Seungyoun melabuhkan punggung di sebelah Seungwoo yang sedang duduk berbaring di dalam khemah.
"Kau tengah fikir apa?" soal Seungyoun.
"Tengah fikir macam mana nak dapatkan hati Kim Jibin." jawab Seungwoo.
"dia dengan senior tu ada apa-apa hubungan ke? Aku tengok dorang macam bahagia aje." kata Seungyoun.
"Aku tak nampak pun kat mana bahagianya dorang tu. Nampak macam dia terpaksa je dengan senior tu, bahagia yang macam dibuat-buat." fikir Seungwoo.
"Eh, malam ni ada night walking kan?" soal Seungyoun. Tiba-tiba Seungyoun mendapat idea nakal.
"Ye kot." Jawab Seungwoo, lalu buku komiknya dibuka dan dia sambung membaca komik tersebut.
•••••••
Semua peserta berkumpul di hadapan kawasan hutan yang agak gelap dan jauh dari tapak perkhemahan mereka.
Beberapa orang penganjur dan cikgu-cikgu lelaki yang bertugas serta dua orang penyelamat yang bersedia jika ada apa-apa berlaku.
"Saya akan beri taklimat sebelum kita mulakan aktiviti 'Night Walking'."
"Dalam ni ada satu tali sampailah ke penghujung check point. Di penghujung check point tu ada tiga orang guru lelaki yang bertugas akan tunggu di sana. Saya akan lepaskan kamu seorang demi seorang. Kamu akan berjalan berpandukan tali ni." jelas Cikgu Lee.
"Nak saya ingatkan, jangan ada sesiapa yang buat onar!" pesan Cikgu Lee.
Setelah selesai taklimat, seorang demi seorang peserta dilepaskan masuk ke dalam hutan tersebut.
Hae Jin menggenggam erat tangan Jibin.
"Sunbae, kita takkan masuk sama-sama tau. Jangan risau, saya tak akan apa-apa." kata Jibin cuba meyakinkan Hae Jin.
"Macam mana kalau tiba-tiba ada yang buat onar? Saya tak nak ada apa-apa jadi pada awak." Hae Jin makin cemas bila memikirkan keselamatan Jibin.
"Sunbae janganlah fikir bukan-bukan, saya akan selamat. Ada je cikgu-cikgu yang menunggun dalam tu. Don't worry, okay?" Jibin mengukirkan senyuman manis.
Hae Jin memeluk Jibin buat seketika untuk menghilangkan keresahannya.
Seungsik menggigil ketakutan melihat hutan yang gelap itu. Mahu saja dia tarik diri.
"Seol, aku takutlah! Aku tak nak masuk." rengeknya.
"Penakutlah kau ni! Tak ada apa pun dalam tu. Hantu pun tak nak dekat dengan kau lah! Gila ke apa dia nak dekat dengan kau, mahu pekak telinga dia dengar kau menjerit." ujar Seol selamba.
"Woi! Janganlah takutkan aku. Aku rasa nak demamlah Seol, aku nak balik khemah." kata Seungsik.
"Pergilah balik, itu pun kalau kau beranilah. Heh!" Seol tersenyum sinis. Seungsik memandang ke belakang, kawasan tapak perkhemahan mereka sangat jauh dari kawasan itu.
Gulp!
Dia menelan air liurnya yang terasa kelat.
Tiba giliran Jibin dilepaskan masuk ke dalam hutan tersebut.
"Jibin, hati-hati." pesan Hae Jin. Jibin hanya mengangguk sambil tersenyum.
Dua minit selepas Jibin, Seungyoun dilepaskan disertai Chimon dan Seungsik.
Jibin agak terkejut apabila ada seseorang yang berlari agak laju melepasinya.
"Sㅡsiapa tu?" soalnya dengan nada ketakutan. Tiada sebarang jawapan. Jibin hanya meneruskan perjalanannya.
Tiba-tiba tali terputus dan belakang kepala Jibin dipukul sehingga gadis itu jatuh ke tanah dan tidak sedarkan diri.
"Arghh!!" satu jeritan kedengaran. Yang pasti bukan jeritan Jibin.
"Seol! Tali putus!! Aku nak balik! Cikgu!" jerit Seungsik. Dia menangis seorang diri di dalam gelap membuatkan peserta yang baru masuk berlari bertempiaran.
Setelah 30 minit kemudian , semua peserta sampai ke penghujung check point walaupun ada yang berlari bertempiaran mendengar tangisan Seungsik.
Cikgu Lee mengira semua peserta dan memeriksa nama mereka, risau jika ada yang tertinggal.
"Kang Seungsik!"
Tiada sahutan.
"Kang Seungsik?"
"Seungsik tak ada, cikgu!" beritahu salah seorang peserta.
"Kim Jibin?"
Masih sama. Tiada sahutan.
"Kim Jibin!" Hae Jin terus berlari masuk semula ke dalam hutan untuk mencari Jibin.
Seungwoo, Byul dan Seol juga turut masuk semula ke dalam hutan.
"Kim Jibin!" jerit Hae Jin.
"Kim Jibin!"
"Kim Jibin!"
Lampu disuluhkan merata tempat untuk mencari gadis itu.
Tiba-tiba satu suara yang sedang menangis mengejutkan mereka.
"Seol! Tolong aku Seol!" jeritnya.
"Yah! Kang Seungsik!" Seol berlari ke arah Seungsik yang sedang menangis di tepi pokok.
"Seol! Aku takut!" dia terus memeluk Seol.
"Kau rupanya yang buat orang semua lari bertempiaran!" kata Seol.
"Kim Jibin!" Seungwoo akhirnya menemukan Jibin yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas tanah.
Segera Jibin didukungnya dan dibawa keluar dari hutan itu.
YOU ARE READING
When The Bell Rings (✔)
Fanfiction"Ring the bell when you walk beside me." Aku akan menunggu kau berjalan di sebelahku dan bunyikan loceng itu. Loceng yang menandakan, kau adalah gadis yang aku tunggu.