapa Pegawai Polis datang kepada mereka.

"ada di antara kamu yang boleh ikut kami ke tempat kejadian?" soal Pegawai Lee.

"Saya nak ikut!" Seol bersuara.

"Seol, kau tunggu disini. Aku yang pergi." Chimon mencelah. Seol menggeleng, dia masih berdegil.

"Aku tetap nak ikut!" Seol berkeras mahu ikut.

"Boleh ke kami bertiga ikut?" sampuk Seungyoun.

"Baiklah."

"Soobin, kau jaga dorang berdua." pesan Seungyoun. Lelaki itu mengangguk faham.


...

20 minit kemudian mereka sampai di  tempat kejadian. Ambulans juga turut ada. Seol diarahkan menunggu di dalam kereta. Hanya Chimon dan Seungyoun dibenarkan masuk ke dalam.

Sewaktu mereka baru sahaja nak masuk ke dalam hutan itu, kelihatan dua lelaki sedang berjalan ke arah mereka.

"Seungwoo! Seungsik!" Chimon dan Seungyoun mendapatkan mereka. Keadaan Seungsik pula semakin teruk dan tidak berdaya manakala badan Seungwoo pula dipenuhi luka dan calar, tambahan pula di tidak berbaju.

"Kita perlu kejarkan dia ke hospital dengan segera." kata salah seorang dari Pegawai Polis itu.

"Seungsik!" Seol keluar dari perut kereta dan menghampiri Seungsik. Tubuh lemah Seungsik dipeluk erat dengan air mata yang mengalir.

"Seungsik! Jangan tinggalkan aku lagi! Aku tak nak kehilangan kau! Kau dengar tak ni?!" Seol menangis teresak-esak.

Seungsik tersenyum di dalam pelukan Seol.

Chimon pula hanya mampu tersenyum kelat. Dia sedar walaupun mereka berjauhan, jika hati tetap mahukannya, dia tak dapat halang.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now