🔔19

47 6 0
                                    

Cikgu Kim masuk ke kelas dengan fail ditangannya. Cikgu Kim merupakan guru yang bertugas menguruskan bahagian festival dan sukan tahunan sekolah.

Maka, para pelajar tahu yang sekolah mereka akan mengadakan festival ko-k.

"Selamat pagi. Seperti yang telah kamu semua tahu, sekolah kita akan mengada festival kokurikulum. Jadi, banyak pertandingan dan aktiviti jualan akan diadakan." Cikgu Kim menyelak helaian kertas yang dilekatkan pada fail.

"Ini adalah senarai permainan dan aktiviti jualan. Saya akan tampal di papan kenyataan setiap kelas. Jika ada antara kamu yang berminat untuk menyertai permainan atau aktiviti jualan, kamu boleh dapatkan borang di pejabat saya sebelum balik nanti. Itu saja yang saya nak maklumkan." Cikgu Kim menampal kertas senarai pada papan kenyataan dan beliau terus beredar dari kelas tersebut.

Sementara Cikgu untuk matapelajaran seterusnya belum masuk, semua pelajar menyerbu papan kenyataan untuk melihat segala aktiviti yang bakal dijalankan.

"Hey! Jangan tolak-tolak. Aku sebagai ketua kelas akan baca untuk korang semua. Sila duduk ya, anak-anak." Ujar Yohan dengan nada yang agak kuat.

Mereka kembali ke tempat duduk masing-masing.

Yohan berdehem sebelum memulakannya.

"Baiklah. Aktiviti dan permainan yang dianjurkan adalah seperti berikut:

- Perlawanan Bola Sepak
- Perlawanan Bola Keranjang
- Permainan Tarik Tali
- Pertandingan Memasak
- Pertandingan Karaoke
- Pertunjukkan fesyen
- Music Chair

Untuk aktiviti jualan:-

- Kedai Coklat
- Kedai Makanan Ringan
- Kedai Minuman
- Gerai Makan
- Street foods
- Kedai Dessert

Okay, itu saja." Yohan menampalkan semula kertas itu pada papan kenyataan.

Para pelajar mula berbual dan berbincang.

"Korang nak join aktiviti yang mana?" soal Seol.

"Aku rasa nak masuk pertandingan memasak." jawab Jibin.

"Kau pula, Byul?" Jibin menyoal Byul.

"Aku nak masuk pertunjukkan fesyen." Byul tersengih. Jibin dan Seol mengangguk faham.

"kau pula?" Jibin dan Byul memandang Seol.

"Aku? Aku ingat nak masuk bola sepak. Amacam? Okay?"

Dua sahabatnya menepuk dahi.

"Kau ni, pilihlah aktiviti yang sesuai dengan kau." ujar Jibin.

"Lah, tak sesuai ke aku main bola sepak?"

"Aku kata bodoh nanti kau koyak, tapi macam ni je cara untuk berkomunikasi dengan kau!" Jibin bengang.

Seol pula hanya mampu tersengih.





..

Sebelum tiba waktu pulang, tiga sahabat itu pergi ke pejabat Cikgu Kim untuk mengambil borang penyertaan.

Pintu bilik diketuk.

"Masuk."

Mereka bertiga masuk ke pejabat itu.

"Cikgu, kami nak ambil borang penyertaan." beritahu Jibin.

"Oh, baiklah. Ini dia. Sila pastikan kamu betul-betul faham syarat penyertaan sebelum isi ya." Cikgu Kim menghulurkan tiga helai borang penyertaan kepada pelajar-pelajarnya.

"Terima kasih, Cikgu. Kami minta diri dulu." pamit mereka.

Baru sahaja mereka memulas tombol pintu, mereka terserempak dengan Seungwoo dan Seungyoun.

"Korang pun join juga?" soal Seungyoun.

"Jangan jaga tepi kain orang boleh? Sibuk aje!" ujar Seol.

"Tanya je pun." Seungyoun mencebik.





                                 •••••

Byul kebingungan setelah membaca borang penyertaan tersebut.

"Guys, aku tak fahamlah. Dekat sini dia tulis, aku kena cari model. Maknanya, bukan aku yang jadi model?"

"Maksudnya, kau kena cari model dan design baju untuk dia." ujar Jibin.

"oh, aku faham. Tapi, siapa yang sesuai jadi model aku? Temanya wedding, kan?" Byul berfikir sejenak.

"Kau kena cari perempuan yang tinggi, langsing, badan ala-ala model. Siapa agaknya yang boleh jadi model tu eh .." Jibin turut berfikir.

Kemudian, mata mereka tertumpu ke arah gadis yang sedang khusyuk mengisi borangnya tanpa bersuara.

Mereka tersenyum nakal.

"Kim Seol" Seol segera mengangkat muka apabila namanya diseru. Tiba-tiba dia terasa seram sejuk melihat senyuman penuh makna dua gadis itu.

"AKU TAKNAK!" Seol terus melarikan diri dari situ. Jibin dan Byul ketawa mengekek.





                               •••••

Pintu makmal dikuak, kelihatan semua pelajar sudah berada di dalam makmal tersebut untuk memulakan eksperimen.

Seol hanya mampu tersengih apabila dia sedari yang dia satu-satunya pelajar yang lewat.

"Seol, kenapa kamu lambat? Kamu ke mana?" soal Cikgu Jung.

"Maafkan saya, saya ke tandas tadi." jawab Seol.

"Pergi duduk dengan kumpulan Chimon. Kumpulan tu je yang ada kosong." ujar Cikgu Jung.

Sempat Seol memandang wajah ketat Chimon.

"Lagi-lagi dengan dia!" rungutnya. Dengan langkah berat, dia berjalan ke tempat kosong di sebelah Chimon. Seperti biasa, Chimon tak pernah mengalu-alukan musuh ketatnya itu masuk ke dalam kumpulannya.

"Sorry lambat guys!" Seol tersenyum kekok.

"Kau selalu je lambat, pernah ke kau tepati masa?" sampuk Chimon tanpa memandangnya.

"Kau dah kenapa tiba-tiba cari pasal dengan aku? Aku tak sengaja kot!" Seol bengang.

"Kalau kau awal tadi, tak perlulah aku satu kumpulan dengan aku. Menyampah kau tahu?" ujar Chimon sinis.

"Kau ingat aku nak ke satu kumpulan dengan kau?!" Suara Seol naik seoktaf.

"Chimon! Seol! Apa masalah kamu berdua ni? Tak tahu ke tatatertib dalam makmal? Nak bergaduh, diluar sekolah! Jangan sampai ada apa-apa kejadian yang tak diingini jadi sewaktu eksperimen sekejap lagi, atau kamu berdua saya denda!" herdik Cikgu Jung.

Seol dan Chimon saling berpandangan dengan wajah tidak puas hati.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now