Siling biliknya dipandang sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh Seungwoo pagi tadi.
"Aku nak tengok macam mana kau hadap si Hae Jin tu! Jangan cari aku."
Jibin mengeluh.
"Kenapa hidup aku makin serabut dan kenapa mereka berdua muncul dalam hidup aku?" rungut Jibin.
Wajah Park Hae Jin tiba-tiba bermain di fikirannya.
"Tak sangka Park Hae Jin yang aku kenal sebenarnya psycho. Salah aku ke? Aku yang buat dia jadi macam tu?"
Tok! Tok! Tok!
"Jibin? Kenapa belum tidur?" kedengaran suara Puan Kim diluar bilik. Dia memandang jam loceng di atas meja.
Jarum jam sudah berganjak ke angka 12.00 tengahmalam.
"Selamat malam, omma." Kelopak matanya dipejam dan minda direhatkan.
••••
Byul mengintai Seol di sebalik dinding. Gadis itu sedang makan dengan penuh nafsu. Bermacam jenis makanan berada di atas mejanya.
"Dah kenapa dia makan banyak macam tu? Takkan dia stress? Tapi, apa yang buatkan dia stress?" Byul kebingungan.
Dia berjalan menghampiri Seol. Sampai sahaja di sebelah gadis itu, Byul menepuk dahi.
"Hoi! Aku fikir kau makan banyak-banyak ni sebab stress, rupanya kau buat asmr!" herdik Byul sambil menarik earphone yang tersumbat di telinga Seol.
"Haish! Kenapa kau ganggu? Dah rosak asmr aku!" Seol merengus geram.
"Asmr kepala hotak kau! Aku siang malam bertungkus-lumus siapkan gaun untuk kau, kau pula boleh makan senang-lenang! Kalau berat badan kau naik macam mana kau nak pakai gaun tu?!" bebel Byul panjang lebar.
Jika berat badan Seol bertambah, maka dia perlu cari model lain. Tetapi, festival itu berbaki lagi dua hari saja.
Seol diserang rasa bersalah.
"Byul, sorry. Aku cuma nak hilangkan stress je." ujar Seol sambil memandang wajah Byul.
Kerusi ditarik lalu Byul melabuhkan punggung di kerusi tersebut.
"Tak mengapa, kau makanlah apa kau nak tapi jangan sampai kau tak muat pakai gaun tu. Penat aku buat, Seungyoun sanggup tunggu aku sampai aku siapㅡ"
"wait! Seungyoun? Kau ada hubungan dengan si akal pendek tu ke?" Seol memotong kata-kata Byul.
"Em, mana ada. Kami kawan je, lagipun dia baik. Apa salahnya aku berkawan dengan dia kan?"
Seol mengecilkan matanya dan memandang Byul atas bawah.
"Something fishy~" kata Seol. Pipi Byul merona merah.
"Eh sekejap, pembantu makmal yang dukung kau ke bilik kesihatan hari tu kacak juga!" Byul terus menukar topik. Seol sudah tersengih mengingat semula kenangan indah itu.
"Kan? Aku rasa bertuah sangat sebab didukung oleh dia. Tak pernah aku rasa sebahagia tu." ujar Seol.
"Berangan! Sudahlah, aku nak sambung menjahit. Ingat pesan aku, jangan sampai kau gemuk!" Byul menjeling Seol kemudian dia terus beredar meninggalkan gadis itu.
..
Byul dan Seol melambai ke arah Jibin. Jibin memberitahu yang dia ingin pulang dahulu, Seol pula menemani Byul untuk menyambung kerjanya.
"Hati-hati jalan." pesan Byul.
"Baiklah." Jibin mengangguk.
Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terdengar seperti seseorang memijak ranting. Jibin berhenti melangkah. Dia terasa seperti seseorang sedang mengekorinya lalu dia menoleh ke belakang. Tiada sesiapa.
Dia memandang sekeliling sebelum mengatur langkah laju. Namun, sekali lagi langkahnya terhenti apabila tubuhnya dipeluk dari belakang. Jibin meronta agar dirinya dilepaskan.
"Lepaslah!" ronta Jibin. Tiba-tiba dia rasa bahunya dibasahi air mata. Dia terdiam.
"Kenapa kau buat aku macam ni, Jibin? Kenapa kau beri aku harapan palsu?" soalnya dengan nada sayu.
Jibin hanya mampu terdiam walaupun dia tahu siapa lelaki yang sedang memeluknya di saat itu.
"Kau tahu tak betapa aku cintakan kau? Aku terlalu sayangkan kau, Kim Jibin. Tak ada sesiapa pun yang boleh gantikan tempat kau dalam hati aku." tambahnya lagi.
Suasana menyepi buat seketika.
"Tapi, kau sanggup tipu aku dan berpura-pura cintakan aku! Kenapa, Jibin?!" Nadanya naik seoktaf. Tubuh Jibin ditarik agar menghadap ke arahnya.
"Tak, saya tak berniat untuk tipu awakㅡ"
PANGG!
Pipi Jibin ditampar kuat membuatkan gadis itu mengerang kesakitan.
"Kalau bukan , apa? Apa?! Aku sepatutnya bunuh kau supaya kau tak bersama dengan lelaki lain!" Pisau lipat dikeluarkan sambil dia melangkah mendekati Jibin.
Jibin mengundur beberapa langkah.
"Hae Jin, lㅡletakkan pisau tu .." pinta Jibin dengan ketakutan yang menyelubungi dirinya.
"Aku takkan letak selagi kau tak mati. Kita mati sama-sama dan bahagia di sana ya, sayang?" Hae Jin tersenyum dengan air mata yang mengalir di pipinya. Dia semakin hampir dengan Jibin.
"Noona!" pantas tubuh Jibin ditarik menjauhi Hae Jin. Jibin tidak mampu berkata apa-apa, dia hanya mampu menangis di dalam pelukkan lelaki yang telah menyelamatkannya.
Hae Jin pula sudah lari dari situ apabila terlihat lelaki itu.
"Noona tak apa-apa? Kita report polis ya?" cadang lelaki itu. Jibin menggeleng.
"andwae! Saya okay, dia tak cederakan saya. Terima kasih." Jibin terus meleraikan pelukkan dan beredar dari situ.
"Noona! Saya Choi Soobin!" jerit Soobin. Sempat lagi dia memperkenalkan dirinya.
YOU ARE READING
When The Bell Rings (✔)
Fanfiction"Ring the bell when you walk beside me." Aku akan menunggu kau berjalan di sebelahku dan bunyikan loceng itu. Loceng yang menandakan, kau adalah gadis yang aku tunggu.