Seungwoo membaringkan tubuh kaku Jibin di dalam khemah. Jaketnya ditanggalkan dan dia menyelimuti tubuh Jibin dengan jaket tersebut.
Hae Jin menolak tubuh Seungwoo ke tepi kemudian dia menghampiri Jibin yang tak sedarkan diri.
"Jibin-ah! Bangun sayang, jangan buat saya risau!" Hae Jin menampar perlahan pipi Jibin namun gadis itu tidak memberi apa-apa tindak balas.
"Tolong keluar, saya nak periksa keadaan dia." Kata Cik Min, guru kesihatan.
Hae Jin dan Seungwoo menjauhkan diri dari khemah itu. Mereka menunggu Cik Min memeriksa keadaan Jibin.
"Aku harap tak ada apa-apa yang jadi pada Jibin." ujar Seol kerisauan. Byul pula berdiri di sebelah Seol sedang keresahan.
Setelah hampir lima minit Cik Min memeriksa keadaan Jibin, dia keluar dari khemah.
"Kita kena hantar di ke hospital. Ada kesan pukulan belakang kepala dia, perlu buat pemeriksaan segera." jelas Cik Min.
"Saya akan hubungi ambulans." kata Cikgu Lee.
Seungwoo tiba-tiba teringat tentang sesuatu. Wajahnya berubah menjadi bengis, nafasnya tak teratur. Dia mengepal penumbuk dan terus menuju ke arah khemahnya.
Seungyoun yang sedang duduk berehat dalam khemah terkejut dengan kehadiran Seungwoo.
"Eh, macam mana keadaan Jibin?" soal Seungyoun selamba.
Kolar baju Seungyoun ditarik sehingga dia turut terbangun. Tangan Seungwoo mencengkam kuat kolar baju Seungyoun.
"Kenapa dengan kau ni?!" Seungyoun cemas.
"Kau cakap pada aku, ni semua kerja kau kan Cho Seungyoun?!" soal Seungwoo dengan suara bergetar menahan amarahnya.
"Apa yang kau mengarut ni? Aku tak faham!" Seungyoun cuak.
"Kau jangan nak berdalih! Ini memang rancangan kau kan?! Mengaku, Cho Seungyoun!" Anak mata Seungwoo tajam merenung anak mata Seungyoun.
Seungyoun tersenyum sinis.
"Kau sepatutnya bersyukur ada kawan macam aku. Aku cuba bantu kau dapatkan hati dia, salah ke?"
Dushh!
Satu tumbukkan melayang di pipi Seungyoun membuatkan dia jatuh tersungkur di tanah.
"Aku tak minta kau buat apa-apa pun! Kau sedar tak apa yang kau dah buat?! Kau pukul dia! Kalau apa-apa jadi pada dia, kau nak bertanggungjawab?!" herdik Seungwoo.
Tubuh Seungyoun ditarik.
"apa kau nak buat sekarang?! Apa kau nak buat kalau sesuatu berlaku pada dia?! Aku tak perlukan kawan tak guna macam kau!!" Seungyoun ditolak kasar membuatkan sekali lagi Seungyoun tercampak ke tanah.
Bibirnya yang luka dikesat. Baru sahaja dia hendak bangun, sekali lagi dia ditumbuk.
Kali ini bukan Han Seungwoo, tetapi Park Hae Jin.
"Oh, ini semua kerja kau rupanya!" Hae Jin menarik kolar baju Seungyoun.
"Kenapa kau sanggup buat Jibin aku macam tu?! Apa masalah kau sial!!" Buat kesekian kalinya wajah Seungyoun ditumbuk.
"Berhenti!" Cikgu Lee cuba meleraikan pergaduhan mereka namun Hae Jin semakin gila memukul Seungyoun tanpa sempat Seungyoun membalas.
Hangyul dan Chimon masuk di antara mereka untuk meleraikan pergaduhan.
"Ke tepilah! Jangan halang aku!" Hae Jin hampir saja hilang akal.
"Sudahlah!" Hangyul menarik Hae Jin agar dia berhenti memukul Seungyoun yang sudah lemah.
Namun, Hae Jin masih tidak puas hati.
"Berhentilah! Kau nak pukul dia sampai mati ke bodoh?! Kekasih kau belum mati pun!" Herdik Chimon membuatkan Hae Jin berhenti.
"Kau pun! Nak buat apa-apa tu pakai otaklah! Jangan asyik fikir jalan mudah, tengoklah diri kau sekarang! Jangan jadi bodoh!" tengking Chimon sambil menuding ke arah Seungyoun lalu dia terus pergi dari situ.
Hangyul membantu Seungyoun bangun dan masuk ke dalam khemah.
Seungwoo juga turut pergi dari situ untuk menenangkan fikirannya.
Seol memerhatikan Chimon yang sedang duduk di tepi sungai. Sebuah kotak kecil berwarna putih dikeluarkan dari poketnya dan sebatang rokok ditarik keluar.
Seol segera menghampiri Chimon. Rokok yang baru sahaja hendak diletakkan pada mulutnya dirampas oleh Seol.
Chimon memandang Seol.
"Kau lagi! Kau nak apa?!" Chimon bengang.
"Ini bukan perkhemahan yang bapak kau anjurkan. Ini perkhemahan sekolah, jangan sesuka hati nak merokok dalam hutan. Kalau hutan ni terbakar, semua orang dalam bahaya!" bebel Seol. Puntung rokok yang masih belum dibakar dipatahkan di depan mata Chimon. Kotak rokoknya pula dilemparkan ke dalam sungai.
"Kau dah gila ke?! Perempuan gila!" Chimon terus memerhatikan Seol yang pergi tanpa mempedulikannya.
•••••••
Subin dan Puan Kim kerisauan melihat Jibin yang masih belum sedarkan diri.
"Jibin, bangunlah nak." Puan Kim mengusap rambut Jibin.
"Omma jangan risau, noona akan sedar juga nanti." kata Subin cuba menenangkan hati ibunya.
"Annyeonghaseyo," ucap Hae Jin yang baru sampai di wad Jibin.
"Oh, Hae Jin." Puan Kim tersenyum kelat. Subin menunduk hormat kepada Hae Jin.
"Macam mana keadaan Jibin?" soal Hae Jin.
"Masih sama. Noona masih belum sedar." jawab Subin.
Hae Jin duduk di sisi katil Jibin. Rambut Jibin diusap lembut.
"Jibin-ah, saya datang ni." bisik Hae Jin. Tangan kecil Jibin digenggam erat.
Byul berjalan dengan Hangyul sambil berbual.
"Kau ada tanya Seungyoun tak kenapa dia buat pada Jibin macam tu?" soal Byul.
"Ada. Dia cakap sebab dia nak tolong Seungwoo dapatkan hati Jibin." jawab Hangyul.
Byul berhenti berjalan dan memandang wajah Hangyul dengan rasa tak percaya.
"Seungwoo sukakan Jibin?"
"Aku pun baru tahu. Tapi aku sendiri pun tak setuju dengan apa yang Seungyoun buat, dia dah cederakan Jibin." kata Hangyul.
Dia menarik tangan Byul.
"Byul, aku minta maaf bagi pihak Seungyoun. Kau marah aku tak?"soal Hangyul dengan rasa serba salah.
Byul tersenyum.
"Hangyul, kau tak buat apa-apa salah pun. Kenapa pula aku nak marah kau? Kau tak perlu minta maaf atau rasa bersalah." kata Byul.
"Terima kasih, Byul." Hangyul memasukkan tangan kecil Byul ke dalam poket blazer.
"Mari balik, baby!" Kata Hangyul. Byul tersenyum malu.
YOU ARE READING
When The Bell Rings (✔)
Fanfiction"Ring the bell when you walk beside me." Aku akan menunggu kau berjalan di sebelahku dan bunyikan loceng itu. Loceng yang menandakan, kau adalah gadis yang aku tunggu.