🔔29

50 8 0
                                    

Byul mengeluarkan beberapa helai baju dari almarinya. Dia memilih dress yang cantik untuk temu janji pertamanya dengan Seungyoun.

"Okaylah , pakai yang ni." Dia tersenyum puas. Baju yang selebihnya disangkutkan semula di dalam almari.

Jubah mandinya ditanggalkan dan dia menyarungkan gaun biru gelap pendek paras peha itu ke tubuhnya kemudian zip ditarik.

Dia menghampiri meja soleknya. Oleh kerana dia jenis sukakan solekan nipis, dia hanya melukis kening sederhana. Pipinya disapukan sedikit blusher, bulu matanya dipakaikan maskara dan bibir ya dioleskan sedikit gincu berwarna merah jambu.

"Siap!" Byul berpuas hati dengan penampilannya.

"Aku harap Seungyoun sukakannya." ujarnya sambil tersenyum. Pouch berwarna hitam yang berada di atas katilnya dicapai.

Tiba-tiba dia terpandang gambar mendiang Hangyul di atas meja tepi katil.

"Aku ingat, orang yang akan mencintai aku seterusnya adalah kau. Selama-lamanya hanya kau, Hangyul. Terima kasih, sayang." gumamnya dengan mata yang berkaca.


...

Seungyoun berjalan di sebelah Byul sambil tersenyum. Dia tidak sangka yang Byul akan menerima cintanya setelah sekian lama.

Tangan kecil Byul dirangkul kemas membuatkan gadis itu berhenti melangkah.

"Byul," wajah comel Byul ditatap.

"eum?"

"Terima kasih sebab sudi terima aku." ucap Seungyoun dengan perasaan terharu.

"Aku minta maaf sebab kau perlu menunggu lama. Terima kasih juga sebab sudi tunggu aku sampai sekarang." Tubuh Seungyoun dipeluk erat, kepalanya pula mendarat di dada bidang Seungyoun.

Seunyoun turut membalas pelukkannya. "Aku janji akan bahagiakan kau."

Tiba-tiba Byul meleraikan pelukkan mereka dan matanya melilau mencari sesuatu.

"Byul, kenapa ni?" soal Seungyoun pelik.

Byul terus mengejar seseorang yang berjalan tidak jauh dari mereka.

Setelah beberapa minit mengejar lelaki itu, Byul menarik tangannya membuatkan lelaki itu terkejut dan memandangnya.

"ya?"

"HㅡHangyul .." matanya mula berkaca. Lelaki itu memandang kiri kanan dengan reaksi yang pelik.

"Maaf, saya bukan Hangyul. Awak siapa ya?"

"Babe! Eh, siapa dia?" seorang wanita datang memeluk lengan lelaki tersebut.

"I rasa dia salah orang. Saya bukan Hangyul, tapi Hanbyul. Maaf." Lelaki itu terus membawa teman wanitanya pergi dari situ.

Byul akhirnya tersedar tentang sesuatu.

"Seungyoun." Dia memusingkan tubuhnya dan ingin berlari ke arah Seungyoun semula namun lelaki itu sudah ada di hadapannya dengan senyuman yang semua orang tahu itu hanyalah palsu.

"Byul, kenapa ni?" soalnya tenang walau hakikatnya hatinya terlalu kecewa.

Byul segera berlari ke arahnya dan tubuh lelaki itu dipeluk sekali lagi. Dia rasa serba salah.

"Maafkan aku, Seungyoun." pintanya.

"Tak apa, aku faham."






                                  •••••
Album gambar yang berada di rak itu dipandang lama. Sejambak bunga diletakkan bersebalahan dengan gambar tersebut.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now